Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah, kami adalah hamba-hambaMu yang dhaif lagi naif, mungkin tidak layak untuk menjadi hambaMu, kerana itu, kami memohon kepadaMu..
Ya Allah, jadikanlah kami wanita-wanita yang kental, sekental Asma' dan Sumayyah dalam menegakkan deen-Mu. Jadikanlah kami wanita-wanita yang mulia, semulia Hawa serta secerdik dan secerdas 'Aisyah, wanita yang syahirah pada ilmu agamanya dan juga 'Aliah pada amal solehnya. Jadikan juga kami seorang yang jamilah pada akhlaqnya, sahabat yang wafa' selamanya. ya Rabbi ya Zaljalaliwalikram, kami mohon pada-Mu, jadikanlah kami seorang wanita solehah yang sentiasa syakirah pada setiap nikmat dan rezki-Mu, seorang yang sakinah pada tiap tingkah laku, dan seorang yang hafizah pada maruah diri, agama, serta agama. Kau kurniakanlah kami 'aqal yang nabihah serta fikiran yang haziqah. Ya Rabbul 'Izzati, Kau masukkanlah sifat yang nazurah di dalam diri kami agar tidak dilabel sebagai kaum yang lemah. Kurniakanlah jua kami kesolehan dan kesopanan yang fitriah di luar dan di dalam diri kami serta amalina di dunia dan di akhirat. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, jadikanlah kami hambaMu yang tidak pernah melupaiMu, baik di dalam keadaan senang mahupun susah serta jadikanlah kami hamba yang atikah, athirah dan afiqah. KepadaMu kami memohon, maka jadikanlah kami seorang muslimah, mukminan, mujahidah yang masturah abdan abada agar dapat kami berkumpul semula di dalam tempat dan keadaan yang lebih bahagia, di Syurga-Mu, andai kami layak~amin ya Rabbal 'alamin...
*Take a note kata-kata cikgu 'Aisyah..
Kita ni telah dididik ditapak asuhan, seperti benih yang disemai dengan baik, kita juga adalah sebiji benih yang telah disemai oleh manusia-manusia yang hebat, makanya, kita perlu tumbuh dengan baik untuk memberi kepada orang lain.. moga semuanya menjadi pewaris insan-insan yang hebat kelak.
Jadilah kamu benih yang baik yang apabila dilambung ke langit menjadi bintang, apabila di campak ke laut menjadi pulau dan apabila dilontar ke darat menjadi tumbuhan yang cantik, indah..
: : Tautan Hati : : |
0 comments:
Post a Comment