CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 27, 2010

Aku rindukan sahabat ku....



Sahabat...
tika ini kita terpisah jauh,
jauh sekali...
ribuan langkah ku pergi
belum tentu ku temui mu...

tapi sahabat...
jarak itu tak pernah
mematahkan rasa kasih ku buat mu
aku rindukan kamu sahabat...
rindu sangat-sangat !!!

aku rindu tawa mu...
aku rindu nasihat mu...
aku rindu senyuman mu...
aah...
hakikatnya aku rindukan segalanya tentang diri mu...

sahabat...
kini aku semakin jadi anak kecil
sentiasa ingin diberi perhatian dan sokongan
tapi hingga kini...
tak ade yg bisa mengganti mu di sisi ku.

sahabat...
aku rindu insan yang dulu
memapahku,
tika ku tersunggur...
menyapu air mata ku,
tika ia mengalir laju...
menegurku,
bila diam menyerbu...
membantuku,
tika sakit selalu menguji ku...

dan aku rasa terlalu kehilangan mu,
bila tiada lagi insan yg sudi mebetulkan ku
tika ku tersalah perhitungan
aku seolah-olah terus hanyut di situ...

sahabat...
lupakah kamu ???
dalam waktu-waktu lalu
pernah ade nostalgia indah bersama
yang terlakar di kanvas hidup itu...

berjabat tangan kita
kerna sebuah ukhuwwah...
membelah langit bersama
demi satu impian...
melangkah pada hari pertama
dengan penuh harapan...
berlari berkejaran
kerna sebuah pengajian...

lupakah kau sahabat ku...

dengan linangan air mata
aku melakar rasa rindu buat mu
sebagai bukti aku rindukan mu
sahabat ku ....

aku ingat lagi,
satu masa kita masing-masing mengadu lemah
cuba mencari semangat dengan roh 'Sang Murabbi'
tapi akhirnya roh itu menyendiri
sedangkan kita asyik berkongsi cerita sendiri...

ketahuilah sahabat...
berkali-kali aku menyeru pada diri ku,
aku bisa hidup tanpa mu
aku harus hidup di atas kaki sendiri
aku mesti cuba melupakan kenangan itu

tapi hakikatnya aku tak bisa sahabat
kerna aku terlalu sayangkan kamu...
kadang-kadang khabar dari sana
membuatkan hatiku sakit lagi,
sakit rindu...

sahabat...
foto-foto kamu masih kemas ku simpan dalam folder ku
tanpa sanggup aku membeleknya kesekian kali
kerna ku takut air mata ini gugur lagi
aku tak nak terus lemah dan lesu begini

aku mesti cuba dan cuba lagi !!!!

sahabat...
tahu kah kamu rindukan ku ini ???

sahabat...
aku tak pernah salahkan diri mu
atas kejauhan mu dari ku
kerna perpisahan ini pilihan ku.
tapi ku tahu...
mungkin kesibukan dengan amanah dan tanggujawab mu
yang memaksa semua ini terjadi.

aku redha dalam kesakitan dan kerinduan...
tapi satu yang ku pinta sahabat...
jangan lupakan aku...

siapa pun aku di hati mu...
ketahuilah sahabat ku...
kamu tetap insan istimewa di hati ku...

aku rindukan sahabat ku...

untuk sahabatku & teman sejatiku,SITI NUR ABIRAH AZMEE




~ by Tautan Hati ~


Sunday, November 21, 2010

"Orang dewasa boleh bercinta?"

NO UNTIL AKAD...understand???

   "Ana rasalah...Tetapi ana sendiri tidak pasti boleh ataupun tidak orang dewasa bercinta..."

   "Bukankah ada pepatah menyebut; ikut hati mati, ikut rasa binasa? Jika kita benar2 seorang Muslim, kita perlu mengikut hukum Al-Quran & hadith Nabi. Hanya Allah & Nabi sahaja yang dapat memberikan keputusan yang betul, kita semua ini belum tentu lagi dapat menghukum dengan betul. 
Allah berfirman yang mafhumnya:
'Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan keji & mengundang kemurkaan Allah serta seburuk-buruk jalan.'

   "Allah melarang dengan lafaz 'jangan kamu hampiri zina', ini beerti sebarang perbuatan yang menghampiri zina seperti lelaki & perempuan yang berkenalan atas tujuan yang tidak pasti, saling pandang-memandang, berbual, berdating. Apatah lagi jika berpegang tangan & bersentuhan. Semua itu adalah perbuatan yang dilarang dalam agama."

Panjang sekali Ustaz Hamdi berkata-kata. Amir termenung meneliti ucapan ustaznya.

    "Jika begitu, memang tidak bolehlah kita bercinta,ustaz?"

  "Siapa kata tidak boleh? Bercinta di dalam Islam memang dibenarkan. Bahkan perasaan cinta ini adalah fitrah manusia & ia perlu disuburkan selalu."

    "Tadi tidak boleh, sekarang boleh pula. Ustaz buat ana keliru."

   "Begini, Prof. Abdullah Nasih Ulwan iaitu ulama besar dalam dunia Islam masa kini pernah menulis di dalam bukunya bertajuk CINTADia membahagikan cinta manusia kepada 3 kategori:- 
1. Cinta kepada Allah & Rasul. 
    Ini adalah cinta yang mulia. 
2. Cinta sesama manusia. 
   Di dalamnya ada cinta kepada ibu bapa & cinta kepada isteri,suami & anak2. Cinta ini adalah cinta biasa. Ia dibenarkan di dalam agama. 
3. Cinta nafsu iaitu cinta yang tidak dilandaskan oleh syariat. 
    Ia semata-mata berpaksikan nafsu haiwan. Ini adalah cinta yang paling keji. Ia dilarang sama sekali di dalam agama. 

   "Jika ingin bercinta, lihat dahulu dengan siapa kita ingin bercinta. Kemudian,lihat pula caranya. Bercinta antara teruna & dara dibolehkan di dalam Islam mengikut batas2 syariat. Ini kerana cinta teruna & dara mudah dipesongkan oleh nafsu. Demi mengawalnya, seseorang teruna/dara yang ingin bercinta perlu jelas tentang hukum syariat berkaitan pergaulan antara lelaki & perempuan yang ajnabi. Jika dia seorang yang jahil, pasti dia akan melanggar batas syariat," Ustaz Hamdi berhujah panjang lebar.

   "Kalau macam itu, susahlah mahu bercinta teruna & dara," Amir bersuara.

    "Memang susah. Tetapi jika kita bercinta & dalam masa yang sama dapat menjaga batas2nya, InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Dengan pahala itu, kita dapat menukarnya dengan syurga Allah. Mahu dapatkan syurga, bukan mudah. Jika enta mahu menjadi lelaki yang baik, enta perlu mendalami ilmu agama. Jika enta ingin bercinta, enta perlu tegas dalam persoalan hukum. Jika iman tidak kuat, jangan cuba bercinta. Ibarat kata, jangan bermain api, jika takut terbakar."

   "Ana faham."
Sedikit cerita ini adalah untuk perkongsian & pesanan buat sahabat2 & untuk diri sendiri juga.

Wallahu'alam....=)





=By Tautan Hati=

Kepada siapa ingin diluahkan kepedihan ini?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ku mulakan tari penaku untuk meluahkan apa yang terbuku di hati untuk dinoktahkan di atas kertas putih ini
TUHAN, Engkau berikan kepadaku sekeping hati yang lemah hingga aku tidak pandai membela diriku. Aku sering tertindas dengan situasi. Aku mudah dipersalahkan namun tidak tahu mempersalahkan orang lain. Aku benar-benar berasa walah.

Wahai Tuhanku, aku mahu menjadi diriku sendiri. Diri yang memiliki kekuatan & keberanian. Diri yang mampu memberi keadilan kepada diri dan orang di sekelilingku. Aku tidak mahu lagi dizalimi, aku tidak mahu diperlekeh. Aku tidak mahu orang memandang diriku sebelah mata. Aku mahu menjadi manusia yang hebat!

Wahai Tuhanku, aku bukan para sahabat yang hidup di zaman Baginda Muhammad SAW. Aku bukan pahlawan Badar & Uhud. Aku bukan para soldadu yang berjuang di medan Khandaq. Namun, aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk diresapkan ke dalam sanubariku. Tuhan, aku benar-benar mahu berjuang untuk...Untuk membangunkan diriku yang dhaif ini.


TITIK!!

Biarlah bicara ini menjadi doa di dalam hatiku. Sebagai bukti sebuah azam yang bakal direalisasikan suatu masa nanti. Bilakah masa untuk berubah itu?

InsyaAllah,akan tiba masanya..ku akan terus berdoa & berusaha+bertawakal....


=by Tautan Hati=

Saturday, November 20, 2010

Kenapa Qabil Bunuh Habil?



Renungan sempena Hari Raya Qurban

Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.


Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditolak.
Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan  itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.
Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban yang tidak elok, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t.
Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Qabil dengki kepada Habil dan membunuhnya.
Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kononnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain, sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.
Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.
Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.
Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya berpenyakit,  sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain,  bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.
Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, "Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, aku tidak akan menghulur tangan untuk membunuhmu."
Kita tidak perlu menghalang dakwah orang lain untuk kita berjaya... yang betul ialah bersihkan hati daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.





=By Tautan Hati=






Friday, November 19, 2010

Posted by Picasa

Posted by Picasa

Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam


Assalamualaikum & salam 1 Aqidah...
sahabat2,ana ingin berkongsi dengan kalian tentang 1 criter yg ana baca di 1 laman web ni & ana rase amat sesuai utk dikongsi bersama. Jadi,ana mahu kita sama2 m'hayati kisah di bawah ni...

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Begitulah kisah yg kita blh jadikan teladan bg menaikkan motivasi kita dlm mempuh cabaran dunia ni.. Allah sntiasa ada b'sama kita & ujian yg Allah bg utk kita sesuai dgn kemampuan kita... Tiada yg sia2 dlm penentuan-Nya..





=Dari Tautan Hati=


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::