CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 18, 2012

::DOA: Individu yang mustajab doanya::

Assalamualaikum wbt.

Kaifahalukum? Masya-ALLAH. Sudah lama rasanya tak update blog ini. Sudah bersarang rasanya, kann? ^^ Eh, lupa pulak. Salam Isra wa Mikraj :') Rindu Baginda s.a.w.. Sungguh :') Kali ini, ana teringin untuk berkongsi tentang DOA, iaitu tentang individu yang mustajab doanya. Mungkin yang seterusnya akan ana kongsikan tentang mengapa doa kita tidak dimakbulkan, biiznillah :)

"Berdoalah kepada-KU, pasti AKU kabulkan doamu." [al-Mukminun: 40: 60]

Subhanallah, cuba lihat ayat di atas. ALLAH menyuruh kita berdoa dan apabila kita ini, ya kita..apabila kita mengangkat tangan berdoa kepada-NYA, DIA pasti akan kabulkan doa kita. ALLAH :')

Tahu atau tidak terdapat individu-individu yang sangat mustajab doanya? Terdapat 13 golongan kesemuanya, iaitu:

1. Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya.
" Doa seorang Muslim buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Atas kepalanya ada Malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, Malaikat itu juga berdoa berkata: 'Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya).' "
[Riwayat Muslim]

2. Orang berpuasa.

3. Pemimpin yang adil.
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka; orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi." [Riwayat al-Tirmizi]

4. Orang yang dizalimi.
"Doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri." [Riwayat Ahmad]

5. Ibu bapa.

6. Musafir.
"Tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya." [Riwayat al-Tirmizi]

7. Si anak yang berdoa buat ibu bapanya.
" ALLAH megangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga. Hamba itu bertanya: 'Wahai TUHANku, bagaimana aku boleh dapat semua ini?' ALLAH menjawab: 'Dengan istighfar oleh anakmu untukmu!' "

8. Mujahid di jalan ALLAH.

9. Orang yang sedang menunaikan haji atau umrah.
"Orang yang sedang berperang di jalan ALLAH, haji atau umrah ialah delegasi tetamu ALLAH. ALLAH menyeru mereka, mereka menyahut seruan. Mereka memohon, maka ALLAH mengurniakannya." [Riwayat Ibn Majah]

10. Orang yang banyak mengingati ALLAH.
"Tiga manusia yang doa mereka tidak ditolak; orang yang banyak sekali mengingati ALLAH, orang yang dizalimi dan pemimpin yang adil." [Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani]

11. Orang yang tidur dalam keadaan suci. 
"Tidak ada seorang Muslim yang tidur dalam keadaan dia mengingati ALLAH dan bersuci, kemudian dia terjaga malam dan memohon kepada ALLAH kebaikan dunia dan akhirat melainkan ALLAH makbulkan untuknya." [Riwayat Abu Daud]

12. Orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus.
"Doa Zu al-Nun (Nabi Yunus) yang dia doakan ketika di dalam perut ikan ialah 'Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin'. Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengannya, melainkan ALLAH makbulkan untuknya." [Riwayat al-Tirmizi]

13. Orang yang benar-benar dalam kesulitan.
"Siapakah yang memperkenankan doa orang yang sedang menderita pada saat dia berdoa kepada-NYA?" [al-Naml: 27: 62]

ALLAH..subhanallah! Hebat kan PENCIPTA kita? Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :') Siapa cakap berdoa hanya selepas habis solat? Siapa kata berdoa hanya sebelum sesuatu majlis dimulakan? Berdoa ini sahabat-sahabat boleh pada bila-bila masa; antara azan dan iqamat, ketika hujan, semasa ayam berkokok, sepertiga malam, ketika sujud dalam solat, ketika waktu senang, ketika peperangan, di hujung solat fardhu (iaitu selepas tahiyat sebelum salam), pada malam hari dan pada hari Jumaat! ALLAH :')

Eh, kejap-kejap^^ Nak tahu tak ada orang yang ALLAH kabulkan isi hatinya tanpa berdoa! 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati ALLAH daripada meminta sesuatu daripada ALLAH, maka ALLAH akan memberikannya lebih baik daripada apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan ALLAH (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan ALLAH atas makhluknya." [Riwayat al-Tirmizi]

wallahua'lam. Selamat beramal. JOM, keeps in touch with HIM :')

[Sumber: Majalah al-Ustaz, Isu no. 3]


Sunday, April 29, 2012

.::Sebuah Jalan yang Lurus::.

Assalammualaikum wbt.

Apa khabar pengunjung-pengunjung blog Tautan Hati? :)
Sihat? Alhamdulillah.
Hari ini sekadar ingin berkongsi satu hadis Riwayat Ahmad dan Muslim.

Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa pintu yang terbuka. Pada pintu-pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan.

Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata: 'Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan kanan).'

Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut yang berkata ketika manusia hendak membuka salah satu daripada pintu-pintu itu: 'Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya.'

'JALAN' di sini bermaksud ISLAM;
'DINDING' maksudnya hukum-hukum ALLAH;
'PINTU-PINTU yg TERBUKA' maksudnya perkara-perkara yang diharamkan ALLAH;
'PENYERU di atas GERBANG' maksudnya AL-QURAN;
'PENYERU dia atas JALAN' maksudnya nasihat dari ALLAH yang ada di dalam hati setiap MUSLIM."

(Riwayat Ahmad dan Muslim)

............................................................................................................................

Haritu selepas menghayati hadis di atas, sempat ana melukis "jalan" tersebut namun xperlula post di sini, macam buruk ja. Tiada imaginasi yang tinggi ye. Baiklah, semoga nahnu dapat ambil iktibar/ibrah daripada hadis ini. Satu pengajaran yang ana perolehi daripada hadis ini ialah: 'Jujurlah menuju jalan lurus'

Lagipun, dalam setiap rakaat dalam solat yang kita kerjakan lima kali sehari..kita meminta dan memohon kepada ALLAH supaya ditunjukkan 'jalan yang lurus' bukan? Jadi, mengapa pula sekarang kita hendak memilih jalan yang 'tidak lurus' yakni jalan yang bukan dalam landasan ISLAM? Astaghfirullahal'azim! Come on, back to ISLAM!

:) Insya-ALLAH

*dipetik daripada Majalah Gen-Q isu 06, karya Faiz M Azhari + ditokok tambah. Sekadar untuk perkongsian bersama. Aseefah jiddan 'ala kulli hal.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::