Tika ku lihat wajahmu bermuram durja
Firasat ku mengata pasti hati kau sedang gundah gulana
Tergambar di wajahmu ku membaca
Kau duduk termanggu buntu memikir masa depan mu
Kau termenung memikir memilih
Antara cinta hatimu atau cinta Ilahi
Sahabat
Ingin sekali hati ku berbicara
Buat kau sahabat yang ku sayangi
Ingin sekali aku membuat mu mengerti
Dan memahami bahawa ini adalah mehnah dari ilahi
Sahabat
Cinta itu adalah suatu fitrah manusia
Tanpanya hidup manusia binasa
Tetapi mengejar cinta duniawi adalah suatu yang sia-sia
Sebaliknya mengejar cinta hakiki adalah suatu yang abadi
Maka gunalah nikmat fitrah itu dengan sebaiknya
Jangan sampai terjerumus dalam lembah yang hina
Sahabat
Sesungguhnya setiap sesuatu yang diredhaiNya
Adalah suatu ganjaran yang terbaik buat dirimu
semua suratan hidup sudah tercatatan di Luh Mahfuz
Maka mengertilah wahai sahabatku
Allah pasti tahu apa yang terbaik buat
HambaNya yang beriman
Sahabat
Ingin sekali ku memetik kata-kata
Seorang serikandi Islam buat penutup bicara
Yang sentiasa menjadi pedoman buat para `Abid
”Ibadat yang sebenar ialah untuk mencari keredhaan Allah,
Bukan keinginan untuk mendapatkan syurga
Ataupun ketakutan terhadap neraka”
Itulah madah indah dari Rabi`atul Adawiyah
Serikandi Syurga
Fatayatul Jihad | 1 Rabi`ul Akhir 1432 H
“Antara Cinta Ilahi & Cinta duniawi”
Pilihlah cinta Sequdus Cinta Ilahi
Wallahu`alam# Siti Nur Abirah(along) dedikasikan puisi ini utk teman sejati,sahabat,kawan dan adik, iaitu A'ain Hidayah Ahmad Fua'ad..renung2kan dan bertindak mengikut imanmu..semoga Allah sentiasa memandu kita ke jalan-Nya..amin ya rabbal a'lamin..
**********************************************************
: : Tautan Hati : : |
0 comments:
Post a Comment