CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 28, 2011

. : : Takut nak jadi Solehah : : .



Dengan namaMu ya Allah yang Mah Pemurah lagi Maha Penyayang 

Assalamu'alaikum w.r.h , sedikit perkongsian dari ana . Tadi secara tak sengaja TERbaca satu post ni . Seriously , sangat menjentik hati ana .

BAHAYANYA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH 

... kerana pemuda biasa dan pemuda soleh akan 'mengintip'mu , ter'kenang'mu ...
sedang berfikir bagaimana mahu 'merisik'mu , 'melamar'mu ...
sedang menghitung-hitung adakah diri mereka 'layak atau tidak layak' buatmu ...
pastinya mereka sedang berusaha untuk mendapatkanmu ...
walau apa cara sekalipun .

... Betapa tingginya nilai seorang muslimah yang solehah ...
: sumber :

Tapi macam takut je kan ? Macam menjadi 'buruan' pulak . Takut takut . Ya Allah , kuatkan hati , dan tabahkan aku ya Allah . Ameen ...


****************************************************************************************************************
: : Tautan Hati : :

Saturday, February 26, 2011

. : : Satu Peringatan : : .



Tolong ingatkan ana
andai ana melupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan Kesusahan

Tolong ingatkan ana
jangan jd anak derhaka
Mak Ayah dilupakan jangan
Usah dlukakan hati dan perasaannya


Tolong ingatkan ana
Dengar dan bacalah Al-Quran
Tika radio sarat hiburan
Tika Tv Penuh Hindustan

Tolong ingatkan ana
Di mna silamnya zahirku
Jika aurat didedahkan disingkatkan
diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan ana
Jadilah sahabt yg baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan ana
kalau bercinta biarlah yang Halal
Cinta selepas Nikah kerana Allah
Dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan ana
Hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan ana
Diri ini Milik Tuhan
Jiwa diserahkan padaNya
kerana Dia lah tumpuan


****************************************************************************************
: : Tautan Hati : :

Thursday, February 24, 2011

: : The Muslims of Andalus,Spain (part 3) : :



Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana kebenaran Islam, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran.

Sebuah gereja Baptis terletak di bandar Christchurch menjadi tumpukan batu bata runtuhan. Simbolik berakhirnya era penipuan gereja dan penguasaan Kristian di dunia baru ini. Umpama hancurnya gereja-gereja kecil Rom ketika kelahiran Rasulullah SAW. Supaya hati - hati mereka bersedia dulu sebelum zahirnya pemimpin yang ditunggu-tunggu.

Ditengah2 kota Cordova terletaknya sebatang jalan dinamakan sempena Albucasis, dan melangkaui sungai Cordova Guadelquivier (arabnya - Wadi el Kabir) terdapat Muzium Calla Hurra dimana dipamerkan alat-alatan tangan buatan Az-Zahrawi sendiri.

Kejatuhan Edessa (kini di SanliUrfa, Turki), bandar tentera Salib membuatkan Perang Salib Ke-2 diisytiharkan oleh Paus Eugene III, dipimpin oleh Raja Louis VII (Perancis) dan Conrad III (Jerman). Tentera kedua-dua raja merentasi benua Eropah pada 1145. 2 tahun sebelum kejatuhan Lisbonax al-Andalusi ke tangan tentera Salib dan Portugis.

Mujurlah selepas melintasi wilayah Byzantine ke Anatolia, kedua-dua pasukan tentera ini dikalahkan oleh Sultan Alp Arselan dari Turki Seljuk. Louis dan Conrad bersama saki-baki tentera mereka sampai ke Jerusalem (Baitulmuqaddis) tetapi gagal menyerang Damsyik pada tahun 1148. Kekalahan tentera salib di Timur adalah kemenangan besar orang Islam.
****************************************************************************************
: : Tautan Hati : :

: : The Muslims of Andalus,Spain (part 2) : :


Dalam bahasa sepanyol pada umumnya, nama Az-Zahrawi telah diubah menjadi Alzahravius. Sedangkan julukannya, Abu Al-Qasim, telah diubah ke dalam dua versi, iaitu Albucasis dan Abulcasis di mana kedua nama ini sehingga kini masih dikenali di Eropah.


Pertempuran 5 jam di Teluk Patras, Greek, di mana pasukan Uthmaniyyah belayar dari stesen angkatan laut mereka di Lepanto melawan kekuatan kumpulan Kristian dari Messina. Perang Lepanto adalah pertempuran laut terbesar antara perahu dayung, sekaligus mencegah Uthmaniyah dari mendekati Pulau Balaeric dan tanah besar Sepanyol.
Pasukan Muslim dipimpin oleh Ali Pacha dan Uluj Ali, seorang Itali yang memeluk Islam yang kemudian menjadi penguasa Algeria dan cuba untuk membebaskan Muslim Sepanyol dari kekuasaan Kristian dengan menghantar armada Uthmaniyah sebanyak 40 kapal tetapi tidak berjaya kerana cuaca musim sejuk. Ali Pasha pula ditangkap, dipenggal dan kepalanya ditombak.

Lagi bukti Tentera Allah menghayun dunia di Australia, Queensland. Ribuan rakyat Austalia lari meninggalkan rumah untuk mendapatkan perlindungan dari ribut taufan yang diberitakan sebagai paling kuat dalam sejarah ribut Australia. Ribut seluas 650km lebar (seluas New Zealand) menuju pantai Queensland yang akan membawa kemusnahan amat menakutkan.


Ketika zaman Khilafat Cordova lah Al Zahrawi mengambil iktibar dari peristiwa pembedahan “dada & badan ” Rasullah s.a.w sebagai persediaan untuk Israk Mi'kraj menemui Allah. Jesteru menjadikan beliau seorang saintis , pakar perubatan sekaligus pakar bedah terulung.

**************************************************************************************************

: : The Muslims of Andalus,Spain (part 1) : :


Penguasa Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak "Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan mengurangkannya".

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Islam. Muzik diperdengarkan pada kaum mudanya agar lebih suka menyanyi daripada membaca al-Quran. Mereka mengirim ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan umat Islam. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani Abad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain.

Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebuah bendera panji-panji Tentera Muslim yang besar dipamer di Istana Doges, Venice. Bendera diambil pada tahun 1571 ketika 'kumpulan gabungan Paus Kristian: Paus Pius V, Sepanyol, Venice, Genoa, Savoy, dan Knights of Malta' berjuang dengan Kapal-kapal Uthmaniyyah. Ini adalah pertempuran laut terbesar dalam sejarah antara kapal di laut.
****************************************************************************************
: : Tautan Hati : :


: : Satu Cinta : :

      
  

Satu Cinta - Star Five


Ku Memohon Dalam Sujudku Pada-MU

Ampunkanlah Segala Dosa Dalam Diri

Ku Percaya Engkau Bisa Meneguhkan

Pendirianku… Keimananku…

Engkau Satu Cinta
Yang Selamanya Aku Cari
Tiada Waktu Ku Tinggalkan
Demi Cintaku Kepada-MU
Walau Seribu Rintangan
Kan Menghadang Dalam Diri
Ku Teguhkan Hati Ini
Hanya Pada-MU
Ku Pasrahkan…



Oh Tuhan… Selamatkanlah Hamba Ini
Dari Segala Fatamorgana Dunia
Oh Tuhan… Jauhkanlah Hamba Ini

Dari hidup yang sia-sia











Wednesday, February 23, 2011

: : aku bukan muslimah yang baik : :


بسم الله الرحمن الرحيم




aku bukan muslimah yang baik

...ketika muslimah lain sibuk membaca dan mentabburi Al-qur'an
aku sibuk mendengarkan lagu picisan yang tak membuat qu makin dekat dengan-Nya

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk menambah hafalan ayat-ayat cinta Allah
aku malah asyik menghafal lagu-lagu yang melalaikan ku dari-Nya

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain makin memanjangkan jilbabnya
aku malah merasa risih dengan jilbab yang terlalu panjang

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk menuntut ilmu-Nya
aku malah sibuk dengan urusan dunia yang membuat jarak dengan-Nya

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain malu untuk menampakkan wajah dan fotonya
aku malah sibuk meng-upload foto-foto agar bisa dilihat semua orang

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain berusaha menundukkan pandangannya
aku sibuk memperhatikan ketampanan wajah yang bukan mahram ku

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain menjaga hubungan dan jarak dengan lawan jenisnya
aku malah terbiasa duduk berdekatan dengan lelaki

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain berkata dan berbincang tentang hal yang bermanfaat
aku senang membicarakan aib dan keburukan orang lain

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain menjaga kata-katanya dengan baik
aku terlalu sering menyakiti hati orang lain dengan lisan ku

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain belajar untuk terus mempercantik hati dan akhlaknya
aku lebih asyik memperhatikan fisik diri ku saja

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain senang berpuasa sunnah
aku lebih memilih selalu mengenyangkan perut ku

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain bangun di sepertiga malam untuk bermunajat pada-Nya
aku lebih memilih berselimut dan tidur sepuasnya

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk untuk berdakwah di jalan-Nya
aku lebih memilih santai dan menonton tv di rumah

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain sibuk ingin mendapat redha dan cinta-Nya
aku malah sibuk ingin mendapat sanjungan dan cinta makhluk-Nya saja

aku bukan muslimah yang baik
ketika muslimah lain gelisah di saat imannya menurun
aku malah semakin lalai dengan dunia

aku memang bukan muslimah yang baik



namun, aku berharap bisa menjadi seperti muslimah lain yang istiqomah berjuang untuk mendapatkan cinta-NyaYa Rabb ampuni muslimah yang tidak baik ini.
semoga Engkau senantiasa membimbing muslimah yang tidak baik ini agar menjadi lebih baik 
di hadapan-Mu... amin yaa Mujiibassaailiin...


****************************************************************************************
( perkongsian dr Syakilla Hassan dan di'edit' sedikit oleh saya )


: : tautan hati : :

Saturday, February 19, 2011

Aku Seorang Mujahidah



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.

Aku pasti akan berusaha menjadi pewaris mereka,
Ayuh, kita bangun bersama,
Wahai para mujahidah!

*****************************************************
~ Kak Liza ~


~ Rakan2 seperjuangan Pusat Islam ~

( Puisi ini dedikasikan buat seniorku,Kak Liza dan teman sejatiku,Siti Nur Abirah Azmee serta kwn2 mujahidah yg sama2 b'juang di jalan Allah swt  )
: :tautan hati: :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::