Kepada seluruh muslimin dan muslimat yg mngunjungi blog kami, semoga Allah mengampuni, merahmati, menjauhkan kita dari bala bencana dunia dan akhirat serta memberi kebahagiaan kepada kita dunia dan akhirat. Di sini kami ingin kongsikan satu doa yang sangat mustajab kepada semua bagi menyegerakan jodoh bagi yang belum berjumpa jodohnya. Insyaallah Allah yang maha pemurah yang mendengar segala rintihan dan doa akan segera mengabulkannya sekiranya ia baik untuk kita: Doa ini dibaca bersama pakej-pakej berikut:
- Memperbaiki kualiti diri dan personaliti, banyakkan sedekah, menolong orang lain dengan jujur dan ikhlas
- Berbuat baik kepada ibu bapa dan semua orang-orang tua samada yang anda kenal mahupun tidak
- Solat hajat setiap hari
- Baca surah al-Waqi’ah setiap hari
Jangan berhenti berdoa dan berusaha bagi mendapatkan jodoh anda kerana apabila anda sudah berkahwin maka telah sempurna separuh dari iman anda, hidup tidak sunyi lagi, dan anda akan merasa kehidupan anda amat bermakna dan bahagia sekali. Apabila anda sudah berkahwin darjat anda akan naik dan terhormat, umur sudah tidak menjadi masalah lagi.
بسم الله الرحمن الرحيم اِلهَى أَشْكُوا اِلَيْكَ ضَعْفِى وَهَوَانِى عِنْدَ النَّاسِ فَاِنْ لمَ ْتَكُنْ يَا غُفْرَانٌ عَلَيَّ فَلاَ اُبَالِهِ يَا مُكَوِّنَ الكَوْنِ وَيَا مَن بَعْدَ الكَوْنِ كُلِّى فِيْهَا ذَاتِى رَبِّ هَبْ لِى مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَاَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ وَابْعَثْ لِى مِنْ لَدُنْكَ بِكُلِّ سُرْعَةٍ وَبِدُونِ فِتْنَةٍ زَوْجًا طَيِّبًا صَالِحًا مُؤْمِنًا وَقَيِّمًا مُسْتَقِيْمًا (زَوْجَةً طَيِّبَةً صَالِحَةً مُؤْمِنَةً وَقَيِّمَةً مُسْتَقِيْمَةً) اِنْ كَانَ هُوَ خَيْرٌ لِى رَبِّ يَسِّر وَلاَ تُعَسِّر وَاجْعَل اَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِى اِلَيَّ ثُمَّ اجْعَلْ كُلَّ اُمُوْرِي يُسْرًا وَسُرْعًا وَدُعَآءِي مُسْتَجَابًا اِنَّك اَنْتَ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ يَا قَاضِىَ الحَاجَاتِ (أَجِبْ دَعْوَتِى يَا الله 3x)( اَجِبْ دَعْوَتِى ياَ رَحِيْمٌ 3x) (أَجِبْ دَعْوَتِى يَا رَحْمَن (3x وَصَلَّ الله على سيدنا محمد وعلى ال محمد.
Dengan nama Allah yang maha pemurah. Tuhanku aku mengadu kepadaMu akan kelemahan diriku ini dan keinginanku kepada manusia. Ya Allah yang memiliki alam inidan alam selepasnya aku serahkan seluruh diriku kepadaMu, kurniakan daku rahmat dari sisiMu kerana sesungguhnya engkau maha pemberi rahmat. Ya Allah kurniakan kepada ku dengan kadar segera dan tanpa sebarang fitnah seorang suami/isteri yang soleh. Mukmin, bernilai, lurus, baik cemerlang sekiranya ia baik untukku, Ya Allah engkau mudahkan segala urusan ini jangan engkau payahkan. Jadikanlah hati-hati manusia kasihan belas dan condong kepada ku, sesunggihnya engkau Ya Allah maha pemurah.
1 comments:
bes la post ni..
sesuai untuk org yg sedang mencari jodoh...
Post a Comment