CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 27, 2011

. : : Izinkan kami menjadi tetamu Subuh Mu.. : : .

 Bismillah.. Sobahul khair...

Apakah nilai solat subuh di mata anda?

Tanyalah diri kita sendiri, apakah nilai subuh bagi kita. Adakah sangat berharga yang mana kita perlu berusaha menjaganya ataupun sekadar ikut kesempatan sahaja. Kalau sedar, buatlah. Kalau dah tak sedar, nak buat macam mana. Bukannya sengaja taknak sedar.

Sebelum kita memberi alasan seperti itu, renung kembalilah bagaimana usaha kita untuk memastikan kita tak terlepas untuk solat subuh. Ingat waktu masuknya solat. Pada hujung2 bulan macam ni, waktu Subuh akan lebih awal lebih kurang pukul 5.40 pagi bagi mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan yang berhampiran dengannya. Jika kita selalu biasa bangun pukul 6.45 pagi, tak termasuk dengan nak bersihkan diri lagi, dah mencecah pukul 7.00 pagi. Bukankah itu sudah dipengakhiran Subuh?

Jika dahulu, kita tidur pukul 12 sekalipun, kita mampu bangun subuh pada pukul 6 bagi mereka yang kebiasaanya tidur selama 6 jam. Namun, setelah menyedari waktu subuh semakin awal, adakah kita masih lagi tega untuk tidur lambat?

Di sinilah sebenarnya ujian yang Allah turunkan, untuk melihat hambanya yang manakah yang betul-betul takut untuk meninggalkan suruhannya.

Dalam menghadapi ujian yang Allah turunkan ini, ada di antara kita yang solat ketika hampir habis waktu subuh ( dengan tergesa-gesa ), malah lebih buruk dari itu yang langsung tertinggal subuhnya kerana tidak terjaga.

Rasulullah s.a.w. telah membuat klasifikasi yang dijadikan sebagai tolak ukur untuk membezakan antara orang mukmin dengan orang munafik. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. Bersabda: ”Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak”.

Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati.

Beberapa tips untuk tidak terlepas subuh:

i.Ambil wuduk sebelum tidur dan tidur awal.
ii.Sebelum tidur baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falak dan surah An-Nas. Berdoalah, meminta kepada Allah agar bangunkan ketika subuh.
iii.Duduk serumah dengan kawan-kawan yang berpegang teguh dengan islam agar anda mengikut jejak langkah mereka.
iv.Minta tolong kawan-kawan kejutkan anda.
v.Set sebanyak mungkin jam penggera jika anda jenis liat bangun.
vi. Berdoa, memohon kepada Allah agar bangunkan anda untuk solat subuh
vii.Berazam sebelum tidur untuk solat subuh pada keesokan hari agar benda pertama yang anda ingat setelah celik mata ialah solat subuh
viii. Mengetahui balasan orang yang meninggalkan solat. Firman Allah dalam surah Al-Maauun ayat 4 maksudnya: “Maka celakalah bagi mereka yang lalai dan mengambil ringan tentang solat”
ix. Membuat apa sahaja cara yang boleh menyebabkan anda terbangun untuk subuh.
Firman Allah dalam surah Al-Muddassir :

“Apakah yang menyebabkan kamu masuk kedalam neraka? Mereka menjawab: Kami tidak menunaikan solat.”


Mereka yang meninggalkan solat subuh adalah sifat golongan munafiqin kerana waktu solat yang paling berat bagi mereka ialah Isyak dan Subuh. Bagi mereka yang walau sudah berusaha, namun masih gagal bangun untuk subuh, perbanyakkanlah istighfar dan bertaubatlah kepada Allah. Mohonlah agar Allah mengizinkan kita untuk menjadi tetamu SubuhNya.

Mari berusaha bersama-sama bagi memastikan hari kita bermula dengan permulaan yang baik. 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::