Apakah Ajaran Nabi Awal Pagi?
Hendaklah kita berusaha bangun daripada tidur sebelum terbit fajar. Contohnya, jika masuk waktu solat Subuh pada pukul 6.00 pagi, maka kita sepatutnya berusaha untuk bangun 30 minit lebih awal. Hal ini kerana Baginda s.a.w mendoakan keberkatan kepada umatnya yang bangun pada awal paginya.
Q: Benarkah agama Islam sangat menitikberatkan perkara berkaitan adab dan tatacara pergaulan sesama manusia?
A: Benar. Adab2 yang dititikberatkan dalam Islam merangkumi adab dalam segenap aspek kehidupan, bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Bermula dari adab bangun tidur sehinggalah adab dalam pembinaan negara; semuanya diterangkan oleh Baginda s.a.w kepada umatnya.
Sebahagian musyrikin dan golongan Yahudi pernah bertanya kepada Saiyidina Salman al-Farisi r.a. berkenaan Baginda s.a.w mengajarkan kepada para sahabat sehinggakan cara duduk di dalam tandas pun diajarkan oleh Baginda. Tujuan pertanyaaan itu adalah untuk menghina Baginda, seolah-olah sudah tiada perkara lain yang ingin diajarkan. Maka Saiyidina Salman al-Farisi r.a. menjawab: “Ya benar, Baginda s.a.w. mengajarkan kepada kami perkara itu dengan memberikan panduan kepada kami agar tidak menghadap ke arah kiblat semasa membuang air besar atau kecil. Baginda juga melarang kami beristinjak menggunakan tangan kanan.”
Saya akan cuba menerangkan kepada para pembaca berkenaan adab2 tersebut secara ringkas dan padat agar mudah untuk kita amalkan.
Q: Apakah adab2 bangun tidur yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w?
A: Ada beberapa perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang menginginkan keredhaan Allah S.W.T sepanjang harinya setelah bangun daripada tidur.
1) Hendaklah kita berusaha bangun daripada tidur sebelum terbit fajar. Contohnya, jika masuk waktu solat Subuh pada pukul 6.00 pagi, maka kita sepatutnya berusaha untuk bangun 30 minit lebih awal. Hal ini kerana Baginda s.a.w mendoakan keberkatan kepada umatnya yang bangun pada awal paginya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Diberkati bagi umatku pada waktu seawal pagi.”
2) Kemudian, sapulah wajah dengan tangan daripada kesan mengantuk setelah bangun daripada tidur.
3) Seterusnya, gosoklah gigi dengan menggunakan kayu siwak atau berus gigi.
4) Kemudian, bacalah doa ini: “Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan kami setelah kami ditidurkan dan kepada-Nyalah kami akan dihimpunkan. Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan rohku kepadaku, dan memberikan kesejahteraan kepada jasadku, dan memberikan keizinan kepadaku untuk menginagti-Nya. Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan aku dalam keadaan sejahtera. Aku bersaksi bahawa sesungguhnya Allahlah yang menghidupkan yang mati dan Dia berkuasa ke atas segala perkara. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia. Tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa ke atas segala perkara.”
5) Akhir sekali, bukalah jendela dan pandanglah ke langit. Pujilah kebesaran Allah sambil membaca ayat 190 hingga 200 dari surah al-‘Imran.
Rujukan:
Ø Ustaz Nazrul Nasir , Penulis dan Pendakwah Universiti al-Azhar Mesir – ADAB – ‘Apakakah Ajaran Nabi s.a.w Awal Pagi?’ – Majalah QnA,Isu Perdana – m/s 53-54.
1 comments:
Saya akan cuba bangun sebelum terbit fajar:)
Post a Comment