Aku selalu ingin sahabatku ini tahu,
Yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
Tidak lain adalah kerana Allah.
Aku ingin sahabatku ini selalu mengerti,
Yang aku perlu doa darinya,
Agar tetap kakiku di jalan ini.
Aku ingin sahabatku selalu faham,
Aku punya banyak kelemahan,
Yang terkadang mungkin,
Melukai dan membuatkan dia tidak senang denganku.
Jadi,
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa di hati,
Ampuni tiap khilafku,
Mungkin tidak mampu untuk aku,
Hilangkan luka hatimu,
Tapi aku sentiasa berharap,
Untuk menjadi seorang sahabat yang setia di sisi,
Dalam payah dan senangmu,
Kerana ukhuwah kita bertaut demi cinta-Nya...
~ UHIBBUKI FILLAH ~
( ikhlas untukmu,Siti Nur Abirah Azmee )
( ikhlas untukmu,Siti Nur Abirah Azmee )
Nukilan temanmu,
A'ain Hidayah bt Ahmad Fua'ad
Sabtu , 23 April 2011, 4.00pm
UKM
0 comments:
Post a Comment