CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 25, 2011

~ Tinta Buat Seorang SAHABAT ~


Puisi ini hanyalah pinjaman dr sebuah blog insan lain..Ku titipkan di sini untuk dikongsi bersama-sama pembaca Tautan Hati..



Diriku sahabat…
Selalu…dan selalu saja
membuatmu marah..

Tidak hanya sekali..
Tetapi berulang kali
Kesalahan-kesalahan selalu ku buat
Tapi…
Entah mengapa
dirimu hanya tersenyum?

Diriku sahabat…
Selalu… dan selalu saja
membuatmu sakit hati…
Tidak hanya sekali..
Bahkan berkali-kali
Ku ulangi kesalahan-kesalahanku
Tapi…
Entah mengapa
Pabila ku mintak maaf,
dirimu selalu cakap "takde ape-apelah"?

Hinanya diri ini
kesalahan diri ciptaan sendiri
yang perlakuan tindakan tanpa fikir
maaf atas segala yang berlaku
tak ingin kuulangi
buat kesekian kalinya..

Amarah yang kau pendam
lahir dari perbuatanku
dan aku mengerti..
sekiranya kau membenciku
lalu menyisihkan diriku.....

Jika tiada maaf bagimu
apalah daya ku...
kerana yang bersalah adalah aku
seorang insan yang tak punya apa
hanya sekeping hati
yang merasa berdosa....

Maafkanlah..
kesilapan itu kesilapanku
luahkanlah apa yang kau mahu
aku tak kisah

Namun..
Malam itu membuatku menangis
Malam itu membuatku bersedih
aku kaku
aku kelu
kerna aku dicurigai
mengaku atau tidak,
tiada bezanya
aku harus menerima
kerna aku memang berhak
menerima kaffarah terhadap kesilapan laluku
akulah pendusta
akulah penceroboh
akulah pengkhianat
akulah...
AKULAH....
AKULAHHH.......!!!

Cukup sudah kau menderita
kini biar aku pula menanggung peritnya
maafkanku..
sebuah kemaafan
hanya itu yang ku pinta
darimu.., TEMAN.....



sekian..........................


copy from Izzah0404 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=849.0




Sunday, October 23, 2011

{ MOGA ALLAH ANUGERAHI KASIH SAYANG }




Bismillahirrahmanirrahim...

“… MAKA SAAT ITU, TADAHLAH TANGANMU YANG BASAH BERSAMA KEMURNIAN WUDHUK DAN AIR MATA KEINSAFAN. ALLAH PASTI HADIR DEKAT DENGAN JIWAMU UNTUK MENDENGAR SEGALA ISI HATI YANG LUKA …”



Salam seindah kasih sayang Ilahi. Syukur dapat kita bertemu kembali di ruangan ini. Untuk paparan akli ini, suka saya untuk mengungkap tentang erti DOA dan HARAPAN dalam bentuk gurindam agar ia mudah diINGAT, mudah diHAFAL dan mudah dijadikan PEDOMAN HIDUP.

Saya percaya, setiap kata-kata yang tersusun indah adalah terapi yang tanpa disedari dapat melembutkan hati lantas menjadi jejak-jejak mula dalam membentuk akhlak luhur seperti mana yang dituntut oleh junjungan mulia, RASULULLAH SAW.

Doa umpama cahaya terindah,
Memujuk jiwa yang sedang gundah.

Doa senjata setiap Mukmin,
Bermula ‘Bismillah’ dan disudahi ‘Amin’.

Doa anugerah dari Yang Esa,
Tanda kasih seluas angkasa.

Dengan doa teguhlah harapan,
Hati mekar bersama impian.

Muslim sejati selalu berdoa,
Kala gembira mahupun berduka.

Doa disebut setiap ketika,
Menghalang bisikan syaitan celaka.

Kala berdoa beradab sopan,
Berakhlak santun menghadap Tuhan.

Dalam doa ada harapan,
Dalam harapan pahala berganda.

Allah tidak nampak di mata,
Tetapi bergetar di dalam jiwa.

Bergantung hidup pada manusia,
Esok lusa dia kan lupa.

Bergantung harap pada Ilahi,
Hidup pasti lebih diberkati.

Ketika insan lain hampir tidak percaya dengan dirimu, memandang serong terhadapmu, meletakkan dirimu bagai tidak berharga, seolah-olah dunia ini gelap dan gelita, tiada tempat untuk meluah, pintu dunia seakan terkunci untuk diceritakan segala resah dan kekecewaan yang bersarang di jiwa….
…. Maka saat itu, tadahlah TANGANmu yang BASAH bersama KEMURNIAN WUDHUK dan AIR MATA KEINSAFAN. ALLAH pasti hadir DEKAT dengan JIWAmu untuk mendengar segala isi hati yang luka….
….kerana Dia Maha Mendengar….
….betapa kasihnya Khaliq kepada manusia yang kadangkala hanya MERAYU dan MEMINTA di saat SUSAH dan GELORA.

Selepas solat panjatkan doa,
Zikir dan tasbih peneman utama.

Dengan mengingati Yang Maha Pemurah,
Hati bersih tiada gelisah.

Tika berjaya usahlah leka,
Bimbang ditarik nikmat yang ada.

Betapa besar rezeki digapai,
Selalu bersyukur tak pernah lalai.

Percayalah, Allah menguji dengan kesusahan untuk mendengar luahan makhluknya yang mungkin telah lama bisu dan tidak berbicara kepada-Nya.
Hari ini menangis dalam doa, esok lusa jangan pula menjadi kufur atas segala kesenangan yang diperolehi.

Sebagai insan dikurnia akal,
Selepas berdoa jalinkan tawakkal.

Dengan tawakkal kita berserah,
Jika gagal bukanlah musibah.

Gagal hanya satu pengajaran,
Baiki diri di masa hadapan.

Allah suka orang berusaha,
Kerja keras ibadah mulia.

Gigih dan tekun ciri terpuji,
Berteman doa kepada Ilahi.

Jika hati berpaksi Allah,
Ujian melanda bukanlah masalah.

Selagi ada nyawa di badan,
Ayuh bangunkan segala wawasan.

Tiada bumi tak ditimpa hujan,
Apa terjadi satu peringatan.

Semoga madah-madah gurindam ini terakam dalam memori para pembaca untuk dijadikan koleksi kata bestari yang selalu menghubungkan kita kepada Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram. Itu janji Allah dalam kitab suci Al-Quran. Jika Allah tidak memberi janji, masihkah ada manusia yang tidak percaya???

Harungilah ujian kecil dunia agar kita hebat mendepani ujian lebih besar di akhirat.
Allah kasih ~ Muhammad kasih ~ InsyaAllah
Masa depan di akhirat terjamin indah berkat ketaatan dan doa yang kita sebutkan dalam diari seorang Mukmin bertaqwa.

Sehingga kita bertemu lagi
Doa dan harapan terus mewangi di TAUTAN HATI…



Rujukan:
Majalah Gen-Q, Vol 01 Isu No. 03 : Dari Mata Turun Ke Hati – MOGA ALLAH ANUGERAHI KASIH SAYANG, Ahmad Fedtri Yahya (Personaliti TV3), m/s 26.



Thursday, October 20, 2011

{Put Yourself In Other's Shoes}



Bismillahirrahmanirrahim...


Maksud firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." (al-Hujurat : 12)


Imam Fakhruddin ar-Razi menghuraikan pula dalam Tafsir ar-Razi apa yang disebut dengan sangkaan berdasarkan ayat di atas dengan berkata :

"Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh-sungguh memastikan kebenarannya) dan penyelidikan yang dalam "

Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran.



Seorang lelaki dari New York diajak untuk menghadiri satu majlis makan2 oleh rakan Koreanya sempena satu majlis. Pabila dihidangkan dengan makanan yang pelbagai, bermangkuk-mangkuk dan berpinggan-pinggan, sehingga dia tidak tahu apa yang perlu dimakan dahulu, bahkan tanpa mengetahui apakah jenis makanan itu, ia hanya meminum air dan meminta diri untuk pulang. Setelah pulang, ia mengkhabarkan dan merungut kepada rakan-rakan yang lain bahawa makanan Korea langsung tidak sedap, tidak berkhasiat dan sangat celaru serta menyusahkan!


Jika diperhatikan, apakah kesilapan terbesar lelaki New York tersebut?...

Ya, ia tidak mahu menjadi dan meletakkan dirinya dalam masyarakat Korea itu, tanpa menyiasat dan bertanya, ia terus menghukum, sedangkan ia langsung tidak mengetahui bagaimana dan apakah keadaan yang sebenarnya.

Jika ia sudi meletakkan dan menyesuaikan dirinya dengan masyarakat Korea, maka ia akan mengetahui bahawa makanan-makanan itu tidaklah secelaru sebagaimana ia fikirkan, ia mempunyai peraturan dan cara makan yang tersendiri. Bahkan makanan Korea telah diakui secara saintifiknya ia adalah antara makanan kesihatan yang terbaik di dunia. Selain bahan bahannya, ia menitik beratkan seni penyediaan, prinsip asas iaitu lima warna, merah, hijau, kuning, putih dan hitam menjadi perkara yang perlu ada bagi setiap hidangan. Jika ia mengkaji lagi, makanan Korea menjadi berjenis-jenis itu adalah kerana sejarah seorang maharajanya yang terlalu teliti dalam soal makanan, maka tukang masak istana menyediakan makanan sedemikian rupa.

Sekarang, jika ia mengetahui betapa istimewanya makanan tersebut, adakah ia akan melepaskan peluang untuk mencuba? Adakah ia akan merungut? Atau adakah ia akan terus berasa jengkel?...

Qurra' yang dikasihi,




Hidup kita di dunia bukan seorang diri, bahkan dijadikan Allah berbilang bangsa untuk saling mengenali. 

Hakikat kehidupan, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai keadaan dan ragam manusia. Jika kita mengamalkan sikap untuk menghukum tanpa mengetahui apa yang sebenar, layaklah gelaran kera sumbang untuk diberikan. Kita tidak akan dapat menilai dan mengetahui apa yang sebenarnya jika kita hanya melihat kepada diri sendiri, setiap yang kita suka tidak semestinya disukai oleh yang lain. Inilah yang memerlukan kita untuk berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan dan sikap pihak yang lain, menyelami permasalahan dan situasi sebenar, barulah kita akan mengetahui punca sesuatu terjadi.

Maksud firman Allah SWT :
"Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal "(al-Hujurat : 13)

Bukan sekadar dapat mengetahui lapisan atas permasalahan atau keadaan yang berlaku sahaja, bahkan bersikap meletakkan diri dalam situasi pihak lain juga membekalkan kita dengan pelbagai maklumat tambahan sebagai bonus, lihat saja contoh si lelaki New York tersebut, ia malah bakal memperoleh maklumat tentang sejarah makanan Korea jika di selidiki. Maklumat tambahan sedimikian akan menjadi nilai tambah untuk kita dalam mengenal dan membaca situasi, menyelesaikan permasalahan yang sebelumnya tersimpul, mengelakkan konflik dan sebagainya.

Dalam bersahabat, berjamaah, berorganisasi, tidak dapat tidak untuk kita berusaha meningkatkan kebolehupayaan dalam mengenal dan memahami situasi pihak lain. Jika ini tidak berlaku, pastinya konflik bakal timbul dan akan lahirlah sikap nafsi-nafsi. Melihat hanya diri sendiri yang betul dan hebat, memandang rendah pendapat yang lain, seolah-olah hanya kita yang diberi akal oleh tuhan. Sikap cepat menghukum, seolah-olah kita tahu segalanya tidak lain hanya akan membawa kepada kemudharatan, maka elakkanlah, yang demikian, usahakan apa yang dikatakan Put Yourself in Other's Shoes "


Satu kisah Rasulullah SAW juga pernah disangka buruk sepertimana yang direkodkan dalam satu hadith sohih, maksudnya :
Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata : " Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah " ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi).

Baginda menjawab : " Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid al-Walid berkata : " Adakah perlu aku memenggal kepalanya " (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad)

Baginda menjawab : " Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat ".

Khalid berkata : " Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata sesuatu yang tidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas : " Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka "

( HR : Bukhari & Muslim )

Lihat, bagaimana cara Rasulullah SAW, baginda sendiri tidak terus menghukum lelaki itu oleh kerana sifat manusia yang tidak mengetahui apa yang tersembunyi melainkan dengan izin Allah, apatah lagi kita yang biasa-biasa ini. Wallahu'alam...saya undur dulu.




Tuesday, October 18, 2011

~ Perjalanan TERAKHIR ~





* MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
> Tempat berlepas : Kehidupan dunia.
> Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
> Destinasi : Akhirat.
> Masa berlepas : Ketika didatangi malaikat.
> Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut.
> Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak akan berubah.





* SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta mengambil PERHATIAN kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan MENINGGALKAN KEHIDUPAN di dunia dan MENUJU KE AKHIRAT. Sila perhatikan  ketua anda (pilot) yang dikhaskan iaitu MALAIKAT MAUT. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan HADIS-HADIS Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulama' dan cendikiawan.

*BARANG-BARANG MUATAN YANG DIBENARKAN
  • 5 meter kain kafan putih. 
  • Kapas putih secukupnya.
  • Muatan lain yang dipertimbangkan: (1) Amal soleh, (2) Sedekah jariah. (3) Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya, (4) Ilmu yang bermanfaat.
*PERHATIAN
Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa tidak mematuhinya akan DIDENDA.

*SAAT PADA WAKTU BERLEPAS
Semua penumpang yang sudah mempunyai TIKET, PASSPORT atau TIDAK MEMPUNYAI KEDUA-DUANYA, hendaklah bersiap sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

*DIULANG
TEMPAHAN perjalanan adalah sesuatu yang TETAP dan PASTI, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.


Firman Allah dalam surah al-Kahfi, ayat 110:
"Barangsiapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu.




~ Adab Untuk Wanita ~



 ______________________________________________


Wednesday, October 5, 2011

:: ALLAH meRaNCaNG DeNgAn CINTA-NYA ::


....بسم الله الرحمن الرحيم 
-السلام عليكم-


•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.

 

hye korang.. sehat? seperti biasa.. senyum and baca sampai habis ye.. (^_^)



semua orang ada harapan dan cita-cita masing-masing.. kan? kita merancang dengan kehendak kita.. dengan cita-cita kita.. tapi.. Allah merancang sesuatu untuk kita.. dengan berlandaskan Cinta-NYA kepada kita..


oklah.. macam ni.. sebagai seorang manusia biasa.. kita tak dapat nak mengelak, nak itu, nak ini.. kalau boleh kita nak semua yang kita mintak Allah makbulkan.. betul?


dengan harapan yang macam tu.. bila ada yang kita nak, tapi Allah tak makbulkan kita akan kecewa dan menyalahkan DIA.. padahal sesungguhnya.. ALLAH sedang merancang yang lebih baik lagi untuk kita..


tahukah kita, bila kita menyalahkan takdir-NYA, DIA tak rugi apa-apa pun.. tapi kita lah yang rugi.. sebab gagal memahamkan diri yang DIA sedang menyediakan sesuatu yang lebih BAIK untuk kita dengan rasa cinta-NYA kepada kita..


faham?


contohnya.. kita nak kekayaan tapi Allah timpakan kemiskinan.. mungkin.. Allah nak didik kita.. siapa tahu kalau dengan kekayaan kita akan menjadi lebih alpa dan leka dengan kehidupan ni sampai lupa pada-NYA.. Allah lagi tahu siapa hamba-hamba-NYA kan.. DIA yang ciptakan kita.. mestilah DIA tahu.. kan?


lihat kembali pada diri masing-masing.. fahamkan hati.. tak kiralah apa jua yang menimpa kita.. hatta tercucuk duri sekalipun.. itulah tanda cinta Allah kepada kita.. samada kita tahu dan faham.. atau tidak je..



Allah sebutkan dalam Alquran yang mafhumnya berbunyi ''... boleh jdi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, & boleh jadi kamu menyukai ...sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak.." [2:216]

 

jangan kita bersangka buruk dengan Allah dan apa yang DIA tentukan untuk kita.. mustahil DIA saja-saja nak buat kita rasa sakit dan tersiksa.. DIA menguji.. cuba untuk memberi kita peluang muhasabah diri.. sedang berbicara dengan kita.. cuba untuk memahamkan kita.. yang "AKU ada denganmu melalui saat-saat penuh hampa ini.. AKU ada disampingmu untuk mendengar rintih tangismu.. AKU ada.. sesungguhnya pertolonganku hampir..carilah AKU, kamu tidak akan merasa kecewa.." 

 

Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”. 
(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)


jadinya.. kita kena yakin dengan apa saja yang ditimpakan oleh-NYA untuk kita.. tiada yang sia-sia.. kembalikan setiap rasa kita kepada-NYA dalam utaian doa dan rintihan kita.. DIA mendengar.. pasti..

 

jangan putus asa dengan Rahmat ALLAH ye!

kuat! kuat!


(^_^)


renung-renungkan.. dan selamat beramal..


wassalam~




Saturday, October 1, 2011

- IstiQaMaH, istiQaraH DaN iStigHFar -

Muslim sejati akan sentiasa mengingati Pencipta sekalipun berdepan dengan cabaran.

UNTUK berdepan cabaran hidup, kita perlu memiliki pegangan dan amalan iaitu istiqamah, istiqarah dan istighfar.





١- Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai: "kukuh dalam akidah dan konsisten dalam beribadah". Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud,

dari Abi Sufyan bin Abdullah berkata, " Aku telah berkata, 'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau'. Nabi menjawab: "Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah'." (Hadis Riwayat Muslim).

Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan dalam menghadapi hidupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan maksiat.

Orang seperti ini dipuji Allah SWT melalui firman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu'"
( Fusshilat: 30) 
 

٢- Istikharah pula dapat didefinisikan sebagai, selalu mohon petunjuk Allah SWT dalam setiap langkah dan penuh pertimbangan dalam setiap keputusan. 

Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berbicara dan melakukan suatu perbuatan. Namun, menurut Islam, tidak ada kebebasan tanpa batas, dan batas itu adalah aturan agama. Maka seorang Muslim yang benar, selalu berfikir berkali-kali sebelum melakukan tindakan atau mengucapkan sebuah ucapan serta ia selalu mohon petunjuk kepada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka berkatalah yang baik atau diamlah. (Hadis Al-Bukhari dan Muslim).

Orang bijak selalu berkata, berfikirlah hari ini dan berbicaralah esok hari.

Kalau ucapan itu tidak baik apalagi sampai menyakitkan orang lain, maka tahanlah, jangan diucapkan, sekalipun menahan ucapan itu terasa sakit. Tapi kalau ucapan itu benar dan baik maka katakanlah, jangan ditahan sebab lidah kita menjadi lemas untuk meneriakkan kebenaran dan keadilan serta menegakkan amal makruf nahi mungkar.

Mengenai kebebasan ini, malaikat Jibril pernah datang kepada Muhammad SAW untuk memberikan rambu-rambu kehidupan. Baginda bersabda yang bermaksud,
"Jibril datang kepadaku dan berkata: 'Hai Muhammad hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau suatu saat akan mati. Cintailah apa yang engkau sukai tapi engkau suatu saat pasti berpisah juga dan lakukanlah apa yang engkau inginkan, sesungguhnya semua itu ada balasannya,'" (Hadis Baihaqi dari Jabir). 

Sabda Nabi SAW ini semakin penting untuk diresapi ketika akhir-akhir ini dengan dalih kebebasan. Banyak orang berbicara tanpa logik dan data yang benar dan bertindak sesuka hati tanpa mengendahkan etika agama.

Kita memasyarakatkan istiqarah dalam segala langkah kita, agar kita benar-benar bertindak secara benar dan tidak menimbulkan kekecewaan pada kemudian hari.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak akan rugi orang yang beristiqarah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah dan tidak akan miskin orang yang hidupnya hemat. (Hadis Thabrani dari Anas)

٣- Istighfar pula dapat diertikan sebagai bermuhasabah diri dan mohon ampun kepada Allah SWT. Setiap orang pernah melakukan kesalahan, sama ada kesalahan individu atau kesalahan sebagai sebuah bangsa. Setiap kesalahan dan dosa itu sebenarnya penyakit yang merosak kehidupan kita, ia harus diubati.

Banyak persoalan besar yang kita hadapi akhir-akhir ini adalah akibat kesalahan kita sendiri. Muhasabah diri dan pohonlah keampunan kepada Allah SWT. Buatlah pembetulan untuk masa depan yang lebih cerah dengan penuh keredaan Allah SWT.

Dalam persoalan ekonomi, jika rezeki Allah SWT tidak sampai kepada kita disebabkan kita malas, maka yang perlu diubati adalah sifat malas itu. Kita tidak boleh menjadi umat pemalas. Malas adalah sebahagian musuh kita.

Namun, ada kalanya kehidupan sosial ekonomi sebuah bangsa yang mengalami kesulitan. Kesulitan itu disebabkan dosa masa lalu yang bertompok dan belum bertaubat darinya. Jika itu penyebabnya, maka satu-satunya ubat adalah beristighfar dan bertaubat.

Firman Allah SWT yang mengisahkan seruan Nabi Hud kepada kaumnya yang bermaksud,

"Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52). 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::