CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 28, 2011

KARAKTER PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA

KARAKTER PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA
D
Aripada Harithah bin Wahb, bahawa suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya yang bermaksud: “Mahukah kamu semua aku beritahu (sifat-sifat) ahli syurga?”


Para sahabat menjawab: “Ya.” Baginda bersabda lagi: “Setiap orang yang lemah dan dilemahkan (da’if mutada’af), andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya. Mahukah aku beritahu kepadamu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar (‘utul), berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir).”

Hadis ini sahih dan diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kedua-dua kitab Sahih mereka. Ia mengandungi perkara yang penting untuk kita renungi bersama. 

Ahli syurga dan neraka dapat dikenal pasti sejak di dunia lagi menerusi sifat-sifat yang terdapat dalam diri mereka. Rasulullah SAW memberitakan sifat-sifat itu dengan tujuan agar kita dapat bermuhasabah diri. Ini kerana sifat-sifat ini menggambarkan kebanyakan ahli syurga dan ahli neraka. Sesiapa yang memiliki sebahagian daripadanya, dapat dipastikan akan masuk ke tempat yang telah ditetapkan baginya.

Sifat Ahli Syurga


Salah satu sifat ahli syurga ialah LEMAH DAN DILEMAHKAN, yakni ORANG FAKIR dan DIHINA. Mereka tidak pernah disanjung dan dipuji, malah sering diremehkan kerana keadaan hidupnya. Demikianlah tafsir makna kalimat (da’if mutada’af) ini menurut para ulama termasuklah Imam al-Nawawi dan al-Hafiz Ibn Hajar.


Sebahagian ulama menafsirkannya dengan makna yang lain. Al-Qadi ‘Iyyad berkata: “Boleh jadi, kalimat LEMAH di sini bermakna; HATI YANG LEMBUT, HALUS dan TUNDUK KEPADA KEIMANAN.”


Apabila ditanya makna hadis ini, Ibn Khuzaimah menjawab: “Iaitu orang yang melepaskan dirinya daripada daya dan upaya sebanyak 20 hingga 50 kali setiap hari.”


Maksudnya, ahli syurga ini SELALU MENYEDARI KELEMAHAN DIRI TANPA BANTUAN DARIPADA ALLH SWT. Maka, dia memperbanyakkan kalimat; “la haula wa la quwwata illa billah” yang bermaksud tiada daya dan upaya kecuali dengan (bantuan) Allah SWT.


Imam al-Syafi’I pernah berkata: “Lemah merupakan sifat manusia yang paling jelas. Sesiapa yang selalu menyedari sifat ini, dia akan memperoleh istiqamah bersama Allah SWT.”


Semua tafsiran ini tidak bercanggah antara satu sama lain, malah saling melengkapi. Ini dapat dirumuskan, ahli syurga memiliki HATI YANG LEMAH LEMBUT dan HALUS, selalu bersikap TAWADUK dan MENYEDARI KELEMAHAN DIRI di hadapan Allah SWT.


Bukan mustahil bagi orang seperti ini sering kali diremehkan dalam pergaulan kerana sifat mereka yang enggan menonjolkan diri dan selalu mengalah. Padahal, jika mereka mengangkat tangannya untuk berdoa, Allah pasti memustajabkan setiap apa yang dimintanya.

Al-Bara’ bin Malik = Seorang Ahli Syurga

S
alah seorang tokoh yang memenuhi sifat2 ini ialah AL–BARA’ BIN MALIK AL–ANSARI. Beliau adalah saudara Anas bin Malik, khadam Nabi SAW. Al–Bara’ merupakan seorang pejuang yang gagah berani dan bersuara merdu.


Anas menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Betapa ramai orang yang kusut penampilannya, berdebu, berpakaian lusuh dan tidak dipedulikan manusia. Andai ia meminta kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya. Salah seorangnya adalah al-Bara’ bin Malik.”




Pada hari penundukan Kota Tustar ketika pemerintahan Umar bin al-Khattab, tentera kaum Muslimin kewalahan (tidak berupaya) menghadapi musuh. Pasukan Parsi yang berkali-kali ganda bilangannya telah menyerang pasukan Muslimin sehingga hampir kekalahan.


Tentera Muslimin segera berkata: “Wahai al-Bara’, mintalah kepada Tuhanmu!” al-Bara’ segera mengangkat tangannya dan berkata: “Ya Allah, aku meminta kepada-Mu. Tundukkanlah mereka untuk kami.” Maka pasukan musuh dapat ditewaskan.


Peperangan berlanjutan kembali di jambatan Sus. Pasukan musuh kembali mendesak kaum Muslimin. Mereka kembali meminta al-Bara’ untuk berdoa kepada Allah. Al-Bara’ berkata: “Ya Allah, aku meminta kepada-Mu, kalahkanlah mereka dan pertemukan aku dengan Nabi-Mu.”

Musuh kembali dapat ditewaskan. Dan kali ini, al-Bara’ syahid di medan perang seperti permintaannya. Sungguh indah orang yang selalu bersama Allah SWT.

 
Sifat Ahli Neraka

 Apabila kita beralih kepada sifat2 ahli neraka sebagaimana yang disebutkan Nabi SAW, keadaannya sonsang 180 darjah. Ahli neraka digambarkan sangat KASAR UCAPAN dan PERBUATANNYA.

Mereka SUKA BERTENGKAR dan KUAT BERSELISIH. Dalam setiap perdebatan, pantang bagi mereka untuk mengalah walaupun perkara itu sangat remeh. Malah, mereka ENGGAN MENGALAH meskipun menyedari kesilapan daripada dirinya sendiri. Apabila diingatkan dan dinasihati, mereka segera menunjukkan reaksi MARAH.


Orang seperti ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling Allah SWT benci ialah orang yang sangat kuat bertengkar.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)


Antara sifat ahli neraka yang lain pula adalah SANGAT ANGKUH dan SOMBONG. Keangkuhan itu sangat jelas kelihatan dalam penampilan dan gerak-gerinya. Apabila berjalan, langkah mereka seperti orang yang angkuh. Apabila berbicara, lidah dan bibirnya dibentuk dengan gaya khas. Mereka selalu INGIN BERBEZA daripada orang ramai dan MEMINTA UNTUK DIHORMATI.


Daripada Zaid bin Aslam, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Langit menangis melihat hamba yang diberikan kesihatan badannya, dilapangkan perutnya dan diberikan kenikmatan dunia, namun dia sangat zalim sesama manusia.” (Riwayat Ibn Jarir al-Tabari dengan sanad mursal)



Jangan Keras Hati


Semua sifat ini berpunca daripada satu sumber iaitu KEKERASAN HATI. Hati yang keras akibat daripada DOSA-DOSA yang telah menutupi cermin hati. Apabila hati telah keras, maka MAKSIAT TIDAK LAGI DIRASAKAN SEBAGAI DOSA. Malah, maksiat itu terasa begitu “manis” dan “nikmat”.


Pemilik hati yang keras TIDAK MEMILIKI SIFAT BELAS KASIHAN. Ucapan dan sikapnya tampak kasar walaupun terhadap ibu bapanya, anak2nya, isteri atau suaminya, dan apatah lagi kepada kawan2nya.


Hati yang kasar TIDAK TERSENTUH DENGAN KATA2 HIKMAH. Matanya kering kerana air mata tidak pernah dititiskan kerana nasihat. Suatu hari nanti, mata seperti ini akan DIPAKSA MENANGIS KERANA AZAB yang Allah timpakan kepadanya. Jika tidak di dunia, maka azab itu pasti menimpa di akhirat.


Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan terlalu banyak berbicara selain menyebut Allah. Sebab mereka yang banyak berbicara selain menyebut Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah ialan PEMILIK HATI YANG KERAS.”





Rujukan:
Majalah Solusi, Isu No.35 – Akhir Zaman, Umar M. Noor (m.s 107)



RUNGUTAN SEBUAH PASU




Sebuah pasu berharga sedang menunggu masa untuk dilelong. Harganya dianggarkan mencecah puluhan ribu. Kagum dengan pencapaian tersebut, sebuah seterika antik yang juga akan dilelong bertemu pasu tersebut dan mereka berbual-bual.
Seterika antik  :     Assalamualaikum.
Pasu                :    Waalaikumussalam. Oh, seterika antik! Apa khabar?
Seterika antik  :  Alhamdulillah, aku sihat walaupun sedang meniti usia emas. Aku kagum dengan kamu.   Kamu bakal mendapat perhatian luar biasa hari ini. Aku ada terdengar orang ramai berbual-bual mengatakan bahawa kamu bakal menjadi rebutan orang berada.
Pasu                :  Ya? Semua ini bukan mudah dicapai. Bermacam-macam cabaran yang aku terpaksa tempuhi.
Seterika antik  :    Emm…kedengarannya seolah-olah kamu telah menempuhi masa silam yang cukup perit.
Pasu                :   Betul tu. 

(Pasu tersebut termenung seketika sebelum mula menceritakan kisah silamnya).

1.  1.Tanah liat dicampurkan dengan air dan kemudian diuli-uli. Aku rasa tak selesa dilenyek-lenyek dengan kasar oleh si pembuat pasu.
2.    2.Kemudian, aku diletakkan di atas sebuah tapak yang sentiasa berpusing untuk dibentuk. Waktu tu aku rasa pening.
3. 3.Selesai dibentuk, aku dijemur di bawah terik matahari. Aku tidak mampu lakukan apa-apa melainkan berdiam diri dan bersabar.
4.    4.Selepas itu, aku dibakar dengan suhu yang sangat panas.
5.  5.Aku sangkakan penderitaan aku telah berakhir. Rupa2nya tidak. Ada pula seorang tukang ukir menoreh badanku dengan pisau tajam.
6.  6.Bagi sentuhan terakhir, seorang pelukis melukis motif yang cukup indah di atas badanku. Aku selesa diperlakukan dengan lembut oleh pelukis tersebut walaupun terasa sedikit geli.

Seterika antik  :    La hawla wala quwwata illa billah. Kamu memang tabah menghadapi semua itu. Kemudian, apa yang terjadi?
Pasu             :   Kemudian, apabila aku diperagakan di sebuah kedai, aku terpandang diriku sendiri melalui sebuah cermin. Detik itu, baru aku tahu bahawa aku sebuah pasu yang cukup indah. Kalau bukan kerana semua proses yang menuntut aku bersabar tersebut, aku pasti takkan mempunyai nilai seperti hari ini. Aku mungkin hanya akan menjadi pasu tidak bernilai, tersadai di satu sudut rumah dan berlumut.
Seterika antik  :  Subhanallah. Allah menguji kita, tetapi kemudian Dia menghujani rahmat di sebalik setiap ujian tersebut.
Pasu            :    Betul tu. Allah tidak pernah menzalimi hamba2-Nya. Tidak sekali-kali. Aku  redha dan bersabar sedikit, alhasil kini aku dipamerkan megah.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” – (Surah al-Insyirah : 5-6)

 Kita sering merungut apabila berdepan dengan kesusahan seperti rungutan sebuah pasu di atas. Maha Suci Allah daripada sebarang kekurangan, apatah lagi menzalimi hamba-Nya. Allah hadirkan kesusahan untuk menghadiahkan sesudah itu kesenangan. Malah dalam ayat di atas, pengulangan wujud sebagai penegasan. Apakah kita masih ragu2 apabila kata2 yang menduduki tempat pertama di dunia yang boleh dipercayai ini (ayat Allah) diulangi 2 kali?

            Di samping itu, kejayaan hanya akan mampu digapai dengan keringat dan penat jerih. Mana mungkin dengan berpeluk tubuh dan goyang kaki, kejayaan, kecemerlangan datang bergolek. Mungkin ada, namun hanya satu dalam sejuta.



Rujukan :
Majalah GenQ, Vol 01 Isu 02 – Autobiografi, Nurul Amirah Abdul Rahim (m.s 28)


Friday, August 19, 2011

Apa itu IKHLAS???


D
alam Kamus Dewan, maksud perkataan IKHLAS ialah; (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura. Ia diambil daripada perkataan Arab iaitu kholaso, atau bentuk akarnya adalah khuluuson atau kholaason, yang bermakna; jernih dan bersih daripada pencemaran. Manakala dalam Kamus al-Farid pula diterangkan maksudnya sebagai; sincerity, honest, loyalty, iaitu KEJUJURAN.

            Ungkapan IKHLAS menggambarkan pengertian tentang bersih, jernih, murni dan suci daripada percampuran atau pencemaran sifat lain.

       Jika melahirkan kata, “Aku memuliakan perkataanku hanya kepada Allah.” Ia bererti, tujuan memuliakan ketaatannya hanya kerana Allah TANPA ADA perasaan RIYAK. Al-Fairuzabadi telah mengatakan: “Ikhlaslah kerana Allah.” Maknanya meninggalkan sifat riyak dan menunjuk-nunjuk.

   Ikhlas merupakan istilah TAUHID. Orang-orang yang ikhlas adalah mereka yang mengESAkan Allah dan merupakan hamba-hamba-Nya yang TERPILIH. Adapun pengertian ikhlas menurut istilah syarak adalah seperti yang diungkapkan oleh Ibnul Qayyim: “Mengesakan Allah Yang Hak dalam berniat melakukan ketaatan, bertujuan hanya kepada-Nyaa tanpa mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.”

   Seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang TIDAK PEDULI AKAN PENGHARGAAN dan TIDAK MENGINGINKAN ORANG LAIN MEMUJI KEBAIKANNYA walau seberat zarah sekalipun. Apa yang diinginkannya ialah REDHA ALLAH SWT. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar."

     Doa kita agar dihindari sifat yang amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW iaitu sifat RIYAK dan TAKABBUR.



Rujukan:
Majalah GenQ – Vol 01 Isu 01 – Santai Ilmu, Faiz M. Azhari (ms. 3)



Thursday, August 18, 2011

“YA ALLAH, LAPANGKANLAH DADAKU IKHLAS MEMBANTU SAHABATKU”



“YA ALLAH, LAPANGKANLAH DADAKU IKHLAS MEMBANTU SAHABATKU”

Daripada Abi Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari Kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh sesuatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, Malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa yang lambat(kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.”

(Riwayat Muslim no.2699, 2580 dan al-Tirmizi no.2940)


Artikel :
Majalah GenQ - Vol 01 Isu 01 - Renungan untuk diriku yang mudah lupa... (m/s.1)




AMANAH DALAM BERSAHABAT


Bismillahirrahmanirrahim............... 


A
manah sememangnya sering dikaitkan dengan KEPERCAYAAN. Ia juga amat rapat dengan IMAN seseorang Muslim yang mana dikatakan bahawa dengan tiadanya amanah maka tiadalah iman. Dalam bahasa Inggeris ia diertikan sebagai trust, dan dinisbahkan kepada kata, rely on. Contohnya – to trust in God, atau percaya kepada Tuhan.

            Lawan bagi ‘AMANAH’ ialah ‘KHIANAT’, iaitu salah satu CIRI KEMUNAFIKAN dan secara langsungnya termasuk dalam CIRI KEKAFIRAN. Bahasa Inggeris disebut sebagai betray, dan perbuatan ini adalah HINA di sisi Allah SWT.

            Memperkatakan tentang amanah ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat luas skopnya. Ambil satu sahaja contoh yang rapat dengan kita iaitu AMANAH DALAM BERSAHABAT. Sebelum datangnya ‘jiwa’ untuk bersahabat, Islam telah menggariskan beberapa sifat untuk memilih sahabat.

            Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi.” Sesiapa yang mengasihi sahabatnya, maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.

            Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata, “Jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai DUA SIFAT ini: pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan JUJUR, dan kedua, dia dapat MENAMBAH KEMANFAATAN DIRIMU untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang LEMAH AKAL FIKIRANNYA.”

            Jadi, sebagai seorang Mukmin yang memegang amanah Islam dalam kehidupan, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, USAH BERLEBIH JUGA USAH BERKURANG. InsyaAllah…. (^_^)


Rujukan:
Majalah GenQ - Vol 01 Isu 02, Santai Ilmu – Faiz M. Azhari (m/s.3) 



Tuesday, August 16, 2011

30 Tips 4 a better RAMADHAN..insyaALLAH

ASSALAMMUALAIKUM rakan2 yg kami sayangi sekalian. Mcm mana dgn puasa kita setakat ini? Hmm..harini dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Sedar x rakan2 bahawa kita skrg ini berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan?? Iaitu fasa di mana kita bakal mndapat pengampunan drp ALLAH S.W.T..Allahuakbar!
     Spnjg 15 hari kita berpuasa ini..apa yg telah kita perolehi? Rasa2 puasa kita diterima ALLAH x? Hmm..semua tu ALLAH saja yg tahu..kami xtahu..rakan2 semua pun xtahu kn? InsyaALLAH..semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan yg mulia ini mndapat ganjaran yg baik drp ALLAH S.W.T dan mudah-mudahan diterimaNYA..Amin Ya Rabbal Alamin=)
     Rakan2 yg dirahmati ALLAH sekalian, di sini kami admin Tautan Hati ingin berkongsi satu gambar yg mana di dlm gambar ini mengndungi TIP-TIP utk mnjdkan RAMADHAN kali ini adalah yg terbaik drp sebelumnya, insyALLAH. Jom tgk..! B4 that, Selamat Berpuasa semua dan JGN LUPA NIAT PUASA! =)

=) credit to BROTEHRHOOD.ARTS..Ramadhan Mubarak!

Tuesday, August 9, 2011

Tabiat Buruk Dalam Berpuasa



Sebagaimana kita sedia maklum, Ramadhan adalah penghulu segala bulan dan ia juga bulan di mana Allah SWT menurunkan kitab suci al-Quran kepada Rasulullah SAW sebagai panduan dan petunjuk kepada manusia.

Allah SWT berfirman: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

Namun, dalam menjalankan ibadat puasa, ada antara kita terlupa mengenai satu tabiat buruk yang mampu menipiskan amalan serta iman seseorang.

Tabiat buruk itu adalah sifat TAMAK dan BOROS, yang kemudiannya bertukar kepada pembaziran yang jelas dibenci oleh Allah SWT dan disebut dalam al-Quran sebagai PUNCA KEHANCURAN beberapa umat terdahulu.

Oleh kerana NAFSU, ramai daripada kita sanggup boros berbelanja bagi membeli pelbagai juadah yang sebenarnya tidak sesuai dengan selera. Akhirnya, pelbagai juada dibeli bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu makan, sebaliknya untuk dibazirkan, sekaligus MELANGGAR SUNNAH Rasulullah SAW yang menganjurkan supaya ‘makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang’.

Diriwayatkan bahawa satu masa dulu Nabi Yahya AS diperkenankan Allah SWT untuk berjumpa iblis. Dalam pertemuan itu, Nabi Yahya melihat iblis membawa pengait daripada pelbagai barangan. Nabi Yahya bertanya: “Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa?” Ibils menjawab: “Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya.” Nabi Yahya bertanya lagi: “Adakan bahagian aku di dalamnya?” Iblis menjawab: “Ya,ada! Kadangkala kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk solat dan berzikir.”

Adalah jelas sifat tamak bukan saja membawa kepada PEMBAZIRAN, malah menyebabkan seseorang itu KEBERATAN MELAKSANAKAN IBADAT.

Sebagai peringatan kepada manusia mengenai sifat ini, Allah SWT berfirman bahawasanya: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara kepada syaitan dan syaitan itu pula sememangnya ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra’:27)

Sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini, Allah SWT tidak menyukai hamba-Nya melakukan pembaziran berikutan ia satu sifat syaitan yang dilaknati-Nya dan kadangkala, oleh kerana terlalu gembira untuk berbuka, umat Islam tidak menyedari mereka melanggari etika murni yang ditetapkan Islam iaitu BERPADA-PADA DALAM PERBELANJAAN.

Berdasarkan ayat itu, boros dan membazir adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam.

Malah, Allah SWT turut berfirman: “Wahai Bani Adam, Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadah (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya, Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf:31)

Jelas, sebagai umat Islam, berbuka puasa sememangnya diwajibkan tetapi jangan ia digunakan sebagai PELUANG MELEPASKAN GERAM selepas seharian berpuasa.

Sewajarnya, ibadat berpuasa dijadikan medan melatih jiwa seseorang Muslim bertaqwa lagi penyabar, yakni dengan memakan secara sederhana sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Anak Adam itu tidak memenuhi satu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Jika tidak mustahil (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat at-Tirmizi)



Rujukan:

Metro Ahad – 7 Ogos 2011, An-Nur (Pedoman), Kalam Imam Muda – Mohd Hassan Adli Yahya, hassan.adli@imhassan.my



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::