Thursday, June 30, 2011
Selamat Pengantin Baru Kak Ina & Abg Azraf (30 April & 1 Mei 2011)
Posted by A'ainAbirah at Thursday, June 30, 2011 0 comments
Kisah cuti2 part 2
Assalammualaikum wbt.
Apa khabar rakan2 semua? Smoga smuanya sihat2 belaka. Ana? Alhamdulillah, sihat. Dh baca cuti part 1? Hmm, maafla mngmbil masa y lama utk update cuti part 2 ni..penyakit malas melanda! Astaghfirullahal'azim..
Sbnrnya xde pape pun nk cerita, saja nk coretkn sbg kenangan..coretkn dlm diari? Boleh je tp t xmuatla..xpela, ana nk coretkn dlm blog ni..alamak, dh bersawang rupanya blog ni=(
Okla kita smbung kisah cuti part 1 tu ye? Dh balik dr KMP tu, make ana pun btungkus-lumus la mngulangkaji tp cm biasalah,xblh fokus..aduh2x..knapa ni? Tp bila fikir bhwa exam ni penting, malas ke apa ke..perasaan tu kena buang jauh2! Alhamdulillah la spnjg study week ni, ana dpt studi dgn baik wlaupun take time utk fokus..mata fokus pd buku namun tgn & mulut? Xterlepas drp mknn..adoi2=)
Utk pngetahuan kwn2 jg, dlm tempoh studi week ni..bz jgklah ana menyiapkan pamplet utk 1 program di maktab ana @ lbh dkenali sbg Institut Pendidikan. Hari Jumaat iaitu hari terakhir sesi pmbljrn utk sem ni, ana & rkn JPP y lain perlu mngnjurkan Perhimpunan Organisasi, Sambutan Hari Guru bg tahun 2011 & Majlis Watikah Pelantikan JPP Sesi 2011/2012..fuh! program 3 dlm 1 tu! Bz xterkata la kn..org lain dok syok studi, ana & rkn2 dok uruskan program ni, namun alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak..program ni bjln lancar & mndpt kritikn y mmbina dr pensyarah2, staf ipg & rkn2=)
Keesokkn harinya kami tiba di Tnjung Malim..d cni kami smua bhnti utk mnunaikn solat Subuh & mkn2..slps itu trus btolak ke Melaka krn dgr khabar sepupu ana bakal malafazkn akad nikah jam 9.30 pg. Alhamdulillah..dlm pkul 9.30 kami tiba d rumah pengntin prempuan iaitu d Alai, Melaka..sempat juga kmi mlihat & mndgr lafaz akad nikah tsebut. *Tiba2 ana rasa sedih..mcm mana la nnt swaktu ana bkahwin dgn dia, pemilik cinta ana slps Allah & Rasul? Subhanallah..tidak sabar mnnti saat itu namun bila fikirkan adakah mak & abah akan mlepaskan ana pergi..ana terdiam, terpaku..nntilah fikir, lmbt lg kn?
Stlh tmt sesi akad nikah tu, kami semua dbawa ke homestay Alai..wah!cantik..berbaloi2 dgn duit tmbg y dbyr=) Di sinilah kami smua membersihkan diri, mnunaikan solat kmudian bgegas pula ke kenduri pkahwinan sepupu ana. Alhamdulillah, ramai y dtg..Ya Allah, aku memohon kpdMu spaya Kau rahmatilah klaurga y baru dibina ini dunia akhirat..Amin. Ptg tu plk dlm pkul 6 ptg, kami semua dibawa bjln2 di Bndar Hilir Melaka..smua bpecah mngikut haluan masing2..ana mstilah dgn mak & adik..smpt g mgmbil gambar bbrapa keping sbg kenangan. Esok pagi,slps bsarapan kami bolak pula ke Nilai. Stlh itu, kami btolak pulang ke Putrajaya, ronda2 dgn bas kmudian dlm pkul 6 ptg btolak ke Kedah. Alhamdulillah dlm pkul 3 pg kami tiba di Kuala Kedah. Slps itu, ana & kluarga btolak pulang ke Perlis & tiba di rumah dlm pkul 4.30 pg. 1 perjalanan y mmbawa & mmberi beribu kenangan bsama ahli keluarga sblh abah..t.kasih ya Allah!
Posted by A'ainAbirah at Thursday, June 30, 2011 0 comments
Labels: ::mine::
Thursday, June 16, 2011
Cuti part1
Smlm baru pulang dr rumah shbt bik ana tu..stlh sminggu d rumahnya. B4 tu..dia dh 2 mggu lbh kt Perlis, mulanya jd AJKO d KMP kmudian dtg ke rumah ana pula. Best sgt cuti ni kn shbt? Mula dgn hari ptama shbt baik ana dtg cni (19 Mei 2011)..kami sama2 smbut Besday Fasihah & Aen kt ipg Perlis. Mmg nk smbut hari sabtu namun bila dfikirkn shbt baik ana ni ada tugas sbg AJKO d KMP..takut dia xdbenarkan kuar..dan mmg sah dia xblh kuar g mana2, kena jlnkn tugas sbg AJKO. Pd hari shbt ana dtg hritu, ana sdg mnduduki
Posted by A'ainAbirah at Thursday, June 16, 2011 1 comments
Labels: ::mine::
Wednesday, June 1, 2011
::B4 berta'aruf::
Wahai ikhwan jangan mudah untuk kau mengatakan ta’aruf dengan seseorang. Fahami duhulu apa erti ta’aruf itu sebenarnya sebelum kau berani mengatakannya. Jangan dikotori sucinya makna ta’aruf itu sendiri, sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum sedia untuk menjalaninya.
Mampukah setiap dari kita memikul semua perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat? Cinta harus diuruskan dengan baik, terutama cinta pada Allah SWT, Rasulullah SAW, cinta terhadap orang-orang soleh dan beriman. Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau bahkan melanggar syariat Allah SWT.
Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:
1.Melakukan Istikharoh dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.
2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak
3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya. Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.
4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.. Namun ingat, pihak lelaki jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.
5.Keluarga pihak lelaki mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan, juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.
7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.
Posted by A'ainAbirah at Wednesday, June 01, 2011 0 comments
Labels: ::jodoh::