|
Penguasa Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak "Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan mengurangkannya". |
|
Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Islam. Muzik diperdengarkan pada kaum mudanya agar lebih suka menyanyi daripada membaca al-Quran. Mereka mengirim ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan umat Islam. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh. |
|
Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani Abad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. |
|
Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya. |
|
Sebuah bendera panji-panji Tentera Muslim yang besar dipamer di Istana Doges, Venice. Bendera diambil pada tahun 1571 ketika 'kumpulan gabungan Paus Kristian: Paus Pius V, Sepanyol, Venice, Genoa, Savoy, dan Knights of Malta' berjuang dengan Kapal-kapal Uthmaniyyah. Ini adalah pertempuran laut terbesar dalam sejarah antara kapal di laut.
|
****************************************************************************************
|
: : Tautan Hati : : |
0 comments:
Post a Comment