NO UNTIL AKAD...understand??? |
"Ana rasalah...Tetapi ana sendiri tidak pasti boleh ataupun tidak orang dewasa bercinta..."
"Bukankah ada pepatah menyebut; ikut hati mati, ikut rasa binasa? Jika kita benar2 seorang Muslim, kita perlu mengikut hukum Al-Quran & hadith Nabi. Hanya Allah & Nabi sahaja yang dapat memberikan keputusan yang betul, kita semua ini belum tentu lagi dapat menghukum dengan betul.
Allah berfirman yang mafhumnya:
'Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan keji & mengundang kemurkaan Allah serta seburuk-buruk jalan.'
"Allah melarang dengan lafaz 'jangan kamu hampiri zina', ini beerti sebarang perbuatan yang menghampiri zina seperti lelaki & perempuan yang berkenalan atas tujuan yang tidak pasti, saling pandang-memandang, berbual, berdating. Apatah lagi jika berpegang tangan & bersentuhan. Semua itu adalah perbuatan yang dilarang dalam agama."
Panjang sekali Ustaz Hamdi berkata-kata. Amir termenung meneliti ucapan ustaznya.
"Jika begitu, memang tidak bolehlah kita bercinta,ustaz?"
"Siapa kata tidak boleh? Bercinta di dalam Islam memang dibenarkan. Bahkan perasaan cinta ini adalah fitrah manusia & ia perlu disuburkan selalu."
"Tadi tidak boleh, sekarang boleh pula. Ustaz buat ana keliru."
"Begini, Prof. Abdullah Nasih Ulwan iaitu ulama besar dalam dunia Islam masa kini pernah menulis di dalam bukunya bertajuk CINTA. Dia membahagikan cinta manusia kepada 3 kategori:-
1. Cinta kepada Allah & Rasul.
Ini adalah cinta yang mulia.
2. Cinta sesama manusia.
Di dalamnya ada cinta kepada ibu bapa & cinta kepada isteri,suami & anak2. Cinta ini adalah cinta biasa. Ia dibenarkan di dalam agama.
3. Cinta nafsu iaitu cinta yang tidak dilandaskan oleh syariat.
Ia semata-mata berpaksikan nafsu haiwan. Ini adalah cinta yang paling keji. Ia dilarang sama sekali di dalam agama.
"Jika ingin bercinta, lihat dahulu dengan siapa kita ingin bercinta. Kemudian,lihat pula caranya. Bercinta antara teruna & dara dibolehkan di dalam Islam mengikut batas2 syariat. Ini kerana cinta teruna & dara mudah dipesongkan oleh nafsu. Demi mengawalnya, seseorang teruna/dara yang ingin bercinta perlu jelas tentang hukum syariat berkaitan pergaulan antara lelaki & perempuan yang ajnabi. Jika dia seorang yang jahil, pasti dia akan melanggar batas syariat," Ustaz Hamdi berhujah panjang lebar.
"Kalau macam itu, susahlah mahu bercinta teruna & dara," Amir bersuara.
"Memang susah. Tetapi jika kita bercinta & dalam masa yang sama dapat menjaga batas2nya, InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Dengan pahala itu, kita dapat menukarnya dengan syurga Allah. Mahu dapatkan syurga, bukan mudah. Jika enta mahu menjadi lelaki yang baik, enta perlu mendalami ilmu agama. Jika enta ingin bercinta, enta perlu tegas dalam persoalan hukum. Jika iman tidak kuat, jangan cuba bercinta. Ibarat kata, jangan bermain api, jika takut terbakar."
"Ana faham."
Sedikit cerita ini adalah untuk perkongsian & pesanan buat sahabat2 & untuk diri sendiri juga.
Wallahu'alam....=)
=By Tautan Hati= |
0 comments:
Post a Comment