CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 28, 2011

RUNGUTAN SEBUAH PASU




Sebuah pasu berharga sedang menunggu masa untuk dilelong. Harganya dianggarkan mencecah puluhan ribu. Kagum dengan pencapaian tersebut, sebuah seterika antik yang juga akan dilelong bertemu pasu tersebut dan mereka berbual-bual.
Seterika antik  :     Assalamualaikum.
Pasu                :    Waalaikumussalam. Oh, seterika antik! Apa khabar?
Seterika antik  :  Alhamdulillah, aku sihat walaupun sedang meniti usia emas. Aku kagum dengan kamu.   Kamu bakal mendapat perhatian luar biasa hari ini. Aku ada terdengar orang ramai berbual-bual mengatakan bahawa kamu bakal menjadi rebutan orang berada.
Pasu                :  Ya? Semua ini bukan mudah dicapai. Bermacam-macam cabaran yang aku terpaksa tempuhi.
Seterika antik  :    Emm…kedengarannya seolah-olah kamu telah menempuhi masa silam yang cukup perit.
Pasu                :   Betul tu. 

(Pasu tersebut termenung seketika sebelum mula menceritakan kisah silamnya).

1.  1.Tanah liat dicampurkan dengan air dan kemudian diuli-uli. Aku rasa tak selesa dilenyek-lenyek dengan kasar oleh si pembuat pasu.
2.    2.Kemudian, aku diletakkan di atas sebuah tapak yang sentiasa berpusing untuk dibentuk. Waktu tu aku rasa pening.
3. 3.Selesai dibentuk, aku dijemur di bawah terik matahari. Aku tidak mampu lakukan apa-apa melainkan berdiam diri dan bersabar.
4.    4.Selepas itu, aku dibakar dengan suhu yang sangat panas.
5.  5.Aku sangkakan penderitaan aku telah berakhir. Rupa2nya tidak. Ada pula seorang tukang ukir menoreh badanku dengan pisau tajam.
6.  6.Bagi sentuhan terakhir, seorang pelukis melukis motif yang cukup indah di atas badanku. Aku selesa diperlakukan dengan lembut oleh pelukis tersebut walaupun terasa sedikit geli.

Seterika antik  :    La hawla wala quwwata illa billah. Kamu memang tabah menghadapi semua itu. Kemudian, apa yang terjadi?
Pasu             :   Kemudian, apabila aku diperagakan di sebuah kedai, aku terpandang diriku sendiri melalui sebuah cermin. Detik itu, baru aku tahu bahawa aku sebuah pasu yang cukup indah. Kalau bukan kerana semua proses yang menuntut aku bersabar tersebut, aku pasti takkan mempunyai nilai seperti hari ini. Aku mungkin hanya akan menjadi pasu tidak bernilai, tersadai di satu sudut rumah dan berlumut.
Seterika antik  :  Subhanallah. Allah menguji kita, tetapi kemudian Dia menghujani rahmat di sebalik setiap ujian tersebut.
Pasu            :    Betul tu. Allah tidak pernah menzalimi hamba2-Nya. Tidak sekali-kali. Aku  redha dan bersabar sedikit, alhasil kini aku dipamerkan megah.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” – (Surah al-Insyirah : 5-6)

 Kita sering merungut apabila berdepan dengan kesusahan seperti rungutan sebuah pasu di atas. Maha Suci Allah daripada sebarang kekurangan, apatah lagi menzalimi hamba-Nya. Allah hadirkan kesusahan untuk menghadiahkan sesudah itu kesenangan. Malah dalam ayat di atas, pengulangan wujud sebagai penegasan. Apakah kita masih ragu2 apabila kata2 yang menduduki tempat pertama di dunia yang boleh dipercayai ini (ayat Allah) diulangi 2 kali?

            Di samping itu, kejayaan hanya akan mampu digapai dengan keringat dan penat jerih. Mana mungkin dengan berpeluk tubuh dan goyang kaki, kejayaan, kecemerlangan datang bergolek. Mungkin ada, namun hanya satu dalam sejuta.



Rujukan :
Majalah GenQ, Vol 01 Isu 02 – Autobiografi, Nurul Amirah Abdul Rahim (m.s 28)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::