CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 29, 2010

DI SEBALIK DUGAAN ALLAH ADA HIKMAH TERSELINDUNG





Di sebalik dugaan ALLAH...ada hikmah terselindung..


KENAPA AKU DIUJI??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU x DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." 


(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??

"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??

"Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dr-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah"



(by Elya Muslimah Islam : Wanita Solehah, tidak Memandang & tidak Dipandang)



Thursday, October 28, 2010

Bingkisan Buatmu Duhai Muslimah



Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?


Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.



"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." 
(Mutafaq 'alaih)



Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.



"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."

(Mutafaq 'alaih)


Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.


Tuesday, October 26, 2010

ARAH




Ku sendirian di himpit sepi 

Mencari arah di alam mimpi 
Adakah masih ku kesampaian 
Atau terputus di tengah jalan 
Mendamba kasihMu Tuhan



Sanggupkah aku menahan siksa 
Menanggung dosa yang ku lalui 
Ku serah diri padaMu Tuhan 
Terima segala taubatku 
Dengarlah rintihan hatiku 

Ke mana arah yang harus aku lalui 
Adakah masih di sini 
Perit tak terhingga

Aku mengharap padaMu Tuhan 
Bawalah jalan menuju cahaya 
Sesal tak terkata 
Kerdilnya diriku di sisiMu


Saturday, October 16, 2010

"KEMBALI"

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan




*lagu ini dipetik drp kump Far East, tajuk lagu: KEMBALI
*klau kita betul2 menghayati lagu ini, pasti akan mengalir air mata keinsafan
*sesungguhnya kita ini insan yang sangat kerdil..kita la penentu sama ada kita ini hina @ x di depan ALLAH kerana kita diberi akal n kita diberi pilihan dalam setiap tindakan kita
*wallahua'lam

Thursday, October 14, 2010

Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan

Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan

by Mohd Hakim Mohd Nor


1.0 Pendahuluan

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan! 

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

 النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى ,nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

2.0 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina. 

Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah  untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh. 

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.

3.0 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak. 

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya... 

4.0 Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya.  Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)







Friday, October 8, 2010

Kisah Bukti Cinta Umar Bin Abdul Aziz Utk Isterinya Bukan Dgn Emas & Permata

Setelah sekian lama ana meninggalkn ruangan blog ni, sibuk dgn mcm2 tugasan.. Ana rindu utk b'kongsi dgn teman2 yg melawati blog kami ni.. Ana kembali dgn kisah cinta Umar bin Abdul Aziz.. Knapa ana memilih tajuk cinta??? Hal ini krn, pe yg kita lihat zaman skrg,anak2 muda..remaja2 kita kini sbuk dgn psgn2 msig2 tnpa m'hiraukn halal & haram..dosa & pahala..Na'uzubillah..moga2 kita dihindarkn dr perkara2 sperti ini..ameen.. 


Ana nk kita sama2 fikir,tjuan sbenar kita hdup di dunia ni.. Sblm kita lahir,msih dlm kndugan ibu, kita tlah buat p'janjian dgn Allah SWT utk m'jdi hamba yg taat.. Kita telah BERJANJI!!! Ana ulang skali lg,KITA TELAH BERJANJI!!! Apa pntas kita utk memungkiri jnji yg tlah kita ungkapkn??? Siapa kita?? Sedarlah sahabat2 sekalian..Dunia ni dh x lama.. Bekalan kita msih x ckup utk kita sdiakn pd hri besar(hari kiamat) kelak..


Ana b'pesan pd diri ana & juga kpd shbt2 yg ana sygi krn Allah.. Ingatlah kembali asal usul kita.. Jgn kita alpa dgn kesenangan dunia yg sementara.. Jgn kita leka dgn cinta mnusia yg x kekal slamanya.. Kejarlah cinta Ilahi yg shbt2 sume x akan kecewa memilikinya..Malahan, shbt2 akn merasakn betapa nikmatnya, mnisnya cinta Allah SWT yg abadi itu.. Ayuh shbt2!! Kejarlah cinta Ilahi yg hakiki.. Allah SWT snts b'sama kita..


Wallahu'alam..

~Kisah Bukti Cinta Umar Bin Abdul Aziz Utk Isterinya Bukan Dgn Emas & Permata~

Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat m'jadi khalifah & Amirul Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kpd Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan, isteri tercinta. Umar b;kata kpdnya, "Isteriku sayang, kanda harap dinda memilih 1 di antara 2."


Fatimah b'tanya kpd suaminya,"Memilih apa,kekanda?


Umar bin Abdul Aziz menerangkan,"Memilih antara perhiasan emas berlian yg dinda pakai dgn Umar bin Abdul Aziz yg m'dampingimu."


Kata Fatimah, "Demi Allah, dinda tdak memilih pendamping lbih mulia drpdmu, ya Amirul Mukminin. Inilah permata & seluruh perhiasanku."


Kemudian, Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima smua perhiasan itu & menyerahkannya ke Baitul Mal, khazanah negara kaum Muslimin. Sementara Umar bin Abdul Aziz & keluarganya makan makanan rakyat biasa, iaitu roti & sdikit garam.


p/s : Lihatlah betapa cinta mereka yg tdak mementingkn harta dunia..Yg pentg p'damping yg disygi msih setia di sisi..Moga2 b'kekalan hgga ke syurga..amin...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::