CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 3, 2011

. : : Keutamaan Wudhuk : : .


Saudariku! Wuduk itu memiliki keutamaan yang sangat besar.

1. Dalil mengenai cara menyempurnakan wuduk :

Abdullah ash-Shunabihiy meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Jika seorang mukmin berwuduk, maka keluarlah kesalahan dari mulutnya. Jika menghirup air hidung, maka keluarlah dosa-dosa dari hidungnya. Dan jika membasuh muka, maka keluarlah dosa-dosa dari mukanya bahkan keluar dari pelupuk matanya. Jika membasuh kedua tangan maka keluarlah dosa-dosa dari tangannya bahkan keluar dari bawah kuku-kuku tangannya. Jika menyapu kepala maka keluarlah dosa-dosa dari kepalanya, bahkan keluar dari kedua telinganya. Jika membasuh kedua kaki maka keluarlah dosa-dosa dari kakinya, bahkan keluar dari bawah kuku-kuku kakinya. dan begitu juga dengan ketika dia berjalan ke masjid dan solat sunat wuduk." (HR. Malik Nasa'i dan Ibnu Majah)


Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Mahu kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah menghapus dosa dan mengangkat darjat?" Para sahabat menjawab : "Tentu mahu, wahai Rasulullah." Beliau bersabda : "Menyempurnakan wuduk terhadap hal-hal yang tidak kamu sukai mengerjakannya, banyak melangkah menuju ke masjid, dan menanti solat demi solat, maka itulah kewspadaan dalam beragama." (HR. Muslim, Tirmizi dan Nasa'i)


Diriwayatkan dari Humran bin Aban bahawa Usman bin Affan pernah meminta air wuduk. Kemudian dia berwuduk dengan membasuh kedua telapak tangannya tiga kali. Kemudian dia berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung lalu mengeluarkannya. Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali. Kemudian membasuh tangan kanannya hingga siku tiga kali disusuli dengan membasuh tangan kirinya hingga siku tiga kali juga. Kemudian menyapu kepalanya, lalu membasuh kaki kanannya hingga buku lali tiga kali, kemudian disusuli membasuh kaki kirinya dengan cara yang seperti itu. Setelah itu dia berkata : "Saya telah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti wuduk saya ini kemudian beliau bersabda : "Sesiapa yang berwuduk seperti wudukku ini lalu berdiri menunaikan solat sunat dua rakaat tanpa bercakap terhadap dirinya sendiri, maka diampuni dosa yang telah lalu." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)


2. Sekarang, kita refresh balik rukun dan sunat wuduk :
  • Membaca basmallah
  • Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangan tangan sebanyak tiga kali
  • Berkumur-kumur sebanyak tiga kali
  • Masukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkan kembali sebanyak tiga kali
  • Niat wuduk
Maksud : Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala
  • Membasuh muka iautu bermula dari tempat tumbuh rambut kepala bahagian bawah dagu, dan dari telinga yang satu sampai telinga yang satu sampai telinga yang lain sebanyak tiga kali
  • Membasuh kedua tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali
  • Menyapu sebahagian kepala dengan air sebanyak tiga kali
  • Menyapu kedua telinga dengan air sebanyak tiga kali
  • Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali sebanyak tiga kali
  • Membaca doa selepas wuduk sambil menghadap kiblat

3. Dalil mengenai kelebihan memelihara wuduk :

Rasulullah s.a.w. pernah berkata, "Apabila kamu hendak tidur, berwuduklah seperti kamu hendak solat. Sesudah itu berbaringlah ke kanan dan bacalah 'YA ALLAH, kuserahkan diriku kepadamu, kuserahkan segala urusanku kepadamu, aku berlindung kepadamu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan kecuali kepadamu. Ya Allah, aku percaya pada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang kau utuskan.' Sekiranya kamu mati pada malam itu, maka kamu mati dalam Muslim. Jadikanlah doa itu sebagai akhir pembicaraan kamu." (HR. Bukhari)

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, "Pada hari kiamat, umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan." (HR. Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat, dalam keadaan indah berseri serta bercahaya mukanya dan anggotanya yang lain dari kesan wuduknya (yang sempurna)." (HR. Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah, moga-moga dengan wuduk kita yang sempurna ini solat kita juga boleh menjadi sempurna. Dulu masa sekolah selalu tanya soalan ini kat ustaz.."Ustaz, macam mana nak khusyuk dalam solat?" Dan ustaz pun jawab, "Bermula dari wuduk kita, jika sempurna wuduk, maka sempurnalah solat kamu." InsyaAllah..dengan izin Allah ^_^



sumber : 
1) Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita, Syeikh Ahmad Jad (ms 15-21), Hadith tentang kelebihan memelihara Wuduk.




2 comments:

Anonymous said...

akak..bukanke tertib adalah salah satu daripada rukun wudhu'..saja nak dapatkan kepastian..syukran

A'ainAbirah said...

assalamualaikum..maaf sbab lmbat reply komen ni..akak2 kt cni agak sbuk..bg p'tnyaan adik,apa yg akak dpt jwb ialah:

Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:
Menurut Mazhab Syafie
Fardu/Rukun wuduk ada enam:
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
6. TERTIB

Kesempurnaan Wuduk
Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:
* Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
* Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
* Tidak berkata-kata
* Menghadap kiblat
* Berniat
* Membaca basmalah
* Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
* Berkumur
* Menggosok gigi (bersiwak)
* Membersihkan hidung
* Membasuh muka
* Membasuh tangan hingga ke siku
* Mengusap sebagian kepala
* Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
* Membasuh kaki hingga ke buku lali
* Membaca doa sesudah berwuduk
* Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka’at.
* TERTIB (berurutan)

>Jadi,b'dasarkan info2 kt ats td..kita dpt lihat yg tertib merupakan rukun wudhu' =)

--> Rujukan:
1.http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/02/12/hukum-berwuduk-menurut-mazhab-shafie-dan-hambali/
2.http://onekuliah.blogspot.com/2008/01/hukum-tertib-dalam-wudhu.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::