CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 24, 2011

: : The Muslims of Andalus,Spain (part 3) : :



Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana kebenaran Islam, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran.

Sebuah gereja Baptis terletak di bandar Christchurch menjadi tumpukan batu bata runtuhan. Simbolik berakhirnya era penipuan gereja dan penguasaan Kristian di dunia baru ini. Umpama hancurnya gereja-gereja kecil Rom ketika kelahiran Rasulullah SAW. Supaya hati - hati mereka bersedia dulu sebelum zahirnya pemimpin yang ditunggu-tunggu.

Ditengah2 kota Cordova terletaknya sebatang jalan dinamakan sempena Albucasis, dan melangkaui sungai Cordova Guadelquivier (arabnya - Wadi el Kabir) terdapat Muzium Calla Hurra dimana dipamerkan alat-alatan tangan buatan Az-Zahrawi sendiri.

Kejatuhan Edessa (kini di SanliUrfa, Turki), bandar tentera Salib membuatkan Perang Salib Ke-2 diisytiharkan oleh Paus Eugene III, dipimpin oleh Raja Louis VII (Perancis) dan Conrad III (Jerman). Tentera kedua-dua raja merentasi benua Eropah pada 1145. 2 tahun sebelum kejatuhan Lisbonax al-Andalusi ke tangan tentera Salib dan Portugis.

Mujurlah selepas melintasi wilayah Byzantine ke Anatolia, kedua-dua pasukan tentera ini dikalahkan oleh Sultan Alp Arselan dari Turki Seljuk. Louis dan Conrad bersama saki-baki tentera mereka sampai ke Jerusalem (Baitulmuqaddis) tetapi gagal menyerang Damsyik pada tahun 1148. Kekalahan tentera salib di Timur adalah kemenangan besar orang Islam.
****************************************************************************************
: : Tautan Hati : :

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::