CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 23, 2011

~ UNTUK ISTERI BAKAL PEJUANG ~

Salam penuh mahabbah ku utus buat pejuang sekalian. Buat pejuang sekalian, ingatlah perjuangan ini tidak pernah ada erti senang, semuanya payah belaka. Untuk memudahkan gerak kerja kita, pasangan yang sefikrah haruslah menjadi pilihan untuk memudahkan gerak kerja kita, bahkan pasangan kita mampu bersama-sama kita meneruskan gerak kerja memastikan Islam sentiasa tertegak. InsyaAllah dengan izin Allah semuanya pasti menjadi mudah ^-^

Sajak ini khas buat kalian yang tidak pernah mengenal erti penat lelah berjuang bersama suami yang tercinta hanya kerana inginkan keredhaan-Mu Ya Allah… buat bakal isteri pejuang, hayatilah bait-bait kata ini, ketahuilah ketulusan hati sang suami yang begitu gembira kerana dikau sanggup berjuang bersama untuk Islam.





Isteriku….



Apabila kusentuh telapak tanganmu…

Saat kuusap dan kurasakan guratannya,

Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar….

Dan ketika kupandangi wajahmu….

Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu…

Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat….

Ketika kutersentak dari pembaringan di kala fajar kadzib menyingsing…

Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.


Isteriku…

Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy fun….

Di keramaian dunia ciptaan mereka…

Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu….

Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin…

Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti…

Pelbagai hiasan yang indah…

Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian…

Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan…

Wajah mereka dibaluti pelbagai warna dan jenama…

Kau umpama ladang ummah…

Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam…

Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta maupun

mengadu domba…

Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama…

Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa…

Isteriku….

Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan hiasan-hiasan tersebut…

Tetapi isteriku…

Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku….

Kau melafazkan satu tuntutan, “Saya siap mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat…” Sambil tersenyum kau menghela nafas dalam-dalam….

Aku termangu sendirian… Syarat apakah itu? Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?… Atau honeymoon di Paris ?..

Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar berkata…

Akhirnya…

Arghhh… Permintaanmu itu…

Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita…

Aku tergugu, haru dan bangga…

Dengan penuh keyakinan kau berkata..

“Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang

kedua ?….

Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?…

Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?…

Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?..

Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?…

Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api….

Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala…

Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..

Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di’on’kan bila perlu dan di’off’kan bila tidak….

Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda….

Dan…mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?…

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku…

Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..

Jiwamu kosong dari syurga dunia…

Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..

Bukannya kau yang diubah oleh dunia…

Isteriku..

Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita…

Susah senang kita tempuh bersama…

Aku terharu dengan segala kebaikanmu…

Kau jaga akhlakmu…

Kau pelihara maruahmu selaku muslimah…

Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung….

Kau jua sanggup mengekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam….

Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuangan ini….

Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dari keharuman kemenangan…

Isteriku..

Tangkasnya engkau selaku isteri…

Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan tenaga dalam perjuanganku ini..

Kau jaga relasi kita dengan indahnya…

Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang….

Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu….

Cekalnya engkau mendidik anak-anak…

Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para

pejuang Islam…

Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah…

Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran…

Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan…

Isteriku…

Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia…

Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang

Suamimu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH

….WAHAI ISTERIKU….








SAJAK SAYYID QUTUB

Ya Allah,
Jika aku jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada–Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai–Mu

Ya … Muhaimin, 
Jika aku jatuh Cinta
Jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada–Mu

Ya … Allah, 
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada–Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu

Ya … Rabbana, 
Jika aku jatuh Hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati–Mu

Ya … Rabbul Izzati, 
Jika aku Rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan–Mu
Dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga–Mu

Ya … Allah, Jika aku menikmati cinta kekasih–Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir–Mu

Ya … Allah, 
Jika aku jatuh hati pada kekasih–Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia pada–Mu

Ya … Allah, 
Jika kau halalkan aku merindui kekasih–Mu
Jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada–Mu

Ya … Allah, 
Engkau mengetahui bahwa hati–hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada–Mu,
Telah berjumpa pada taat pada–Mu
Telah bersatu dalam dakwah pada–Mu
Telah berpadu dalam membela syariat–Mu

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya, 
kekalkanlah cintanya..

Tunjukilah jalan–jalannya, 
penuhilah hati–hati ini dengan Nur–Mu yang tiada pernah pudar. 
Lapangkanlah dada–dada kami dengan limpahan keimanan kepada–Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::