CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

Hawa



Hawa....

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..



Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya



Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..



Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..



Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian tapi hanya sebentar jadi santapan kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. menjadi mutiara sukar di temukan namun bila di hias indah gadis perawan hilang ia... tangisan mengiringi berzaman..^_^



MANA SATU MENJADI PILIHAN ANDA???


( Perkongsian dr Najihah Faizah Azaman )
= Tautan Hati =

Sunday, December 26, 2010

DOA PENAWAR HATI YANG DUKA DAN BERSEDIH




“Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam), dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa). Ubun-ubunku ditangan-Mu, hukuman-Mu jatuh kepadaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu, yang Engkau turunkan kepada kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya di dadaku pelenyap duka dan kesedihanku”. 


(HR. Ahmad 1/391 dan Al-Albani menyatakan shahih)




“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. (HR. Bukhari 7/157).“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malah, bakhil dan penakut , utang yang menyibukkan dan laki-laki yang menindas”. 


(HR. Bukhari 7/157)


= Tautan Hati =

Friday, December 24, 2010

Pjuangan Mesti Diteruskan!!

    بسم الله الرحمن الرحيم


    Firstly ana nk ucapkn TAHNIAH kpd adik2 y tlh memperoleh kputusan y cmerlang dlm PMR. Kpd yg kurang bjaya..jgn bsedih hati, masa masih pnjg utk anda buktikn bahawa anda jg blh BERJAYA! "Gagal sekali bukan bmakna Gagal selamanya" kn? Usah ditangisi kgagalan memperoleh 7A, 8A mahupun 9A..PMR bkn pnentu sgala2nya. SPM sdg mennti anda..tamat shj anda mnduduki PMR..SPM skrg tgh melambai2 & memanggil anda spaya berusaha utk SPM pula! Ha..bknkah anda msih mmpunyai hrpn utk SPM. Krn SPM ini la pnentu KERJAYA ANDA! Ana tau..ada y bila result PMR gempak..akn bpindah ke MRSM, SBPI dan mcm2 sekolah lgla y blh dikategorikn SEKOLAH HARAPAN UTK CEMERLANG/SEKOLAH PELAJAR2 PANDAI. Hmm..sekolah mne itu xpenting..krn y penting DIRI ANDA! Sejauh mna anda berusaha, itulah hasilnya.
    Ana pernah rasa down bila result UPSR xmncapai target ana..namun ana sedar, ana xlyk utk memperoleh 5A dsbbkn usaha y kurg! Xknlah kurg usaha, tiba2 nk dpt 5A..ingt senang ke nk dpt 5A? Perlukan usaha y bterusan. Kita ambil contoh ea..Dato' Nichole David. Kalau dia xberusaha dr dulu lg praktis main skuasy..blh ke skrg ni dia bjaya jd no 1 ranking dunia dlm sukan skuasy??? Mestilah xblh kn? Jd, sama la jg dgn kita..klau xberusaha bsungguh2 sterusnya btawakkal kpd ALLAH..ingt sng ke kjayaan tu nk dtg bgolek kt kita? Dlm firman ALLAH y bmksud:
"Jika ALLAH mnolong kamu, maka tidak ada y dpt mngalahkanmu, ttp jika ALLAH mmbiarkn kamu (xmmberi ptolongan), maka siapa y dpt mnolongmu stlh itu? Krn itu, hdklh kpd ALLAH sja org2 mukmin btawakkal." (Ali 'Imran: 160)
    Dlm ayat d atas..tbukti kn bahawa kita sbagai seorang y beragama Islam perlu btawakkal kpd ALLAH? Ye..perlu..harus..dan wajib sbenarnya btawakkal hnya kpd ALLAH. Stlh penat berusaha siang mlm bljr & mngulangkaji, pastu bdoa kmudian perlulah btawakkal la kpd ALLAH. Adakah kita tlh berusaha bsungguh2 utk mndpt kputusan y cmerlang? Bdoa? Btawakkal? Jika ya..maka anda lyak utk bjaya! Jika x maka sebaliknya! Ana nk ambil 1 cth lg..adik ana. Dulu msa UPSR..dia hnya dpt 3A. Kmudian PMR hnya 5A. Bila SPM..dia dpt buktikn bhawa dia jg blh dpt 9A dan mrupakn pljr cmerlng d sekolahnya! Jd adik2 y msih tgh bsedih tu..ana hrp adik2 bgnlah..truskn pjuanganmu dlm ilmu. Anda msih blom tlmbt utk bjaya..kjayaan sdg mnanti anda cuma anda perlu mngejarnya dgn berusaha bsungguh2 dr sekarang! Yeah..anda boleh!! Ana yakin!!
    Adik2 y disayangi..apa kputusan y kita dpt bru2 ini..bsyukurlah & redhalah dgn apa yg ALLAH berikn. Krn ALLAH tau apa y lbh baik utk kita. Mgkin kali ini ALLAH bg kita gagal spaya kita sedar y slama ini kita main2 dlm bljr..xserius dsb. Jd, apabila kita gagal..maka kita akn mula bgkit utk bjaya & terus bjaya!!! Dan bg y tlh bjaya..ALLAH cuba mngujinya spaya jgn tleka dgn kjayaan y tlh dperoleh harini tp perlu bterusa & berusaha utk bjaya & bjaya lg! InsyaALLAH..adik2 semua boleh bjaya..cuma kita xtahu bila kita akn bjaya..krn smuanya bgantung kpd usaha & tawakkal kita. Firman ALLAH lg:
"Blh jd kamu xmenyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jd kamu mnyukai sesuatu, pdahal itu xbaik bgmu. ALLAH mngetahui, sedg kamu xmngetahui." (Al-Baqarah:216)
Sabda Rasulullah saw pula:
"Pd ksabaran ats y engkau tidak sukai itu, byk kbajikan." (Riwayat Tarmizi drp Ibnu Abbas)
    Adik2 y msih bsedih..KESATLAH AIR MATA KEGAGALAN ITU & TUKARKANNYA DGN AIR MATA KJAYAAN SUATU HARI NANTI! BANGUNLAH! TERUSKN PJUANGANMU! Jgn bsedih hati..krn jika kamu fikir2 balik..sbnrnya tlh byk nikmat y ALLAH kurniakan kpd kita. Firman ALLAH y bmksud:
"Dan Dia tlh mmberikn kpdmu sgala apa y kamu mohonkan kpdNya. Dan jika kamu mghitung nikmat ALLAH, niscaya kamu xakn mampu mghitungnya. Sungguh, manusia itu sgt zalim & mngingkari nikmat ALLAH." (Ibrahim:34)
    Hmm..nmpknya dh pnjg lebar ana "berleter" utk post kali ini. Maafkn ana ea..tp ana rasa btanggungjwb utk  memanggil adik2 y masih sedih itu spaya bgn. Buat adik ana n sepupu2 ana y kurg bjaya dlm PMR kali ini..kalian tlh berusaha utk mncapai kputusn spt itu. Dan utk bjya dlm SPM nnti..berusahalah dr skrg! Ana yakin kalian boleh! INSYAALLAH..
    Sebelum ana mngundurkn diri..sekali lg ana ingin ingtkn adik2 y disayangi sekalian..PMR bkn pnentu sgala2nya lg..kalian msih ada SPM y menanti2 anda & mlambai2 kalian. SELAMAT BERJAYA D DUNIA & AKHIRAT. SMOGA KEJAYAAN MILIK KAMU SEMUA. Sekian..assalammualaikum wbt.





Wednesday, December 22, 2010

Bersangka Baiklah Terhadap ALLAH!

Assalammualaikum wbt.

    Pernah x antunna bsgka buruk terhadap org lain lbh2 lg thdp ALLAH? Manusia mmg xlekang kn drp mlakukn dosa? Diri ana xterkecuali..smlm blaku pgaduhn kecil dgn seorg shbt ana..ana bsgka buruk thdpnya. Maafkn ana, ukhti=(
    Td ana ada menonton 1 rncangn d TV9..(hmm..xingt pula tajuk apa, t klau ana dh tau, ana inform ea?). Dlm rncangn tsebut..Ustaz Jabnul Azhar bckp ttg "Bsgka Baik thdp ALLAH". Ustaz ada bg 2 contoh bkenaan bsgka baik thdp ALLAH.
    Ptamanya cerita mngenai seorg ibu y mmpunyai 3 org anak lelaki. Dlm 1 peperangan y blaku pd zmn nabi dahulu..tdpt seorg pemuda y tlh mnyertai peperangn tsebut. Mlangnya, pemuda tersebut telah syahid d medan perang! Maka tdpt seorg lelaki y dtg kpd si ibu utk mmberitahu bhwa anaknya tlh gugur syahid dlm peperangan. Nmun si ibu mnyuruh pula anaknya y ke-2 mnyertai peperangan tsebut. Sekali lg anaknya y ke-2 pula jatuh syahid d medn perang. Maka si lelaki td dtg lg memaklumkn kpd si ibu bhawa anaknya y ke-2 td gugur syahid! Si ibu y mndengar pekhabaran tersebut kmudiannya mmanggil anaknya y ke-3 utk mnyertai peperangan tsebut. "Anakku..pergilah mnyertai peperangan tsebut agr kamu dpt syahid bsama abg2mu!". X lama slps itu..dtg lg lelaki td mmberitahu si ibu bhawa anaknya y ke-3 jg mati syahid. Kali ini stlh mndengar berita tsebut..si ibu mnangis teresak-esak. Lalu lelaki tsebut mnjd hairn mngapa si ibu hnya mnangis apabila dberitahu bhawa anaknya y ke-3 tlh syahid. Kata lelaki tsebut,"Mengapa kamu menangis skrg? Mengapa sewaktu aku mmberitahu bhawa anakmu y ptama n kedua mninggal, kamu xmnangis?". Lalu si ibu mnjawb,"Aku mnangis bkn krn anakku telah syahid ttp aku mnangis krn aku xbisa melahirkn anak lg. Skiranya aku mmpu utk mlahirkn anak lg..nescaya akn ku hntar anakku ke medan peperangn itu utk mati syahid d jln ALLAH..".
    Lihat..btapa si ibu bsgka baik thdp ALLAH..dgn merelakan anak2nya mati syahid d jln ALLAH. Subhanallah!
    Cerita kedua pula bkisar ttg kecurian d rumah Imam Hassan al-Basri. Pd suatu mlm, tdpt seorg pemuda y tlh dtg ke rumah Imam Hassan al-Basri utk mncuri. Tatkala pemuda tsebut masuk ke dlm rumah & seterusnya ke 1 bilik..algkah tkejut & hairnnya dia apabila dia mndapati tiada brg2 y bharga utk dicuri. "Pelik rumah ini..d mna brg2 bhrga? Knapa hnya kelihatan pkaian2 y tlh lama d dlm bilik ini?" Tiba2 dtg seorg y tlh tua kpd pemuda tsebut lalu pemuda tsebut btanya kpd org tua itu,"Siapa kamu?" Maka org tua itu mnjwb,"Aku spt kamu." Lalu pemuda tsebut bpendapat bhawa org tua tsebut itu jg seorg pencuri y ingin mncuri brg2 d dlm rumah ini. Tiba2 org tua itu bkata,"Mari kita ambil pkaian2 ini." Slps mereka mngmbil pkaian2 tsebut..kmudian org tua itu bkata lg,"Aku tau d mna lg kita blh curi pkaian2 spt ini..jom ke bilik lain pula." Pemuda itu berasa hairan namun dia ttp mngikuti jejak org tua itu ke bilik seterusnya. Stlh selesai mncuri..org tua itu bkata lg,"Mari aku bwakan brg2 ini ke tmpat kamu." Pemuda itu berasa hairan dgn org tua ini y tlalu baik dgnnya. Apabila smpai d tmpt pemuda itu..pemuda itu tiba2 rasa bbesar hati utk mmberikn sbungkus brg y dicuri kpd org tua itu nmun org tua itu mnolaknya & bkata,"Aku pncuri y sdh tua..kau lbh mmerlukn." Kmudian, org tua itu pun pulg ke rumahnya. Keesokkn harinya, maka tsebarlah berita bhawa rumah Imam Hassan al-Basri tlh dmasuki oleh pncuri. Hbis pkaiannya dcuri. Apabila anak2 muridnya mndgr pkhabaan tsebut..mereka bersama2 mmbelikn pakaian2 y bru utk guru mereka. Dlm masa y sama..pemuda y mncuri smlm tlh dtg ke rumah tsebut & algkh tkejutnya dia apabila mlihat ramai org d luar rumah lalu dia btanya kpd slh seorg y bkumpul,"Apa y tjd?" Maka jwb org itu,"Rumah Imam Hassan al-Basri tlh dmasuki pncuri smlm." Algkh tkejutnya pmuda td apabila mngetahui bhawa rumah y dmasukinya smlm adalah rumah Imam Hassan al-Basri iaitu tokoh ulama' tkenal d Basrah ini! Lalu pemuda tsebut mngmbil kputusn utk msuk ke rumah itu smula & btemu dgn Imam Hassan. Pemuda tsebut mmohon maaf drp Imam Hassan..lalu bkata Imam Hassa,"Aku maafkn engkau. Engkau xbersalah. Aku tau engkau tpksa mlakuknnya krn terdesak." Lalu anak2 murid Imam Hassan al-Basri btnya kpdnya.."Mengapa dikau klihatan tenang wlaupun brg2mu hbis dicuri oleh pemuda tsebut?" Maka jwb Imam Hassan al-Basri,"Aku yakin tiada y blh mghabiskn hartaku melainkan diriku sndiri. Aku yakin apabila org lain mgmbil hartaku, maka pasti ALLAH akn mggantiknnya utkku."
    Subhanallah..btapa Imam Hassan al-Basri telah bersangka baik thdp ALLAH. Beliau yakin bahawa sgala2nya y tjd ada hikmah d sebaliknya.


#Bdsrkn 2 cerita d atas..apa y antunna blh amik iktibar? Smestinya kita wajib bprasangka baik thdp ALLAH dlm apa jua hal dlm hidup kita. Kita adalah makhluk ciptaanNYA..drpNYA kita dtg & kpdNYA kita akn kembali. Ana apabila tdgr tzkirah ini d kaca tv pg td..rase tsentuh hati..sbb ana pernah bprasgka buruk thdp ALLAH & kwn baik ana..insyaALLAH moga dgn mghayati cerita2 d ats..ana dpt bsgka baik tdhp ALLAH & org lain..AMIN. "Ya ALLAH..jauhkn aku drp bprasgka buruk thdpMU & thdp org lain. Kumohon KAU kuatkn imanku setiap hari. Amin Ya Rabbal Alamin"#





Tuesday, December 21, 2010

Asif ya ukhti

    Bbrapa bln y lalu ana ada tbaca sebuah buku karya Fatimah Syarha y btjuk, "Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul". Ah..btapa indahnya jln ceritanya. Ana xingt watak muslimah dlm buku tsebut namun kita sbg seorg muslimah sharusnya mncontohinya y mnjaga maruahnya sbg seorg muslimah..mnjaga btas pgaulan, bcakap pkara y perlu shj dgn lelaki dsb. Ana rasa dh ramai y bca crita ini. Jd..antunna tahu kn btapa indhnya pcintaan watak muslimah & rijal dlm cerita tsebut. Wlaupun xpernah bsua..namun dsbbkn mereka mnjaga hbungan, alhamdulillah khidupan rumahtangga mereka bahagia. Smoga kita blh mngmbil iktibar drpnya.
    Sapa kt cni pljr sek agama??? Ana slh seorg drpnya. Ramai org hormat & tabik pljr2 sek agama ni..baik dr pljrn jg akhlak mreka. Tp drp apa y ana lihat stlh tmt sek agama ni.."hnya tinggal nama sek agama"..prangai dh berubah. Dri btudung labuh dhulu..kini..smakin sgkt..xpun xde lgsung tudung! Y mnjaga adab pgaulan antara lelaki & prempuan..kini bkn main lg dh xmnjaga. Blh plk amik gmbr bsama2..pastu msuk dlm lmn sosial..papar bg org tgk. Ada lg..dulu bkn men jaga btas pckapan..pas hbis "Sek agama"..ha..siap bersms, pling best KOL! Mula2 zina mata(cantiknyer aweks ni..hensemnyer laki ni..)..pastu zina hati (huhu..rindunyer..xlalu nk tido), pastu zina mulut (awak..blh bkenalan??), pastu zina tgn (tut2..msj msuk.."hai syg..wtpe tu?")..pastu zina telinga ("helo sayang..rindu la)..pastu zina pe plk? zina kaki la kot..(jom g dating..)....sdgkn dlm AL-QURAN pun ada sebut.."LA TAQRABUL ZINA" = "JGN MGHMPIRI ZINA"..wallahua'lam..fikir2 la sndiri.
    Entry kali ini ntah mngapa ana nk bcakap psl d atas..sbb ana rasa diri ana hipokrit! Ana xmalu mngaku ana pljr sek agama dulu..smua org pndang tinggi..pnuh hrpn..tp ana jg insan biasa..y sntiasa wt silap..seringkali btaubat kmudian wt lg dosa2. Brtapa hina diri ini kn??? Ana tahu..ALLAH xpernah jdkn makhlukNYA hina..tp makhlukNYA y jdkn diri mreka hina..ASTAGFIRULLAHAL'AZIM! Xsmestinya pljr sek agama tu betul2 kuat imannya..mnusia biasa..ada naik turun imannya jg..btul x? Maafkn ana..entry kali ini benar2 mnyentuh perasaan ana..ana insan biasa..ana xkuat!! Tp ana masih berusaha mncari hidayahNYA..mncari redhaNYA..
    Ana kesal 1 pkara ni..ana telah slh tegur shbt ana..ana tahu teguran itu perlu berhikmah. Dh lama dpendam..ntah td meletus! Shbt..maafkn ana..ana xsggup diri anti semakin jauh dgn perasaan itu..ana xnk diri anti disakiti. Mgkin ada y lbh baik drp dia..ana yakin ada y lebih baik utk anti..ana yakin!!! Knapa ana yakin? Krn diri anti sgt baik & anti berhak mndpt y lbh baik..y lbh mnjaga hbungan antara lelaki & prempuan. Sbnarnya byk sgt nk dluahkn..tp xkesampaian..nnti mnyentuh sensitiviti ramai org plk..maafkn ana shbt. Andai teguran itu anti rasa kasar..kejam..ana mnx maaf..ana masih bljr utk mnjd seorg Da'ie..YA ALLAH, BANTULAH AKU DLM MENGUATKN IMANKU Y SEMAKIN LEMAH.

(post ini xdiizinkn dicopy mana2 pihak..hnya luahn diri y hina ini..hina pd pndangan ALLAH)

Maafkan ku Wahai TEMAN..........



sahabat,
aku bukanlah insan terbaik
sebagai sahabatmu,
aku juga,
bukan insan teristimewa dalam hidupmu,

aku,
tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu,
aku lemah untuk itu,
aku juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa,
aku tidak akan menjadi si dia yang hebat untukmu,
aku hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,
tetapi,
adakalanya aku juga menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerna aku tidak sehebat sahabatmu di situ
dan yang pasti
aku tahu tentang itu,

sahabat,
maafi aku,
duhai sahabatku.



~ Tautan Hati ~


MANUSIA & MASA

Subuh…
Tersungging senyum alam di ufuk Timur
Salam setia pamitan malam pun dihulur
Kelibat fajar pun menyerak dingin
Tirai hari dikuak tenang
Berderai tingkah unggas di rimba
Bersahutan kokok ayam di desa
Lalu azan mencarik kesunyian semesta
Menitik air wuduk di wajah kita
Ya Allah, berkatilah umur ini seadanya
Sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku
Hanya buatMU Pencipta Subuh…

Dhuha…
Muqaddimah kehidupan berlalu pantas
Biduk diri berlayar di selaut tugas
Mentari pun makin dermawan dengan sinaran
Rezeki Tuhan ditagih dipinta
NikmatNya diraih diteroka
Segala yang di samudera, di daratan dan udara
Sebutir keringat dan segunung permata
Namun agar diri tidak lupa
Sudi apalah kiranya wahai teman
Istirehat sebentar jiwa dan perasaan
Agar terus tenang dalam gelombang
Pintalah ketenangan
Di dalam solat dhuha…

Zuhur…
Tergelincir mentari di separuh safarnya
Namun kepanasan membahang jua
Keletihan menjilat seluruh jasad
Mengantuk hinggap di pelupuk mata
Namun hidup ini satu perjuangan
Ditagih rezeki lewat keringat
Diraih tenaga buat keluarga
Namun jangan sekali-kali terleka
Di masjid, di surau atau di pinggir meja
Solat menanti hadirmu seketika
Demi kuat kembali jiwamu yang penat
Munajatlah dalam solat Zuhur…
Empat rakaat

Asar…
Sinar mentari pun lesu menghadiahkan keredupan
Angin gemalai membelai wajah petang
Dua mempelai berjalan di taman
Sekeluarga waktu santai di pepohon nan rendang
Keindahan sore kekadang mengalpakan
Lalu Tuhan mengatakan
“ Demi waktu, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh
Serta yang saling berpesan dalam kebenaran dan kesabaran”
Lalu penuhilah sumpah Tuhanmu itu
Agar jiwa tidak gusar, emosimu tidak nanar
Agar jalan hidup terus tulus dan lurus
Agar kemudian diri tidak pincang tersasar
Di waktu asar… solatlah..
Allahu Akbar!!!

Maghrib…
Senja bertamu di persada buana
Remang-remang jingga mengukir isyarat
Untuk makhluk mula berehat
Tabir hari berlabuh di kaki langit
Mengiringi unggas pulang ke sarang
Setelah puas menikmati siang
Alhamdulillah…
Di antara gelap dan terang
Di antara malam dan siang
Ada sejalur senja yang memisahkan
Begitulah nantinya alam barzakh
Itulah ‘senja’ alam dunia menuju akhirat
Bukalah mata hatimu untuk melhat
Dari alam syahadah ke alam ghaib
Dalam solatmu di waktu maghrib…

Isya’…
Sebelum diri istirehat dalam dakapan malam
Sebelum melepas penat oleh segala kerja dan urusan
Jika cuaca terang…
Dongakkan kepala ke langit
Lihat bulan dan bintang yang berkelip
Hayatilah yang indah
Ucapkanlah Subhanallah
Jika cuaca gelap…
Tundukkan kepalamu ke bumi
Mungkin hujan ribut akan menimpa
Takutilah musibah
Ucapkan Innalillah
Sekalipun kemalasan merantai diri
Namun gagahilah jua demi Ilahi
Berwuduk untuk fardhu terakhir
Apungkan zikir paling agung ke bibir
Tuhan tautkan cintaku yang retak
Di solat Isya’

Dinihari…
Dua pertiga malam yang sepi
Titis embun berguguran di hujung daun
Rerumput basah menjunjung embun
Dingin menyelimuti insan di kasur peraduan
Kekadang lena dibuai mimpi indah
Kekadang resah dipagut igauan ngeri
Saat inilah yang terpilih
Buat pertemuan dua kekasih
Percintaan insan dengan Tuhan
Semakin wangi di sunyi-sunyi begini
Dan demi penyucian jiwa di hujung hari
Tahajudlah seketika di dinihari…

Teman…
Sungguh, waktu itu berlalu terlalu laju
Namun mengapa kita masih tega berdosa
Benar sekali seperti yang dihairankan oleh Imam Syafi’ie
“Peredaran masa adalah suatu yang aneh…
Tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya!”


(pkongsian dr  Blog Perindu Cinta ALLAH )

Monday, December 20, 2010

the Festival n Championship of Pencak Silat for IPT and International [ TAMING SARI 3 ]





Assalamu'alykum to all my dear friends...
I hereby wanna invite all of you to come n join the Festival n Championship of Pencak Silat for IPT and International this becoming 10-15 January 2011 in UKM. You may wanna cheer for ur varsity or just come n stop by, have a view of an international game. There will be teams from Singapore, Indonesia, Thailand, Majlis Sukan Negeri (MSN), Silat Societies (NGO), Pakistan and lot more! Also, there will be an exhibition of Persenjataan Melayu and even shows from other Persilatan Perguruan. Come and join us for more exciting views of Seni Bela Diri Melayu. 

If you're there, do contact me to be your tourist guide, insya-Allah. Hope to see you there!

= Tautan Hati =

~ bahagia..bahagia..bahagia ~



Bismillahhirrahmannirahhim...assalammualaikum w.b.t ana ucapkan kepada sahabat2. Doa ana sentiasa mengiringi sahabat2 agar berada dalam rahmat Allah selalu. Semoga berbahagia hendaknya...^_^


Bercakap tentang bahagia, semua orang nak bahagia. Rasanya tiada orang akan berkata 'alangkah bahagianya aku jika aku tidak bahagia'. Fitrah manusia yang inginkannya. Manusia akan lakukan apa saja untuk mencapai kebahagiaan dalam diri. Tapi tahukah kita apa itu bahagia? Tahukah kita bagaimana cara untuk mencapai kebahagiaan yang diredhai Allah S.W.T?




Bahagia bukan terletak pada wang berjuta2, bukan terletak pada rupa paras yang cantik menawan dan bukan terletak pada kedudukan/status. Manusia mencari kesempurnaan, manusia mencintai kecukupan. Tapi, tiadalah makna bahagia tanpa iman dan taqwa. Kita lihat contoh2 yang ada disekeliling kita, persekitaran kita. Harta bertimbun tapi anak2 rebutkan harta bila meninggal dunia. Rumah tersergam indah dan besar tapi takut pencuri sampai berjenis2 penggera keselamatan dipasang untuk pastikan tiada harta benda yang hilang, rupa paras yang cantik dan tubuh badan yang menarik tapi hidup dalam kecurangan, cerai-berai, kekusutan, kecelaruan dan kesedihan. Pangkat tinggi tapi mendapat ancaman dari pihak lain. Adakah bahagia ini yang kita cari?






Sudah menjadi peraturan dalam hidup, tak semua manusia dapat memiliki apa yang diinginkan. Tak semua manusia dapat mengelakkan dari sesuatu yang tidak diinginkannya kerana hidup ini umpama roda, sekejap kita berada diatas dan sekejap berada di bawah. Hidup ini juga umpama ujian buat manusia, tidak kiralah ujian harta, kedudukan ataupun pangkat. Lihatlah sejauh mana kita berjaya menanganinya. Firman Allah

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.



Kebahagiaan yang hakiki ialah bilamana keimanan dan ketaqwaan tersemat di dalam jiwa seorang muslim. Istiqomah dalam ketaqwaan pada Allah akan memberikan kekuatan untuk menghadapi mehnah dan tribulasi yang mendatang. Kita pasti tidak akan takut dan kecewa dalam menghadapinya.
“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” Asy-Syamsy: 8-10



Solatlah kerana solat itu merupakan nur dan ketenangan jiwa kita. Penghubung antara kita dengan ALlah S.W.T. Tidak kira di saat suka atau duka, kita diperintahkan untuk bersolat. Dari situ juga kita pasti akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.
Allah berfirman: “Dan memohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan solat…” Al-Baqarah : 45




Selain itu, Al-quran menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W adalah contoh teladan terbaik yang boleh kita jadikan sebagai ciri2 kebahagiaan. Meliputi semua aspek, dari diri sendiri, keluarga, teman2 dan sebagainya.

Firman Allah SWT : Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).



Setiap apa yang berlaku hendaklah kita redha dengan qada' dan qadar dari Allah. Kerana ia dapat melahirkan ketenangan dalam diri. Kita mesti percaya pasti ada hikmah di setiap kejadian yang Allah turunkan dan percaya kita semua adalah pinjaman dari Allah, oleh itu DIA berkehendaki melakukan apa sahaja. Dengan keredhaan ini, mudahlah kita beroleh kebahagiaan.


Apalah ertinya bahagia jika keluarga berpecah belah. Anak2 derhaka dan menyumpah2 ibubapa. Tidak menutup aurat, tidak bersolat, tidak berpuasa. Paling sedih, mengucap dua kalimah pun tidak tahu. Itu bukan ajaran yang agama kita ajarkan. Masa kini, masyarakat lebih gemar mencari keseronokan, kebebasan dan kesenangan hidup sampai terleka dan tergadai agama. Bagaimana keseronokan ini mampu membahagiakan kita? Adakah kita benar2 terasa ketenangannya? Tanyalah pada mana2 artis contoh yang paling terdekat, baik dalam ataupun luar negara adakah mereka benar2 berasa tenang dan bahagia? Harta melimpah ruah tapi hidup dalam kecelaruan dan perceraian.




Ketahuilah wahai sahabat2, kebahagiaan hakiki yang perlu kita cari dan bukannya keseronokan duniawi. Kebahagiaan hakiki juga akan melahirkan ketenangan jiwa, keharmonian dan menunjukkan betapa indahnya islam. Islam is the way of life.


= Tautan Hati =

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::