CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 17, 2011

Bukan Niatku



Album : Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 - Nasyeed Underground
Munsyid : Devotees




Berjanji ku
Di suatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya




Thursday, September 15, 2011

IKTIBAR DARIPADA SEBATANG PENSEL

Iktibar Daripada Sebatang Pensel


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”
“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu PENSEL ini.”
“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.
“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada 5 nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”
“Ya, ibu.”

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun, kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau dalam pensel? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kami akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka. Ulang-ulangkanlah!



Rujukan:
Majalah Solusi, Isu No.35 (m.s 31)




SAHABAT DUNIA AKHIRAT

SAHABAT DUNIA AKHIRAT


Memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita yang akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita.

Secara umumnya, kita melihat orang baik akan bersahabat dengan orang baik dan begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan 2 orang yang bersaudara adalah seperti 2 tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailami)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi(yang menghembuskan bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala, tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.


SIFAT SAHABAT YANG MULIA

1.  Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
Seorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan patuh perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.

2.      Menutup keburukan dan kekurangan sahabat.
Tidak menceritakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut.
Daripada Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menutup keburukan sahabatnya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)

3.      Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.

 4.      Menyebut kebaikan.
Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.

5.      Mudah mengalah.
Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.

6.      Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat. Bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.

SAHABAT YANG PERLU DIJAUHI

1.      Mementingkan diri sendiri.
Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi. Mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara. Keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan dan harta dunia.

2.      Pengampu.
Setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju, tidak kira sama ada perkara itu betul ataupun salah. Apabila di hadapan, dia memuji kita. Namun, di belakang kita, dia merendahkan dan mungkin mengkhianati kita.

3.      Pemboros dan suka hiburan.
Apabila seronoknya datang, dia menjadi kawan yang setia. Dia senang menjadi sahabat jika kita suka berhibur, berkeliaran dan ‘melepak’ pada bila-bila masa, serta suka ke tempat-tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan.

4.      Membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.
Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati jalan-jalan kemungkaran. Hidupnya penuh dengan ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.

5.      Suka berbantah-berbantah.
Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.

Berhati-hatilah memilih sahabat kerana ia menjadi cermin kepada keperibadian kita. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


Rujukan:
Majalah Solusi, Isu No.35 – Ulfah, Hj. Zainuddin Ali (m.s 24)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::