Bismillahhirrahmannirahhim...assalammualaikum w.b.t ana ucapkan kepada sahabat2. Doa ana sentiasa mengiringi sahabat2 agar berada dalam rahmat Allah selalu. Semoga berbahagia hendaknya...^_^
Bercakap tentang bahagia, semua orang nak bahagia. Rasanya tiada orang akan berkata 'alangkah bahagianya aku jika aku tidak bahagia'. Fitrah manusia yang inginkannya. Manusia akan lakukan apa saja untuk mencapai kebahagiaan dalam diri. Tapi tahukah kita apa itu bahagia? Tahukah kita bagaimana cara untuk mencapai kebahagiaan yang diredhai Allah S.W.T?
Bahagia bukan terletak pada wang berjuta2, bukan terletak pada rupa paras yang cantik menawan dan bukan terletak pada kedudukan/status. Manusia mencari kesempurnaan, manusia mencintai kecukupan. Tapi, tiadalah makna bahagia tanpa iman dan taqwa. Kita lihat contoh2 yang ada disekeliling kita, persekitaran kita. Harta bertimbun tapi anak2 rebutkan harta bila meninggal dunia. Rumah tersergam indah dan besar tapi takut pencuri sampai berjenis2 penggera keselamatan dipasang untuk pastikan tiada harta benda yang hilang, rupa paras yang cantik dan tubuh badan yang menarik tapi hidup dalam kecurangan, cerai-berai, kekusutan, kecelaruan dan kesedihan. Pangkat tinggi tapi mendapat ancaman dari pihak lain. Adakah bahagia ini yang kita cari?
Sudah menjadi peraturan dalam hidup, tak semua manusia dapat memiliki apa yang diinginkan. Tak semua manusia dapat mengelakkan dari sesuatu yang tidak diinginkannya kerana hidup ini umpama roda, sekejap kita berada diatas dan sekejap berada di bawah. Hidup ini juga umpama ujian buat manusia, tidak kiralah ujian harta, kedudukan ataupun pangkat. Lihatlah sejauh mana kita berjaya menanganinya. Firman Allah
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.
Kebahagiaan yang hakiki ialah bilamana keimanan dan ketaqwaan tersemat di dalam jiwa seorang muslim. Istiqomah dalam ketaqwaan pada Allah akan memberikan kekuatan untuk menghadapi mehnah dan tribulasi yang mendatang. Kita pasti tidak akan takut dan kecewa dalam menghadapinya.
“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” Asy-Syamsy: 8-10
Solatlah kerana solat itu merupakan nur dan ketenangan jiwa kita. Penghubung antara kita dengan ALlah S.W.T. Tidak kira di saat suka atau duka, kita diperintahkan untuk bersolat. Dari situ juga kita pasti akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.
Allah berfirman: “Dan memohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan solat…” Al-Baqarah : 45
Selain itu, Al-quran menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W adalah contoh teladan terbaik yang boleh kita jadikan sebagai ciri2 kebahagiaan. Meliputi semua aspek, dari diri sendiri, keluarga, teman2 dan sebagainya.
Firman Allah SWT : Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).
Setiap apa yang berlaku hendaklah kita redha dengan qada' dan qadar dari Allah. Kerana ia dapat melahirkan ketenangan dalam diri. Kita mesti percaya pasti ada hikmah di setiap kejadian yang Allah turunkan dan percaya kita semua adalah pinjaman dari Allah, oleh itu DIA berkehendaki melakukan apa sahaja. Dengan keredhaan ini, mudahlah kita beroleh kebahagiaan.
Apalah ertinya bahagia jika keluarga berpecah belah. Anak2 derhaka dan menyumpah2 ibubapa. Tidak menutup aurat, tidak bersolat, tidak berpuasa. Paling sedih, mengucap dua kalimah pun tidak tahu. Itu bukan ajaran yang agama kita ajarkan. Masa kini, masyarakat lebih gemar mencari keseronokan, kebebasan dan kesenangan hidup sampai terleka dan tergadai agama. Bagaimana keseronokan ini mampu membahagiakan kita? Adakah kita benar2 terasa ketenangannya? Tanyalah pada mana2 artis contoh yang paling terdekat, baik dalam ataupun luar negara adakah mereka benar2 berasa tenang dan bahagia? Harta melimpah ruah tapi hidup dalam kecelaruan dan perceraian.
Ketahuilah wahai sahabat2, kebahagiaan hakiki yang perlu kita cari dan bukannya keseronokan duniawi. Kebahagiaan hakiki juga akan melahirkan ketenangan jiwa, keharmonian dan menunjukkan betapa indahnya islam. Islam is the way of life.
= Tautan Hati = |
0 comments:
Post a Comment