بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dari beritaharian.com.my, Ahad 17 Mei 2009. HISTERIA atau dlm bhasa Melayu dikenali sbg kerasukan sesuatu yg benar2 wujud.
Sbg contoh, Allah SWT b'firman dlm surah al-Baqarah ayat 275 b'maksud:"Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.Yang demikian disebabkan mereka mengatakan:"Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama saja seperti riba."Padahal Allah sudah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang sudah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (daripada mengambil riba),maka apa yang sudah diambilnya dulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkara itu terserah kepada Allah.Dan sesiapa yang mengulangi (perbuatan mengambil riba), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
Dirasuk ditafsirkan oleh ulama,contohnya Ibn Kathir dlm tafsir al-Quran al-Azim bahwa pemakan riba tdak dpt b'diri dgn betul pd hari kiamat.Mereka akn b'jalan t'huyung-hayang seperti org kerasukan.
Sbg keterangan lanjut yg b'kaitan dlm hadis sahih riwayat al-Hakim drpd Kharijah As-Shalt drpd Alaqah Sahar,dia b'kata:"Pada zaman Nabi dulu,penduduk sebuah kampung pernah meminta tolong kepadaku mengubati seorang yang selalu ditimpa penyakit gila dan kerasukan di kalangan mereka. Orang lelaki ini diikat bagi mengelakkan dia menyusahkan orang lain."
"Alaqah akhirnya membacakan al-Fatihah untuk orang yang ditimpa musibah itu setiap hari, pagi dan petang selama tiga hari berturut-turut sehingga dia sembuh dan dilepaskan daripada gangguan syaitan itu."
Merujuk bukti al-Quran dan hadis yg sgt byk,ulama ahli Sunnah b'sepakat mengatakan kerasukan syaitan benar2 wujud.Ia satu bentuk penguasaan syaitan ke atas manusia di samping cara mempengaruhi yg lain.
Allah SWT m'jelaskan dlm surah al-Mujadalah ayat 19 b'maksud:"Syaitan sudah menguasai dan mempengaruhi mereka,sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah."
Matlamat t'akhir gangguan syaitan seperti digmbarkan dlm surah al-A'raf ayat ke-17 b'maksud:"Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka,dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."
Bagi mengatasi masalah gangguan itu,cara paling b'kesan t'utama apabila b'laku kpd ramai,seseorg melaungkan azan. Nabi SAW menyatakan dlm hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:"Apabila azan dilaungkan,syaitan bertempiaran lari sambil membunyikan kentutnya kerana tidak mahu mendengar suara azan".
Dlm hadis lain,rawatan yg sgt b'kesan ialah m'baca surah al-Fatihah, ayat Kursi,dua ayat terakhir surah al-Baqarah,surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas. Cara dicadangkan menurut hadis riwayat Abu Daud ialah membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan itu tiga kali atau lebih.
Bagi m'elak ditimpa gangguan syaitan yg pelbagai,kita perlu sentiasa zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan.
Sebagai contoh p'baca boleh merujuk kitab zikir nabi karangan al-Imam an-Nawawi yg sgt padat dgn amalan dan petua yg dianjurkan Baginda SAW. Nabi juga pernah m'alami gangguan syaitan akibat disihir oleh Yahudi Labid al-A'sam, tetapi Baginda diselamatkan Allah dgn amalan membaca al-Falaq dan an-Nas.
Sebagai wasiat yg penting drpd Nabi SAW seperti yg diriwayatkan al-Imam al-Bukhari dan Muslim,Baginda b'sabda:"Apabila kegelapan malam tiba,iaitu waktu petang,tahan anakmu,sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mereka, tetapi tutup pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah.Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT,sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya."
INFO: Elak gangguan syaitan
- Membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
- Membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan di atas sebanyak tiga kali atau lebih.
- Zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan.
- Larang anak keluar ketika Maghrib dan tutup pintu rumah kerana syaitan bertebaran pada waktu itu.
** Nota Dr Danial: Histeria tdak semestinya b'punca drpd rasukan iblis dan syaitan.Ia boleh b'punca drpd ketakutan atau tekanan emosi yg b'sangatan yg melahirkan manifestasi penyakit fizikal.Rawatan m'gunakan pendekatan kerohanian tdak ada salahnya namun kadangkala ia memerlukan intervensi pakar2 psikiatrik dgn m'gunakan rawatan2 moden.Mengikut wikipedia.org: "Hysteria,in its colloquial use,describes a state of mind,one of unmanageable fear or emotional excesses.The fear is often caused by multiple events in one's past that
involved some sort of severe conflict;the fear can be centered on a body part or most commonly on an imagined problem with that body part. People who are "hysterical" often lose self-control due to the overwhelming fear.
Psychiatrists and other physicians have in theory given up the use of "hysteria", replacing it with more euphemistic terms that are essentially synonyms. These include "psychosomatic", "functional", "nonorganic", "psychogenic", and "medically unexplained". In 1980 the American Psychiatric Association officially changed the diagnosis of "hysterical neurosis,conversion type" to "conversion disorder"."
*************************************
( Inspirasi 3 hari b'turut2 b'laku histeria di kolej ***)
=TAuTaN hAtI= |
0 comments:
Post a Comment