Sahabat,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
Sahabat,
Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta..
Sahabat,
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah aku meleraikan segera..
Sahabat,
Jika pernah hatimu terluka,
Luahkanlah agar aku berubah..
Sahabat,
Jika esok aku lena tanpa terjaga,
Iringilah lenaku dengan kalungan doa..
Berjanjilah sahabat,
Ukhuwah kita untuk selama-lamanya,
Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..
0 comments:
Post a Comment