Assalammualaikum wbt. Salam Mahabbah Rasulillah.
Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad. Sudah berselawat ke atas Baginda? ^^
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini. Kaifahalukum ya muslimin wa muslimat?? Nahnu? Alhamdulillah, nahnu bikhair^^. Hari ini berapa hari bulan eh? Ya, betul! Hari ini 5 Februari 2012. Lagi2? Antum lupa ye hari ini 12 Rabiulawal 1433 H?^^ Btw, apa ada dengan tarikh 12 Rabiulawal ini? Ce cite ce cite XD
Alhamdulillah, masih ada antum yang ingat bahawasanya harini adalah ulangtahun kelahiran kekasih ALLAH S.W.T iaitu Nabi Muhammad s.a.w! ALLAH, ALLAH..nahnu rindu akan Baginda..antum pula bagaimana?? Sudah lama kan Baginda meninggalkan kita..tetapi mengapa kita tetap sayang & rindu Baginda? Kita tidak pernah jumpa Baginda pun..maka ada orang akan jawab, “Kita kan umat Islam, kita beriman kepada ALLAH, maka kita wajib beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, kita harus sayang Baginda s.a.w..amalkan sunnahnya. ” Wah, pandainya..tahu pun kita!
Tahu atau tidak bahawasanya dalam solat kita selama ini, kita telah memberi salam kepada Baginda s.a.w.? “Eh..yeke?” Yela sayang2 oi..iaitu sewaktu kita membaca tahiyyat ---> “Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh” (Selamat sejahtera ke atasmu wahai Nabi & rahmat ALLAH & keberkatan-NYA. Subhanallah! Rindunya ingin bertemu Rasulullah. Law kana bainana. Semoga kita dapat bertemu dengan Baginda s.a.w. di akhirat kelak, Allahumma Ameen.
Namun satu persoalan yang bermain di kotak fikiran ini ialah adakah diri ini layak untuk bertemu & mendapat syafaat Baginda s.a.w. suatu hari nanti di akhirat? Tepuklah dada, tanyalah selera..eh, tanyalah IMAN! Cuba renung2kan, sewaktu aku hidup di dunia ini, aku kasih atau tidak kepada Rasulullah? Aku ikut atau tidak segala ajaran Baginda s.a.w.? Kalau di dunia ini kita langsung atau kurang berselawat ke atas Baginda s.a.w., tidak ikut sunnahnya..rasa2 diri itu layak atau tidak untuk dibangunkan berdiri di sebelah Baginda s.a.w.??? ALLAH! Hinanya diri, kerdilnya diri! Sedarlah diri, sedarlah muslimin wa muslimat! Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad!
Dala surah at-Taubah, ayat 24..ALLAH menceritakan kepada kita tentang kewajipan mencintai Rasulullah s.a.w. (cepat, cepat rujuk al-Quran).
Cuba lihat dalam ayat di atas, ALLAH memberikan ancaman & menjanjikan balasan yang dasyat bagi orang yang mengasihi keluarga & harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap ALLAH & Rasul-NYA. Astaghfirullah! Lihat bertapa kita wajib mengasihi & mencintai Nabi melebihi segala-galanya. Selain itu, ALLAH mencerca orang yang mengasihi harta, keluarga & anak pinaknya melebihi kasihnya terhadap ALLAH & Rasulullah. Malah, ALLAH telah memberi ancaman kepada mereka melalui firmannya yang bermaksud, “Maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab siksa-NYA).” ALLAH juga telah menfasiqkan mereka pada akhir ayat & memberitahu bahawa mereka tergolong dari kalangan orang yang sesat & tidak diberikan petunjuk.
Malah di dalam hadis juga disebut tentang tuntutan mencintai Nabi s.a.w.. “Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya.” (HR Bukhari & Muslim). Maha Suci ALLAH! Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad!
Berdasarkan ayat al-Quran & sebuah hadis tersebut, jelas kan menunjukkan kewajipan mencintai & mengasihi Baginda s.a.w.. Cuba antum bayangkan sewaktu berada pada zaman Nabi s.a.w. dahulu, kalau antum diberi pilihan sama ada memilih untuk dikorbankan nyawa antum untuk Nabi s.a.w..atau sebaliknya, apakah pilihan antum? Ok, kita ambil contoh zaman sekarang la. Antum ingin memperjuangkan agama Islam, namun antum dihalang, dikutuk, ditekan oleh pihak yang tidak menyayangi Nabi..adakah antum memilih untuk berhenti berjuang dek kerana takut atau antum tetap meneruskan perjuangan? Hmm..fikir2kan^^
ALLAH, ALLAH, ALLAH..pertemukan kami dengan kekasih-MU kelak. Kami rindu kekasih-MU ya ALLAH! Ayuh sahabat2 sekalian..kita berselawat ke atas Baginda dan untuk seluruh ahli keluarga Baginda serta sahabat2 Baginda. Tidak teringinkah kita suatu hari nanti di akhirat..kita semua dibangunkan, tetiba di sebelah kita..ya ALLAH..aku berdiri di sebelah Nabi Muhammad s.a.w.!!! ALLAH! Sabda Nabi s.a.w. : "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia kasihi." Allahumma Solli 'Ala Muhammad!
0 comments:
Post a Comment