CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 26, 2011

. : : Cinta Suci : : .


Aku pengemis,
Pengemis cinta suci,
Perayu cinta sejati,
Aku pengemis,
Yang dahagakan kasih sayangNya
Hanya mengharap pada Maha Pencinta.Nyah kau cinta dunia,
Pergi kau cinta fantamorgana,
Aku tak perlukanmu,
Cintamu terlalu palsu,
Cinta murahan,
Penuh dengan kepura-puraan.
 Aku merayu,
Nyah kau cinta fantamorgana,
Baru saja aku bebas dari cengkamanmu,
Baru sebentar jiwa ini girang,
Riang dengan hanya kasihNya,
Belum sempat putik tumbuh mekar di taman hati,
Tanpa diundang kau muncul kembali,
Lewat hanya untuk sementara,
Mengundang fitnah pada sang jiwa,
Hadir untuk melalaikan aku,
Membawa cita dan harapan palsu.Aku merayu,
Nyah kau cinta manusia,
Jangan dekati hati nurani ku ini,
Jangan dekati iman mudah goyah ini,
Pergi!
Mengapa kau tak mengerti?
Tiada ruang untukmu di sudut hati,
Belum tiba masanya lagi,
Mungkin suatu hari nanti,
Pabila cinta Agung lagi pasti telah bersemi,
Hidup subur menjalari hati,
Teguh bertahkta di sanubari.


~puisi ni amik kat someone…tertarik sangat dengan puisi nie…terkadang diri nie terfikir…ya memang benar tiada cinta yang abadi dan hakiki melainkan cintaNya Rabbul Izzati…sebaik2 pengharapan hanya padaNya Yang Maha Pengasih…Ya Allah kusedar dulu kupernah menaruh simpati pada insan namun luka itu kian parah…Kini kusedar betapa Kau cinta padaku…selangkah kudekat padaMu seribu langkah Kau dekat padaku…Ya Allah kini kusedar cukuplah bagiku dengan adanya DIRIMU…~

***************************************************************************************


: : Kata Hati... : :

"Hati itu sentiasa di hati ku.."

“Hati itu membuat aku kenal erti kasih titipan dari-Mu”

“Kerana hati itu hati ku turut terasa sayu..”

“Aku hairan, mengapa si hati itu begitu payah untuk menerima suatu kebaikan.”

“Aku terlalu hairan, mengapa si hati itu begitu mudah bersetuju dengan kelalaian?”

“Aku menjadi semakin hairan, mengapa si hati itu begitu mudah mengatur langkah bagi yang tiada baiknya?”

“Aku jua turut menjadi hairan, mengapa si hati itu menyusun seribu alasan untuk tidak mengatur langkah ke arah yang dijanjikan kebaikan?”

“Aku menjadi keliru dalam kehairanan, mengapa si hati itu sangat pandai membahagi masa antara buku dan kelalaian?”

“Aku kian menjadi keliru dalam kehairanan, mengapa si hati itu sangat sukar membahagi masa antara buku dan kebaikan?”

Air mata ingin terus menitis, lantaran si hati itu tak dapat ditawan akan cinta Hakiki, cinta Rabb, yang menjanjikan kebahagian hakiki di dunia yang kekal abadi..

“Aduh! “

“Aku terlupa kepada sesuatu yang sering dilupakan. Aku terlupa pada pesanan Tuhan, kata-Nya dalam An-Nas ‘kejahatan bisikan syaitan itu bersembunyi, membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia, (kejahatan itu) dari golongan jin dan manusia’…”

“Aduhai, bisikan yang bersembunyi sukar untuk ditangani. Makanya di awal ayat Allah berpesan ; Katakanlah ‘Aku berlindung kepada Tuhan manusia’.. "

“Oh, disitu penawarnya..”

“Aku juga selalu terlupa akan fitrah manusia yang sering terlupa. Mungkin si hati itu terlupa dan aku lupa mengingatkan.”

“Aduh, maafkan diriku”

“Ya Allah, mohon sampaikan pada si hati itu.. katakan padanya hanya dengan menjadikan Allah sebagai pelindung maka kejahatan yang bersembunyi itu dapat diatasi..”

“Ya Rabbi, mohon sampaikan pada si hati itu.. kematian itu menanti.. syurga dan neraka itu janji.. jalan yang benar penuh berduri namun mainsnya kekal abadi..”

“Ya Rahman, Ya Rahim, sampaikan pada si hati tu.. sayangku tak pernah berbelah bahagi dan kerana diriku hanya insan biasa dan sayangku kerana illahi.. Mohon beri aku peluang untuk terus menyayangi si hati itu..”

“Ya Ghafur, ampunkan si hati itu dan diriku, lantaran kami insan biasa yang sering terlupa.. maka kuatkan hati kami dengan hidayahmu..”

“Ya Allah, Tuhan yang memiliki setiap hati yang aku sayangi, izinkan aku bawa hati itu ke syurga bertemu dengan-Mu”…

******************************************************************************************************

~ tautanhati~

Friday, March 18, 2011

. : : Sahabat Selamanya : : .


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani hamba mula menulis... Alhamdulillah syukur dirafakkan buat Robbul `Izzati atas segala nikmat dan kurnia darinya..





Entry kali ni hamba nak tulis mengenai lirik lagu sahabat selamanya... mesti ramai yang dah pernah dengar lagu ni... lagu ni lebih sedap kalau ia dinyanyikan bersama iringan gitar sahaja berbanding yang asal... walau ape pun, bukan itu yang ingin hamba tekankan disini... apa yang ingin bicarakan ialah mengenai lirik lagu tersebut... SAHABAT SELAMANYA atau pun boleh la dikatakan UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA (lebih kurang la kan...)




Sahabat Dambaan



Boleh dikatakan sahabat ialah insan yang paling rapat dengan kita... Manusia yang dicipta oleh Allah, yang memahami kita... kita sering menceritakan masalah kita pada sahabat, tempat kita berkongsi kisah suka dan duka(semua ni kita buat ngan sahabat selain dengan ibu bapa). Namun, dapatkah kita mencari seorang sahabat sebagaimana yang rasulullah sabdakan?? bila kita melihatnya, kita teringat akan Allah, bila mendengar kata-katanya, bertambah ilmu kita dan apabila melihat amalannya, kita teringat akan akhirat... adakah kita kita punya sahabat sebegini???




Kita Bagaimana???



Kita juga pasti merupakan sahabat kepada sahabat kita kan??? dan kita bagaimana??? adakah dengan melihat kita sahabat kita akan teringat pada Allah atau bertambah leka??? adakah dengan mendengar kata-kata kita sahabat kita bertambah ilmunya??? dan adakah dengan melihat amal ibadat kita sahabat kita akan teringat akan akhirat atau terus hanyut di bawa arus dunia??? kita ini sahabat yang bagaimana??? kita sering mengharapkan orang lain untuk menjadi sahabat terbaik kita tetapi adakah kita menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita??? bersama kita muhasabah diri...






Kita dan sahabat kita pastinya berasal daripada latarbelakang yang berbeza dan mungkin cara didikan yang yang diterima juga berbeza...walaupun terdapat perbezaan, kita cuba fahami dan selami sahabat kita itu sebaiknya... apa yang ada padanya (sikap, personaliti, cara pemikiran dan tindakan) dibentuk oleh keadaan dan suasana persekitaran yang ada dengan mereka pada waktu tersebut.... terimalah mereka seadanya dan cubalah menjadi sahabat yang terbaik.... Apa yang penting dalam hubungan ini adalah kesetian, kejujuran, amanah dan kasih sayang yang ikhlas bukan kerana sahabat kita pandai, bijak, kaya dan sebagainya tetapi semata-mata hanya kerana Allah... Pilihlah teman yang baik akhlaknya, yang santun budinya dan mempunyai sahsiah diri yang mulia dan yang paling penting, hubungannya dengan Allah dan sesama makhluk juga baik agar kita bisa mengikut jejak langkah mereka....






Buat sahabatku,

Maaf ku pinta,
Andai diri ini banyak menyakitimu,
Maaf jika bicaraku pernah mengguris hatiu,
Maaf jika tindakkanku keterlaluan sehingga menusuk kalbumu,
Maaf jika aku khilaf dalam menafsir dirimu...




Sahabatku,

Terima kasih kerana kau sudi hadir dalam hidup ku,
Menemani setiap langkahku dalam perjuangan ini,
Andai aku bisa menggapai bintang di langit,
Andai saja aku bisa meraih sang rembulan dan mentari,
Akan kuhadiahkan buatmu,
Sebagai tanda kasih dan sayangku,
Namun,
Aku tahu,
Itu semua diluar kemampuanku,
Hanya secebis doa yang mampu utus buatmu,
Semoga kau bahagia, dirahmati dan diredhoi olehnya selalu...
UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA...







Dibawah ini ana serta lirik lagu Sahabat Selamanya... Hayatilah...







SAHABAT SELAMANYA


Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia


Sahabat untuk selamanya

Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia



Sahabat untuk selamanya

Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia


*****************************************************************
: : Tautan Hati : :

. : : Bicara Hamba : : .



Kita Adalah Sang Musafir
Yang Berjalan Dan Berkelana
Di Dunia Yang Fana Ini
Di Kampung Kita Yang Sementara

Tiba Masanya Kitakan Keletihan
Sampai Waktunya Berhenti Jua
Dari Terus Bermusafir
Dan Berkelana
Dan Berkampung Yang Seketika

Tapi Apakah Kau Fikirkan Ke Mana Tujuanmu
Sudahkah Kau Sedar
Kau Hanya Seorang Hamba
Yang Perlu Bersedia Untuk Kematianmu

Ke Mana Perginya Amalan Ketika Muda
Bagaimanakah Amalan Bila Tua
Yang Boleh Dijadikan Jambatan
Ke Kampung Abadi
Yang Boleh Menjawab Segala Persoalan
Penentu Hidupmu Di Sana

Fikirkanlah Jangan Kau Siakan
Insaflah Agar Tak Menyesal
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Sebelum Kau Terlambat


: : Tautan Hati : :


. : : ~Khas buat sahabiah tersayang~ : : .


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, kami adalah hamba-hambaMu yang dhaif lagi naif, mungkin tidak layak untuk menjadi hambaMu, kerana itu, kami memohon kepadaMu..

Ya Allah, jadikanlah kami wanita-wanita yang kental, sekental Asma' dan Sumayyah dalam menegakkan deen-Mu. Jadikanlah kami wanita-wanita yang mulia, semulia Hawa serta secerdik dan secerdas 'Aisyah, wanita yang syahirah pada ilmu agamanya dan juga 'Aliah pada amal solehnya. Jadikan juga kami seorang yang jamilah pada akhlaqnya, sahabat yang wafa' selamanya. ya Rabbi ya Zaljalaliwalikram, kami mohon pada-Mu, jadikanlah kami seorang wanita solehah yang sentiasa syakirah pada setiap nikmat dan rezki-Mu, seorang yang sakinah pada tiap tingkah laku, dan seorang yang hafizah pada maruah diri, agama, serta agama. Kau kurniakanlah kami 'aqal yang nabihah serta fikiran yang haziqah. Ya Rabbul 'Izzati, Kau masukkanlah sifat yang nazurah di dalam diri kami agar tidak dilabel sebagai kaum yang lemah. Kurniakanlah jua kami kesolehan dan kesopanan yang fitriah di luar dan di dalam diri kami serta amalina di dunia dan di akhirat. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, jadikanlah kami hambaMu yang tidak pernah melupaiMu, baik di dalam keadaan senang mahupun susah serta jadikanlah kami hamba yang atikahathirah dan afiqah. KepadaMu kami memohon, maka jadikanlah kami seorang muslimah, mukminan, mujahidah yang masturah abdan abada agar dapat kami berkumpul semula di dalam tempat dan keadaan yang lebih bahagia, di Syurga-Mu, andai kami layak~amin ya Rabbal 'alamin...


*Take a note kata-kata cikgu 'Aisyah..

Kita ni telah dididik ditapak asuhan, seperti benih yang disemai dengan baik, kita juga adalah sebiji benih yang telah disemai oleh manusia-manusia yang hebat, makanya, kita perlu tumbuh dengan baik untuk memberi kepada orang lain.. moga semuanya menjadi pewaris insan-insan yang hebat kelak.

Jadilah kamu benih yang baik yang apabila dilambung ke langit menjadi bintang, apabila di campak ke laut menjadi pulau dan apabila dilontar ke darat menjadi tumbuhan yang cantik, indah..


: : Tautan Hati : :


. : : Puisi: Antara Cinta Hati & Cinta Ilahi : : .



Sahabat
Tika ku lihat wajahmu bermuram durja
Firasat ku mengata pasti hati kau sedang gundah gulana
Tergambar di wajahmu ku membaca
Kau duduk termanggu buntu memikir masa depan mu
Kau termenung memikir memilih
Antara cinta hatimu atau cinta Ilahi

Sahabat
Ingin sekali hati ku berbicara
Buat kau sahabat yang ku sayangi
Ingin sekali aku membuat mu mengerti
Dan memahami bahawa ini adalah mehnah dari ilahi

Sahabat
Cinta itu adalah suatu fitrah manusia
Tanpanya hidup manusia binasa
Tetapi mengejar cinta duniawi adalah suatu yang sia-sia
Sebaliknya mengejar cinta hakiki adalah suatu yang abadi
Maka gunalah nikmat fitrah itu dengan sebaiknya
Jangan sampai terjerumus dalam lembah yang hina

Sahabat
Sesungguhnya setiap sesuatu yang diredhaiNya
Adalah suatu ganjaran yang terbaik buat dirimu
semua suratan hidup sudah tercatatan di Luh Mahfuz
Maka mengertilah wahai sahabatku
Allah pasti tahu apa yang terbaik buat
HambaNya yang beriman

Sahabat
Ingin sekali ku memetik kata-kata
Seorang serikandi Islam buat penutup bicara
Yang sentiasa menjadi pedoman buat para `Abid
”Ibadat yang sebenar ialah untuk mencari keredhaan Allah,
Bukan keinginan untuk mendapatkan syurga
Ataupun ketakutan terhadap neraka”
Itulah madah indah dari Rabi`atul Adawiyah
Serikandi Syurga


Fatayatul Jihad | 1 Rabi`ul Akhir 1432 H
“Antara Cinta Ilahi & Cinta duniawi”
Pilihlah cinta Sequdus Cinta Ilahi
Wallahu`alam
# Siti Nur Abirah(along) dedikasikan puisi ini utk teman sejati,sahabat,kawan dan adik, iaitu A'ain Hidayah Ahmad Fua'ad..renung2kan dan bertindak mengikut imanmu..semoga Allah sentiasa memandu kita ke jalan-Nya..amin ya rabbal a'lamin..
**********************************************************
: : Tautan Hati : :

Thursday, March 17, 2011

Jika kamu sayangi ku,
Hargailah diriku sebaik2nya...




Jika kamu ingin melihat ku tersenyum,
Jujurlah dengan ku walau apa pun yang berlaku...





Jika kamu ingin tahu apa yang
Ku inginkan dalam hidup nie ialah,
Ku ingin melihat orang ku sayang
Bahagia dan berjaya di dalam hidupnya...

Ku tak kisah walau pun ku harus
Ditinggalkan untuk membuat kamu bahagia...



Didalam hidupku,
Ku cuma mahu melihat kamu bahagia
Bersama orang yang kamu sayang
Dan semoga kamu sentiasa
Di dalam rahmat ILLAHI...


***********************************************
perkongsian dari MUSAFIR SANG DHAIF 

: : Tautan Hati : :

. : : Doa Untuk SahabatKu : : .



Assalamualaikum.. Doa ni, penulis nak tujukan buat semua sahabat yang mengenali penulis dan sudi menjadi sahabat penulis. especially --> (Siti Nur Abirah Azmee, Nur Athirah, Mira Zizan, Nurul Azzyaty Jayah).. semoga Allah sentiasa melindungi kalian...

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi...

Ya Allah,
Saya muhasabah,
menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi...

Ya Allah,
Sahabat ketawa,
saya gembira,
Sahabat sayu,
saya syahdu,
Sahabat layu,
saya pilu,
Sahabat cemerlang,
saya gemilang...

Ya Allah,
Kawan saya,
sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga...

Ya Allah,
Sahabat saya,
buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah,
Silaturrahiim kami,
ukhwah fillah,
Bermusuh kami,
na`uzubillah,
Berpisah mati,
insya Allah
Pengubat hati,
do`a rabitah...

************************************************************

perkongsian dari  MUSAFIR SANG DHAIF

: : Tautan Hati : :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::