CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 18, 2012

::DOA: Individu yang mustajab doanya::

Assalamualaikum wbt.

Kaifahalukum? Masya-ALLAH. Sudah lama rasanya tak update blog ini. Sudah bersarang rasanya, kann? ^^ Eh, lupa pulak. Salam Isra wa Mikraj :') Rindu Baginda s.a.w.. Sungguh :') Kali ini, ana teringin untuk berkongsi tentang DOA, iaitu tentang individu yang mustajab doanya. Mungkin yang seterusnya akan ana kongsikan tentang mengapa doa kita tidak dimakbulkan, biiznillah :)

"Berdoalah kepada-KU, pasti AKU kabulkan doamu." [al-Mukminun: 40: 60]

Subhanallah, cuba lihat ayat di atas. ALLAH menyuruh kita berdoa dan apabila kita ini, ya kita..apabila kita mengangkat tangan berdoa kepada-NYA, DIA pasti akan kabulkan doa kita. ALLAH :')

Tahu atau tidak terdapat individu-individu yang sangat mustajab doanya? Terdapat 13 golongan kesemuanya, iaitu:

1. Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya.
" Doa seorang Muslim buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Atas kepalanya ada Malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, Malaikat itu juga berdoa berkata: 'Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya).' "
[Riwayat Muslim]

2. Orang berpuasa.

3. Pemimpin yang adil.
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka; orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi." [Riwayat al-Tirmizi]

4. Orang yang dizalimi.
"Doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri." [Riwayat Ahmad]

5. Ibu bapa.

6. Musafir.
"Tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya." [Riwayat al-Tirmizi]

7. Si anak yang berdoa buat ibu bapanya.
" ALLAH megangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga. Hamba itu bertanya: 'Wahai TUHANku, bagaimana aku boleh dapat semua ini?' ALLAH menjawab: 'Dengan istighfar oleh anakmu untukmu!' "

8. Mujahid di jalan ALLAH.

9. Orang yang sedang menunaikan haji atau umrah.
"Orang yang sedang berperang di jalan ALLAH, haji atau umrah ialah delegasi tetamu ALLAH. ALLAH menyeru mereka, mereka menyahut seruan. Mereka memohon, maka ALLAH mengurniakannya." [Riwayat Ibn Majah]

10. Orang yang banyak mengingati ALLAH.
"Tiga manusia yang doa mereka tidak ditolak; orang yang banyak sekali mengingati ALLAH, orang yang dizalimi dan pemimpin yang adil." [Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani]

11. Orang yang tidur dalam keadaan suci. 
"Tidak ada seorang Muslim yang tidur dalam keadaan dia mengingati ALLAH dan bersuci, kemudian dia terjaga malam dan memohon kepada ALLAH kebaikan dunia dan akhirat melainkan ALLAH makbulkan untuknya." [Riwayat Abu Daud]

12. Orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus.
"Doa Zu al-Nun (Nabi Yunus) yang dia doakan ketika di dalam perut ikan ialah 'Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin'. Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengannya, melainkan ALLAH makbulkan untuknya." [Riwayat al-Tirmizi]

13. Orang yang benar-benar dalam kesulitan.
"Siapakah yang memperkenankan doa orang yang sedang menderita pada saat dia berdoa kepada-NYA?" [al-Naml: 27: 62]

ALLAH..subhanallah! Hebat kan PENCIPTA kita? Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :') Siapa cakap berdoa hanya selepas habis solat? Siapa kata berdoa hanya sebelum sesuatu majlis dimulakan? Berdoa ini sahabat-sahabat boleh pada bila-bila masa; antara azan dan iqamat, ketika hujan, semasa ayam berkokok, sepertiga malam, ketika sujud dalam solat, ketika waktu senang, ketika peperangan, di hujung solat fardhu (iaitu selepas tahiyat sebelum salam), pada malam hari dan pada hari Jumaat! ALLAH :')

Eh, kejap-kejap^^ Nak tahu tak ada orang yang ALLAH kabulkan isi hatinya tanpa berdoa! 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati ALLAH daripada meminta sesuatu daripada ALLAH, maka ALLAH akan memberikannya lebih baik daripada apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan ALLAH (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan ALLAH atas makhluknya." [Riwayat al-Tirmizi]

wallahua'lam. Selamat beramal. JOM, keeps in touch with HIM :')

[Sumber: Majalah al-Ustaz, Isu no. 3]


Sunday, April 29, 2012

.::Sebuah Jalan yang Lurus::.

Assalammualaikum wbt.

Apa khabar pengunjung-pengunjung blog Tautan Hati? :)
Sihat? Alhamdulillah.
Hari ini sekadar ingin berkongsi satu hadis Riwayat Ahmad dan Muslim.

Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa pintu yang terbuka. Pada pintu-pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan.

Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata: 'Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan kanan).'

Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut yang berkata ketika manusia hendak membuka salah satu daripada pintu-pintu itu: 'Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya.'

'JALAN' di sini bermaksud ISLAM;
'DINDING' maksudnya hukum-hukum ALLAH;
'PINTU-PINTU yg TERBUKA' maksudnya perkara-perkara yang diharamkan ALLAH;
'PENYERU di atas GERBANG' maksudnya AL-QURAN;
'PENYERU dia atas JALAN' maksudnya nasihat dari ALLAH yang ada di dalam hati setiap MUSLIM."

(Riwayat Ahmad dan Muslim)

............................................................................................................................

Haritu selepas menghayati hadis di atas, sempat ana melukis "jalan" tersebut namun xperlula post di sini, macam buruk ja. Tiada imaginasi yang tinggi ye. Baiklah, semoga nahnu dapat ambil iktibar/ibrah daripada hadis ini. Satu pengajaran yang ana perolehi daripada hadis ini ialah: 'Jujurlah menuju jalan lurus'

Lagipun, dalam setiap rakaat dalam solat yang kita kerjakan lima kali sehari..kita meminta dan memohon kepada ALLAH supaya ditunjukkan 'jalan yang lurus' bukan? Jadi, mengapa pula sekarang kita hendak memilih jalan yang 'tidak lurus' yakni jalan yang bukan dalam landasan ISLAM? Astaghfirullahal'azim! Come on, back to ISLAM!

:) Insya-ALLAH

*dipetik daripada Majalah Gen-Q isu 06, karya Faiz M Azhari + ditokok tambah. Sekadar untuk perkongsian bersama. Aseefah jiddan 'ala kulli hal.










Sunday, April 15, 2012

::hiburan::

Assalammualaikum wbt.  

:)

Mari sama2 layan Anugerah Nasyeed.com from TV Al-Hijrah:


* Best kan? Ke ABPH paling best?
* Hiburan itu xsalah melainkan kita sendiri yang menyalahgunakannya.
* Hiburan itu menjadi salah bila dicampur dengan perkara2 maksiat. Ce bagi contoh perkara2 maksiat yang selalu kita "tertengok" dalam kaca TV?
* Ya ALLAH, jangan KAU timpakan bala kepada kami disebabkan segelintir pihak yang melakukan maksiat.


"TIDAKLAH BUMI BERGONCANG KECUALI KERANA ADA MAKSIAT YANG DILAKUKAN DI ATASNYA. BUMI GEMENTAR TAKUT ALLAH MELIHATNYA." 
- Kaab bin Malik RA -

Sunday, March 18, 2012

.:BIDADARI dalam AL-QURAN?:.

Assalammualaikum wbt.

Siapakah bidadari? Kepada siapakah akan dianugerahkan bidadari?

Bidadari syurga digelar Hurul 'Ain. Makhluk yang tersangat indah yang telah diciptakan Allah sebagai 'hadiah' untuk hamba-hamba-Nya yang soleh, beriman dan bertakwa. Tinggal tetap di dalam syurga menunggu kehadiran calon suaminya yang beriman ketika di dunia. Bidadari terdiri daripada para gadis yang cantik jelita. Tidak ada persamaan dengan segala kecantikan yang ada di dunia. Ironinya, tiada bidadari buat orang kafir, fajir, munafiq, penderhaka, pencipta dan pelaku maksiat.

Apakah bukti kebenaran ayat al-Quran berkaitan kewujudan bidadari di syurga dan gambaran sifat-sifatnya?

Berikut disertakan beberapa petikan ayat al-Quran berkaitan keistimewaan bidadari.

Firman Allah S.W.T.

"Katakanlah (wahai Muhammad)! Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan apa yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredhaan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya." (Ali Imran 3: 15)

"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya." (Al-Saffat 37: 48)

"Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu kepada mereka semata, lagi yang sebaya umurnya." (Sad 38: 52)

"Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya." (Ad-Dukhan 44: 54)

"Mereka duduk di atas pelamin yang berderet; dan Kami jodohkan mereka dengan bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya." (At-Thur 52: 20)

"Di dalamnya terdapat bidadari-bidadari yang tertunduk pandangannya, yang tidak pernah disentuh sebelumm mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan." (Ar-Rahman 55: 56-58)

"Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing: maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin." (Ar-Rahman 55: 72-74)

"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya." (Al-Waqiah 56: 22)

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)." (Al-Waqiah 56: 35-36)

(sumber: Majalah Q & A, Isu 3/2012)

Wednesday, February 15, 2012

::Sedarlah diri!::

Assalammualaikum.

# "Kerja dakwah ini kerja ustaz ustazah saja!"
# "Wei, ang awat dok sibuk2 hal aku! Kubur kita lain2 kot! Xpayah dok sibuk jaga tepi kain aku!"

* "Betullah..kerja dakwah ini bukan kerja golongan ustaz ustazah saja, bahkan aku sebagai muslim bertanggungjawab untuk berdakwah. Aku sudah insaf, kawan."
* "Ana minta maaf..dulu ana selalu cakap kasar dengan enta..maafkan ana."
.............................................................................................................

"Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat." 
(Al-Baqarah:2:269)

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama." 
(HR Bukhari dan Muslim)
.................................................................................................................

Subhanallah, Maha Suci Allah. Benarlah hidayah itu milik-Nya. Siapalah kita untuk mencerca, mempertikai mengapa diri seseorang itu tidak berubah kepada lebih baik. Baik sangatkah kita tu? 

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." 
(Al-An'am:6:125)

Maka sahabat2, carilah hidayah tersebut, jangan hanya menunggu. Sekali ia datang, grab it! Bedoalah supaya kita sentiasa mendapat hidayah daripada-Nya. Kerana apa? Kerana:

"Kamu umat Islam adalah yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan berimanlah kepada Allah." 
(Ali-'Imran:3:110)

"Katakanlah Muhammad, "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." 
(Ali-'Imran:3:31)
.........................................................................................................

"Wahai Nabi (Muhammad)! Cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu."
(Al-Anfal:8:64)






Sunday, February 5, 2012

::Kekasih ALLAH..Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad::

Assalammualaikum wbt. Salam Mahabbah Rasulillah.
                Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad. Sudah berselawat ke atas Baginda? ^^
                Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini. Kaifahalukum ya muslimin wa muslimat?? Nahnu? Alhamdulillah, nahnu bikhair^^. Hari ini berapa hari bulan eh? Ya, betul! Hari ini 5 Februari 2012. Lagi2? Antum lupa ye hari ini 12 Rabiulawal 1433 H?^^ Btw, apa ada dengan tarikh 12 Rabiulawal ini? Ce cite ce cite XD
                Alhamdulillah, masih ada antum yang ingat bahawasanya harini adalah ulangtahun kelahiran kekasih ALLAH S.W.T iaitu Nabi Muhammad s.a.w! ALLAH, ALLAH..nahnu rindu akan Baginda..antum pula bagaimana?? Sudah lama kan Baginda meninggalkan kita..tetapi mengapa kita tetap sayang & rindu Baginda? Kita tidak pernah jumpa Baginda pun..maka ada orang akan jawab, “Kita kan umat Islam, kita beriman kepada ALLAH, maka kita wajib beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, kita harus sayang Baginda s.a.w..amalkan sunnahnya. ” Wah, pandainya..tahu pun kita!
                Tahu atau tidak bahawasanya dalam solat kita selama ini, kita telah memberi salam kepada Baginda s.a.w.? “Eh..yeke?” Yela sayang2 oi..iaitu sewaktu kita membaca tahiyyat ---> “Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh” (Selamat sejahtera ke atasmu wahai Nabi & rahmat ALLAH & keberkatan-NYA. Subhanallah! Rindunya ingin bertemu Rasulullah. Law kana bainana. Semoga kita dapat bertemu dengan Baginda s.a.w. di akhirat kelak, Allahumma Ameen.
                Namun satu persoalan yang bermain di kotak fikiran ini ialah adakah diri ini layak untuk bertemu & mendapat syafaat Baginda s.a.w. suatu hari nanti di akhirat? Tepuklah dada, tanyalah selera..eh, tanyalah IMAN! Cuba renung2kan, sewaktu aku hidup di dunia ini, aku kasih atau tidak kepada Rasulullah? Aku ikut atau tidak segala ajaran Baginda s.a.w.? Kalau di dunia ini kita langsung atau kurang berselawat ke atas Baginda s.a.w., tidak ikut sunnahnya..rasa2 diri itu layak atau tidak untuk dibangunkan berdiri di sebelah Baginda s.a.w.??? ALLAH! Hinanya diri, kerdilnya diri! Sedarlah diri, sedarlah muslimin wa muslimat! Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad!
                Dala surah at-Taubah, ayat 24..ALLAH menceritakan kepada kita tentang kewajipan mencintai Rasulullah s.a.w. (cepat, cepat rujuk al-Quran).

                Cuba lihat dalam ayat di atas, ALLAH memberikan ancaman & menjanjikan balasan yang dasyat bagi orang yang mengasihi keluarga & harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap ALLAH & Rasul-NYA. Astaghfirullah! Lihat bertapa kita wajib mengasihi & mencintai Nabi melebihi segala-galanya. Selain itu, ALLAH mencerca orang yang mengasihi harta, keluarga & anak pinaknya melebihi kasihnya terhadap ALLAH & Rasulullah. Malah, ALLAH telah memberi ancaman kepada mereka melalui firmannya yang bermaksud, “Maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab siksa-NYA).” ALLAH juga telah menfasiqkan mereka pada akhir ayat & memberitahu bahawa mereka tergolong dari kalangan orang yang sesat & tidak diberikan petunjuk.
                Malah di dalam hadis juga disebut tentang tuntutan mencintai Nabi s.a.w.. “Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya.” (HR Bukhari & Muslim). Maha Suci ALLAH! Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad!
                Berdasarkan ayat al-Quran & sebuah hadis tersebut, jelas kan menunjukkan kewajipan mencintai & mengasihi Baginda s.a.w.. Cuba antum bayangkan sewaktu berada pada zaman Nabi s.a.w. dahulu, kalau antum diberi pilihan sama ada memilih untuk dikorbankan nyawa antum untuk Nabi s.a.w..atau sebaliknya, apakah pilihan antum? Ok, kita ambil contoh zaman sekarang la. Antum ingin memperjuangkan agama Islam, namun antum dihalang, dikutuk, ditekan oleh pihak yang tidak menyayangi Nabi..adakah antum memilih untuk berhenti berjuang dek kerana takut atau antum tetap meneruskan perjuangan? Hmm..fikir2kan^^
                ALLAH, ALLAH, ALLAH..pertemukan kami dengan kekasih-MU kelak. Kami rindu kekasih-MU ya ALLAH! Ayuh sahabat2 sekalian..kita berselawat ke atas Baginda dan untuk seluruh ahli keluarga Baginda serta sahabat2 Baginda. Tidak teringinkah kita suatu hari nanti di akhirat..kita semua dibangunkan, tetiba di sebelah kita..ya ALLAH..aku berdiri di sebelah Nabi Muhammad s.a.w.!!! ALLAH! Sabda Nabi s.a.w. : "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia kasihi." Allahumma Solli 'Ala Muhammad!


 :: Salam Mahabbah Rasulillah 1433 H ::
:: Ayuh buktikan cinta kita kepada Baginda s.a.w. ::


Friday, January 27, 2012

(Nota Buat Ikhwan)

Jujur Menuju Jalan Yang Lurus





Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa pintu yang terbuka. Pada pintu-pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan.

Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata:'Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan ke kanan).'

Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut yang berkata ketika manusia hendak membuka salah satu daripada pintu-pintu itu:'Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya, kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya.'

'JALAN' di sini bermaksud Islam.
'DINDING' maksudnya hukum-hukum Allah.
'PINTU-PINTU YANG TERBUKA' maksudnya perkara-perkara yang diharamkan Allah.
'PENYERU DI ATAS GERBANG' maksudnya Al-Quran.
'PENYERU DI ATAS JALAN' maksudnya nasihat dari Allah yang ada di dalam hati setiap Muslim.

(Riwayat Ahmad dan Muslim)


Rujukan:
Faiz M Azhari, Santai Ilmu: Gen-Q Isu No.6




Salahuddin Al-Ayyubi


Seluruh dunia kenal dan tahu akan kehebatan, keberanian dan keperkasaan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam peperangan Salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi Islam dapat dibebaskan dari penjajahan tentera salib kristian.

Beliau telah mencurahkan segala kudratnya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh Kristian selama 90 tahun akhirnya telah dibebaskan.

Kekayaan Negara-negara Islam yang dapat dibebaskan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan mempertahankan negara daripada serangan musuh. Di Mesir, Salauhuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari 1 kilometer.

Di Damaskus pula didirikan rumah atau tempat bagi orang-orang miskin. Begitu juga di Sudan, Yaman dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh panglima besar ini di mana terdapat banyak bangunan-bangunan yang untuk kebajikan rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan berperang melawan tentera Salib bersama ayah mertuanya yang bernama Nuruddin Az-Zanki, tibalah masanya Salahuddin kembali ke rahmatullah. Di saat kewafatannya berlakulah peristiwa yang amat menyedihkan.

Orang-orang besar dan kerabat diraja menyaksikan kewafatan beliau sambil mengalirkan air mata di atas pemergiannya. Orang ramai juga lebih terharu lagi apabila membuka tempat penyimpanan hartanya kosong dan begitu juga dengan harta kerajaannya kosong.

Semuanya telah digunakan untuk perang dan kebajikan rakyat. Hinggakan untuk membeli kain kafan pun tidak ada. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja berpakat untuk mengutip derma bagi membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah panglima.

Ini membuktikan bahawa panglima tidak memikirkan sama sekali tentang dirinya. Semuanya dicurahkan demi kepentingan Islam yang tercinta semata-mata. Allahu Akbar, semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Pengajaran
1.Kesanggupan melakukan apa sahaja demi Islam akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang tidak terhitung nilainya.
2.Keprihatinan seorang pemimpin terhadap rakyat dan orang bawahannya menjadikan diri mereka disayangi dan dihargai meskipun setelah mereka mati.
3.Kesanggupan melakukan apa sahaja demi Islam akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang tidak terhitung nilainya.
4.Kematian mereka hanya pada zahirnya sahaja, namun tetap hidup sehingga sekarang dan masih segar di dalam jiwa ummat Islam.

Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Adaptasi Karya Al-Faqir I
Koleksi Al-Qisah 40





Friday, January 6, 2012

~ More Than Word ~




بسم الله الرحمن الرحيم


اللهم نور بكتابك بصري 
واشرح به صدري
 
واستعمل به بدني
 
وأطلق به
 لساني 
وقو به جناني
 
وقو به عظمي
 
واسرع به فهمي
 
بحولك وقوتك
 
فإنه لا حول ولا قوة إلا بك
 
يا أرحم الراحمين


Allahumma nawwir bikitabika basori (Ya Allah, sinarilah penglihatanku dengan kitab-Mu) 
Wasyrah bihi sodri 
(lapangkanlah dadaku dengannya) 
Wasta’mil bihi badani 
(jadikanlah seluruh jasadku beramal dengannya) 

Wa atliq bihi lisani 
(jadikan lidahku lancar dengannya) 

Wa qawwi bihi janani 
(perkuatkanlah hatiku dengannya) 

Wa qawwi bihi adzmi 
(perkuatkanlah tulangku dengannya) 

Wasri’ bihi fahmi 
(percepatkanlah pemahamanku dengannya) 

Bihaulika wa quuwatika 
(dengan daya dan upaya-Mu) 
Fa’innahu la haula wa la quwwata illa bika 
(sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dengan-Mu)

Ya arhamarrahimin 
(wahai Tuhan Yang Maha Penyayang)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::