CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 27, 2012

(Nota Buat Ikhwan)

Jujur Menuju Jalan Yang Lurus





Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:"Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa pintu yang terbuka. Pada pintu-pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan.

Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata:'Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan ke kanan).'

Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut yang berkata ketika manusia hendak membuka salah satu daripada pintu-pintu itu:'Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya, kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya.'

'JALAN' di sini bermaksud Islam.
'DINDING' maksudnya hukum-hukum Allah.
'PINTU-PINTU YANG TERBUKA' maksudnya perkara-perkara yang diharamkan Allah.
'PENYERU DI ATAS GERBANG' maksudnya Al-Quran.
'PENYERU DI ATAS JALAN' maksudnya nasihat dari Allah yang ada di dalam hati setiap Muslim.

(Riwayat Ahmad dan Muslim)


Rujukan:
Faiz M Azhari, Santai Ilmu: Gen-Q Isu No.6




Salahuddin Al-Ayyubi


Seluruh dunia kenal dan tahu akan kehebatan, keberanian dan keperkasaan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam peperangan Salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi Islam dapat dibebaskan dari penjajahan tentera salib kristian.

Beliau telah mencurahkan segala kudratnya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh Kristian selama 90 tahun akhirnya telah dibebaskan.

Kekayaan Negara-negara Islam yang dapat dibebaskan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan mempertahankan negara daripada serangan musuh. Di Mesir, Salauhuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari 1 kilometer.

Di Damaskus pula didirikan rumah atau tempat bagi orang-orang miskin. Begitu juga di Sudan, Yaman dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh panglima besar ini di mana terdapat banyak bangunan-bangunan yang untuk kebajikan rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan berperang melawan tentera Salib bersama ayah mertuanya yang bernama Nuruddin Az-Zanki, tibalah masanya Salahuddin kembali ke rahmatullah. Di saat kewafatannya berlakulah peristiwa yang amat menyedihkan.

Orang-orang besar dan kerabat diraja menyaksikan kewafatan beliau sambil mengalirkan air mata di atas pemergiannya. Orang ramai juga lebih terharu lagi apabila membuka tempat penyimpanan hartanya kosong dan begitu juga dengan harta kerajaannya kosong.

Semuanya telah digunakan untuk perang dan kebajikan rakyat. Hinggakan untuk membeli kain kafan pun tidak ada. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja berpakat untuk mengutip derma bagi membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah panglima.

Ini membuktikan bahawa panglima tidak memikirkan sama sekali tentang dirinya. Semuanya dicurahkan demi kepentingan Islam yang tercinta semata-mata. Allahu Akbar, semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Pengajaran
1.Kesanggupan melakukan apa sahaja demi Islam akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang tidak terhitung nilainya.
2.Keprihatinan seorang pemimpin terhadap rakyat dan orang bawahannya menjadikan diri mereka disayangi dan dihargai meskipun setelah mereka mati.
3.Kesanggupan melakukan apa sahaja demi Islam akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang tidak terhitung nilainya.
4.Kematian mereka hanya pada zahirnya sahaja, namun tetap hidup sehingga sekarang dan masih segar di dalam jiwa ummat Islam.

Mohd Ubaidillah Al-Musawi
Adaptasi Karya Al-Faqir I
Koleksi Al-Qisah 40





Friday, January 6, 2012

~ More Than Word ~




بسم الله الرحمن الرحيم


اللهم نور بكتابك بصري 
واشرح به صدري
 
واستعمل به بدني
 
وأطلق به
 لساني 
وقو به جناني
 
وقو به عظمي
 
واسرع به فهمي
 
بحولك وقوتك
 
فإنه لا حول ولا قوة إلا بك
 
يا أرحم الراحمين


Allahumma nawwir bikitabika basori (Ya Allah, sinarilah penglihatanku dengan kitab-Mu) 
Wasyrah bihi sodri 
(lapangkanlah dadaku dengannya) 
Wasta’mil bihi badani 
(jadikanlah seluruh jasadku beramal dengannya) 

Wa atliq bihi lisani 
(jadikan lidahku lancar dengannya) 

Wa qawwi bihi janani 
(perkuatkanlah hatiku dengannya) 

Wa qawwi bihi adzmi 
(perkuatkanlah tulangku dengannya) 

Wasri’ bihi fahmi 
(percepatkanlah pemahamanku dengannya) 

Bihaulika wa quuwatika 
(dengan daya dan upaya-Mu) 
Fa’innahu la haula wa la quwwata illa bika 
(sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dengan-Mu)

Ya arhamarrahimin 
(wahai Tuhan Yang Maha Penyayang)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::