CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 25, 2010

Ana..



Sekarang pukul 12.00 (25/7/2010)..
Di malam yang sunyi ini..
Namun jelas kedengaran..
Bait2 lagu nasyid..
Berkumandang di notebook kecilku..
Yg usianya baru seminggu bsamaku..
Saya sayang kamu Thaqif Ubairah (nama notebook ku)..
Di kala menghayati bait2 lagu nasyid..
Ku terdengar..
Seseorang yang terbatuk2..
D tgh mlm yang sepi ini..
Itulah Tok ku..
Setiap mlm..
Pasti terdengar dia terbatuk2..
Penyakitnya ini tiada bkesudahan..
Pelbagai rawatan diterima..
Juga pelbagai doktor dijumpai..
Pelbagai ubat dimakan..
Namun tetap tidak sembuh..
Mungkin ini adalah kafarah dosa2nya yang lalu..
Namun Tok..
Kau harus sabar..
Allah bersamamu..
Manakala Tok ku yg berada di Kuala Kedah..
Dia pula mengalami penyakit lenguh2..
Bila seseorang itu semakin melangkah laju umurnya..
Pelbagai penyakit yang datang melanda..
Adakah aku begitu juga???
Namun..setiap apa yg berlaku..
Pasti ada hikmahnya..
Hanya Allah yg tahu..
DIA yg tahu segala2nya..

Manakala sahabat baikku..
Engkau jg..
Jagalah kesihatanmu..
Ana rindu Anti..
Bila anti sakit..
Ana risau...
Ana xboleh berada di sisi Anti..
Kurangkan minum ais..
Dan sebagainya..
Anti pun tahu semua itu..

Mak..
Ana sayang Mak..
Anak mak ini..
Teringin sgt nk bahagiakan Mak..
Tp Ana..
Seringkali melukakan hati mak..
Baik tingkah-laku ku..
Percakapan..
Maafkan, ana..

Abah..
Ana sayang Abah juga..
Walaupun Abah bukan lah Abah ku yg sebenar..
Hanya Ayah tiri..
Namun..
Dengan adanya dirimu..
Ana dan adik2 dpt menumpang kasih..
Terima kasih krn menjaga Mak dan Kami..

Adik2 ku..
Akak sayang kalian..
Maafkan akak..
Yg selalu berleter..
Akak hanya mahukan yg terbaik buat kalian..
..ANA SAYANG KALIAN SEMUA..

Saturday, July 24, 2010

Allah Maha Adil

Wanita : Ustaz, kenapa kami kaum wanita kene tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit saja. Adil ke ustaz?

Ustaz : Cik tahu tak berapa jarak matahari ke bumi?

Wanita : Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pula? Bagaimana soalan saya tadi?
Ustaz : Cuba cik bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinci rapat, apa agaknya akan terjadi pada kita?

Wanita : Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz.
Ustaz : Jadinya, cik setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak, sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ini. Bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya.
(wanita berfikir seketika)

Wanita : Benar kata ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Berkuasa.
Ustaz : Jika demikian, mengapa cik boleh timbul sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini dan lelaki begitu?
Wanita : hmmm, ye tak ye jugak ustaz. Tak patut saya rasa begitu. Astagfiruallah Ala'zim.


p/s : Rakan2..sesungguhnya kita sebagai wanita adalah ciptaan istimewa Allah kepada kaum lelaki. Kitalah perhiasan kaum lelaki dan jg dunia..kita jg adalah fitnah kpd lelaki! Kalau hendak membeli emas & permata..bahkan jika ingin membeli kasut baru,baju baru..dsb..bukan kah kita sentiasa mencari yg terbaik? Bagaimana pula dgn diri kita? Adakah kita berikan diri kita yg terbaik?Jika kita inginkan lelaki yg soleh..mengapa kita tidak cuba menjadi "solehah"..yg sentiasa menjaga aurat, tingkah-laku kalian..dsb.?? Wallahua'lam..







Sunday, July 18, 2010

~kebahagiaan sebenar ialah hidup dlm IMAN~



Orang2 yg sesungguhnya paling sengsara ialah mereka yg miskin iman & m'alami krisis keyakinan. Mereka ini,selamanya akan berada dlm kesengsaraan, kesedihan, kemurkaan & kehinaan.
   "Dan sesiapa yg b'paling ingkar dr ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya baginya adalah hdup yg sgt sempit."
(Surah Taha :124)

   Tidak ada sesuatu yg dpt m'bahagiakan jiwa, m'bersih & menyucikannya, m'buatnya tenang & m'halau kebimbangan darinya selain keimanan yg benar kpd Allah SWT, Tuhan alam semesta. Pendek kata, hdup akn trasa hambar tnpa IMAN...
   Menurut pndapt glongan p'bangkang Allah yg sama sekali x b'iman, cara t'baik utk menenangkan jiwa adlah dgn BUNUH DIRI. Menurut mreka, dgn bnuh diri org akn dijauhkan dr sgala tekanan, kegelapan & bencana dlm hidupnya. Alangkah malangnya hdup yg miskin IMAN. Dan betapa pedihnya seksa & azab yg akan dirasakan oleh org2 yg melencong dr bimbingan Allah di akhirat nnti.
   "Dan Kami palingkan hati mereka & pandangan mereka sebagaimana mereka tlah tdak (mahu) b'iman kpd (ayat2 Kami ktika dtg kpd mereka) pd awal mulanya, & Kami biarkan mereka meraba-raba di dlm kesesatannya dgn bingung."
(Surah al-An'am : 110) 

   Kini, sudah tiba masanya dunia menerima dgn tulus ikhlas & b'iman dgn sesungguhnya bhwa 'tidak ada Tuhan selain Allah'. Bagaimanapun, pngalamn & uji cuba mnusia spanjag sjrh hdup dunia ini dr abad ke abad sudah m'buktikan byk hal; menyedarkan akal bhwa berhala2 itu tahayul belaka, kekafiran itu punca malapetaka, p'bangkangan itu dusta, para Rasul itu benar, & Allah betul2 Penguasa krjn bumi & langit, sgla puji bg Allah dan Dia sungguh2 Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu.
   Seberapa besar, kuat atau lemah, hangat atau sjuk, iman kalian maka setakat itu pula kebahagiaan, ketenteraman, kedamaian & ketenangan jiwa kalian.
   "Sesiapa yg b'amal soleh, dr lelaki atau perempuan, sedang ia b'iman maka sesungguhnya Kami akan m'hidupkan dia dgn kehidupan yg baik; dan sesungguhnya Kami akan m'balas mereka, dgn m'berikan pahala yg lebih dr apa yg mereka tkah kerjakan."   
(Surah an-Nahl : 97)

   Tujuan hdup yg baik (hayatan tayyibah) dlm ayat ini ialah ketenangan jiwa mereka disebabkan janji baik Tuhan mereka, keteguhan hati mereka dlm m'cintai Zat yg m'jadikan mereka, kesucian nurani mereka dr unsur2 penyimpangan iman, ketenangan mereka dlm m'hadapi stiap kenyataan hdup, kerelaan hati mereka dlm menerima & m'harungi ketentuan Allah, dan keikhlasan mereka dlm menerima takdir. Dan itu smua adalah krn mereka btul2 yakin & ikhlas menerima bhwa Allah adalah Tuhan mereka, Islam agama mereka, dan Muhammad adalah nabi & Rasul yg diutus Allah utk mereka.

Dipetik dr La Tahzan(Jangan Bersedih) 
 

Monday, July 12, 2010

NAK SUAMI YG SOLEH..ANA PERLU JD SOLEHAH

Assalammualaikum wbt..


  Alhamdulillah..td selepas mkn dengan kwn2..ada la sorg kwn ana yg menyentuh soal pkahwinan. InsyaAllah..lg 4 tahun..ana n rakan2 akn keluar n mnjd seorang guru..USTAZAH! Subhanallah..beratnya tanggungjawab ini namun insyaAllah..berkat ilmu yg diperoleh bserta dgn amalan..insyaAllah kami dpt mnjd seorang USTAZAH yg baik n disayangi..AMIN=)
  Ha..td kwn ana sentuh ttg soal kahwin..katanya..sblm tmt pengajian d mktab ini (IPG PERLIS)..hrp sem 7 dh btunang..sblm posting dh kahwin..bila ana tdengar tu..teringin la jgk..sape xnk kahwin..btul x? Tipula sapa xnk kahwin..best..sbb dapat PAHALA.
  Memandangkan ana ni tua setahun drp kwn2 ana yg 1 kelas ni..lg la ana memikirkan soal pkahwinan. Nanti dh keluar maktab..umur dh 24..posting umur 25..mmg dh sesuai umur 24/25 utk kahwin..CALON??? xde lg..itu semua ketentuan ALLAH..Dia yg lebih tahu..insyaAllah..bila tiba masanya, ada la kan?? 
  Rakan2..lau antunna nk pilih pasangan hidup..PENTINGKAH SESEORANG YG HANDSOME/KACAK? DEMAND SGT KE KLAU ANA NAK BAKAL SUAMI YG HAFAL 30 JUZUK? wallahua'lam..ya ALLAH..KAU TENTUKAN LAH APA YG ERBAIK BUAT HAMBA MU INI..AMIN.
  Nmpaknya dh pkul 7 ptg ni..nk mnx diri dulu..eh..sblum tu, jom hayati bait2 lagu d bwah..salam=)

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 

Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 

=peringkat2 TAKABBUR=



Imam Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi dlm Ringkasan Jalan Mereka yang Menuju Allah menyatakan bahana TAKABBUR yg menimpa manusia ada 3 peringkat iaitu hati,perbuatan dan tutur kata.

Sifat takabbur yg m'diami hati...
Pd peringkat p'mulaan, seseorg yg takbur merasakan bahawa dirinya lbih hebat drpd org lain dan merasakan org lain lbih hina, rendah darjat, lemah dan sebagainya. Takabbur mula b'tunas dlm hatinya, namun dia selalu b'usaha utk m'cabut tunas takabbur t'sebut.

Sifat takabbur yg dizahirkan melalui p'buatan...
Pd peringkat ke-2 ini, sifat takabbur diterjemahkan kpd sikap. Kini gaya bahasa si takabbur jelas m'zahirkan sifat t'sebut. Tidak ingin duduk b'sama mereka yg x setaraf, x m'endahkan golongan t'tentu, m'jeling mata dan sebagainya.

Sifat takabbur yg t'ucap melalui ucapan...
Kini sifat t'sebut dizahirkan melalui kenyataan2 yg m'banggakn diri. Kelebihan dirinya dicanang merata dgn hjung lidahnya demi sebuah p'iktirafan.

Jelaslah bhw takabbur b'cambah dr sekecil zarah yg m'diami hati hgga t'ungkap lewat lidah si bongkak. Hakikatnya, manusia meraikan takabbur b'modalkan nikmat dan kurniaan Allah SWT. Layakkah kita b'megah???
Allah b'firman yg b'mksd:"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah org yg paling b'taqwa di antara kamu." (Surah al-Hujurat 49:13)  


Friday, July 2, 2010

Pesanan Buat Teman

Kiranya tempias membasahi jendelamu, 
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu, 
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,  
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku, 
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu, 
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu, 
dan 
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,  
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...

video
Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku, jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,

" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."
" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."

Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."

" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."
" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat..."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::