CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 27, 2012

Jujur Menuju Jalan Yang Lurus





Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa pintu yang terbuka. Pada pintu-pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan.

Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata:'Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan ke kanan).'

Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut yang berkata ketika manusia hendak membuka salah satu daripada pintu-pintu itu:'Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya, kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya.'

'JALAN' di sini bermaksud Islam.
'DINDING' maksudnya hukum-hukum Allah.
'PINTU-PINTU YANG TERBUKA' maksudnya perkara-perkara yang diharamkan Allah.
'PENYERU DI ATAS GERBANG' maksudnya Al-Quran.
'PENYERU DI ATAS JALAN' maksudnya nasihat dari Allah yang ada di dalam hati setiap Muslim.

(Riwayat Ahmad dan Muslim)


Rujukan:
Faiz M Azhari, Santai Ilmu: Gen-Q Isu No.6




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::