SALAM LEBARAN
Harini 5 Syawal 1431 H. Xsgka..dh 5 hari d bln Syawal..cepatnya masa..Ahad ni dh nk balik maktab..xnak balik maktab,boleh?? Assignmentssss..BI: hafal skrip & laporan survey, PI: sirah & dokumentasi, BM: hafal pidato..da lg ker??? Xde mood nk buat assgnments ni..klau boleh mnx + cuti lg 2 minggu kn best..tp MUSTAHIL. (hampa)
Td on9 facebook..best tgk kt 'home facebook'..pe yg bestnyer? Ha..yg bestnyer..dpt tgk gmbar kwn2 SMKAA dulu beraya..dh besar diorang ni..Dalila, Shikin, I-teng, Dayah, Hanim, Bib, Adib, Shahida dan ramai lagi.. RINDU kt korang semua..hanya ALLAH yg tahu betapa ana rindu korang semua (sedih).
Smlm pergi rumah Suhaili..pastu g 'Paya Burma'..eh2..xjd p pun..Mimi, Nana & Nadzirah xde..hmmm..xde rezeki nk jumpa agknya..next time mybe..insyaAllah. Bila korang nk mai rumah ana pulak??? (tertanya-tanya).
Smlm rojer2 Shahida (kwn SMKAA dulu)..dia ada ajk beraya ke rumah cikgu Hasni, cikgu Tipah..ustazah Faridah..tp..maaf..ana malu..segan (segan d cni bmksud 'malu'..bkn 'malas'..rujuk Kamus Dewan)..lama xjumpa cikgu2 SMKAA..cikgu Rosli, cikgu Aslina..alamak..dh lupa..huhu..maaf2..tp yg penting ana rindu cikgu2..(bila boleh bertemu ea??)
Kenapa cepat sgt hari2 berlalu..baru smlm terasa d sekolah..(mood sedih lg). Waktu d sek rendah..diri ini..mcm mana nk describe diri ini..biasa2 mgkin..kpd kwn2 STB..ana rindukan kalian jg. Azwenda (kwn baik masa drjah 3), Iffah, Nadiah, Iylia, Ainul, Halimatun (d mana kamu skrg??), Izyan (kwn tuisyen), Husna...ya ALLAH..knapa ana lupa semua nama kwn2 ni???
....................................................................................................................................................................
Selain itu..ana rindu sepupu2 ana yg dh pulang ke rumah masing2..Kaklong, Najmah, Ain, Izzah, Nashrah..Kakak (Fatehah)..raya haji nnti jumpa lg ea? Td kt facebook..kakak kata raya thn depan pkai jubah pulak..haha..beres..no problem..insyaAllah.
Rindu ini jg ana ingin tujukn kpd TEMAN SEJATI ana..A'AIN HIDAYAH & keluarganya..Ummi, Abah, Kak Ina, Kak La & Adik..kalau free2..maila Perlis yg Indah lg Permai ini. Teman..sahabatmu ini rindu sgt akan kamu..sunyi tanpa kamu..benci kamu! (dgn kata lain yg sebenarnya..SANGAT SAYANG KAMU!)..
....................................................................................................................................................................
Ana juga rindu akan diri ana..d mana ana yg ceria? periang? d mana ana? d mana?
....................................................................................................................................................................
Abah..anakmu ini rindukan abah..8 tahun abah tinggalkan kami..semoga rohmu dicucuri rahmat Ilahi..ya ALLAH..tempatkanlah abahku dalam kalangan orang yang beriman..kurniakanlah abahku syurgaMu..jauhkanlah abahku drp azab nerakaMu..Amin ya Rabbal Alamin.
....................................................................................................................................................................
Tuesday, September 14, 2010
::Lebaran::
Posted by A'ainAbirah at Tuesday, September 14, 2010 3 comments
Labels: ::mine::
Cinta kepada-Mu
Posted by A'ainAbirah at Tuesday, September 14, 2010 0 comments
Labels: ::cinta::
aku merinduimu,sahabat...
Posted by A'ainAbirah at Tuesday, September 14, 2010 0 comments
Labels: tautanhati
Wednesday, September 8, 2010
Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Posted by A'ainAbirah at Wednesday, September 08, 2010 0 comments
Kisah Benar Gadis Bertudung
Kisah Benar gadis Bertudung..
"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?
Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa: apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...
Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah.
Posted by A'ainAbirah at Wednesday, September 08, 2010 0 comments
Labels: ::muhasabah::, ::muslimah::
Sunday, September 5, 2010
ibuku sayang..cepat la sembuh
Salam.
Emak ana demam. Semalam hanya selsema tp harini badannya makin panas. Pas sahur td..emak terus tido..klau bangun pun hanya untuk solat. Sepatutnya ana buat kek dgn mak harini tp dsbbkn emak demam, ana buat kek dgn adik bongsu ana..nasib baik blh mmbantu..pkul telur..dan mcm2 lg la. T.kasih, dik=)
Buat emakku tersayang..semoga cepat sembuh. Ana sayang emak krn ALLAH. Harini mknan emak xmasak..jd..abah g beli kt Bazar..bilalah ana nk masak ni?? Huu..entahlah. Masih tgh bljr memasak..xsehebat emak.
~cuba tgk adik bongsu ana..cbuk je dia kt tgh tu..dhla xnmpk muka, nmpk kaki ja~ EMAK..CEPAT SEMBUH |
Posted by A'ainAbirah at Sunday, September 05, 2010 0 comments
akak rindu adik2
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah diri ini masih hidup atas nikmat Iman & Islam. Jumaat yang lalu (3/9/2010)..anak didik ana, Nur Izzah ada kol ana. Tp akak mnx maaf dik..akak xingat wajah adik. Tp akak dh tgk gmbr adik td..baru ingat balik yg mana 1 Izzah. Izzah ni masa akak g sekolah dulu..seorang yg pemalu..sorg lg yg agk pemalu ialah Syahirah. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Nmpknya akak dh ada pengalaman utk bkomunikasi dgn pljr2 yg pendiam..t.kasih sbb bg akak pengalaman yg brmakna.
ni la izzah |
Adik2..akak rindu sangat2..bila blh jumpa lg ek? Teringin gk nk g sana lg..tp bila? Nk g dgn moto..jauh. Nk g dgn keta? Sapelah nk hntr. InsyaAllah..1 masa nanti kita jumpa. Adik2 akak nk ambil exam thn ni (UPSR)..belajar elok2..jgn nakal2..beri tumpuan dlm kelas..umur adik2 sama sje dgn umur adik akak, Amir. Korg msti berusaha bsungguh-sungguh dlm exam ni tau. Akak sayang korang!
Utk Izzah..akak mnx maaf sbb xbls msj adik. Akak xsempat nk membalas msj adik2..tp klau ada masa, akak balas ea? T.kasih sbb slalu ingat akak. Akak teringin nk hntr gmbar kita semua kt adik2 tp dilarang oleh pensyarah akak. Sbbnya takut mgganggu tumpuan adik2..xpe..nnti bila adik2 dh habis exam..akak akn hntr gmbar kita beramai-ramai..insyaAllah.
eh..atin..syahirah..izzah..lg 3 org akak ingt nama..huu |
huhu..xingat nama~ |
akak sayang adik2=) |
Posted by A'ainAbirah at Sunday, September 05, 2010 0 comments
.::SELAMAT HARI LAHIR, ADIKKU::.
Assalammualaikum.
Entry kali ni..hmm..xde apa sangat..cuma nk tunjuk gambar kek buatan sendiri..1st time buat. Kenapa ana but eh? Sebenarnya kek ini dibuat khas utk adik ana yang tersayang..MOHD ABD AZIZ B. AZMEE..SELAMAT HARI LAHIR YG KE-18. Hadiah untuk enta kek ni je..maaf..^^
ni umur 17..kn2?? |
ni umur 18 dh.. |
Posted by A'ainAbirah at Sunday, September 05, 2010 0 comments
Labels: .::sanah helwah::.
SUAMI ADALAH SYURGA & NERAKAMU
Allah subhanahu wa ta'ala berfirman (artinya) :
" Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta`at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menta`atimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Ibnu Jarir dan al-Baihaqi meriwayatkan ha-dits dari Abu Hurairah yang menyatakan bahwa Nabi Saw bersabda:“Sebaik-baik wanita adalah yang menawan hati-mu bila engkau pandang, taat manakala engkau perintah, dan menjaga hartamu serta memelihara kehormatan diri-nya ketika engkau tidak ada di rumah.” Kemudian Rasulullah Saw. membaca ayat tersebut di atas. (Qs. An Nisaa’ 4: 34).
Dari Abu Umamah ra, dari Nabi Saw beliau ber-sabda: “Tidak ada yang paling bermanfaat bagi se-orang (lelaki) Mukmin se-su-dah bertaqwa kepada Allah daripada memiliki isteri yang shalihah, yaitu jika ia di-perintah ia taat, jika ia dipan-dang menye-nangkan hati, dan jika ia digilir ia tetap ber-buat baik, dan jika ia diting-galkan (suaminya) ia tetap menjaga suaminya dalam hal dirinya dan harta suaminya.” (HR Ibnu Majah)
“ Siapapun wanita yang meninggal dan suaminya ridho kepadanya , maka dia akan masuk surga "( Ibnu Majah , Ath Tirmidzy , HR. Muttafaqun “Alaihi )
Al-Hushain bin Mihshan rahimahullahu menceritakan bahwa bibinya pernah datang ke tempat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam karena satu keperluan. Seselesainya dari keperluan tersebut,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya: “Apakah engkau sudah bersuami?”
Bibi Al-Hushain menjawab: “Sudah.”
“Bagaimana (sikap) engkau terhadap suamimu?” tanya Rasulullah lagi.
Ia menjawab: “Aku tidak pernah mengurangi haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu.”
Rasulullah bersabda: “Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, karena SUAMIMU ADALAH SURGA DAN NERAKAMU.”
(HR. Ahmad 4/341 dan selainnya, lihat Ash-Shahihah no. 2612)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku perintahkan seorang istri untuk sujud kepada suaminya."
"Dan tidaklah seorang istri dapat menunaikan seluruh hak Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadapnya hingga ia menunaikan seluruh hak suaminya. Sampai-sampai jika suaminya meminta dirinya (mengajaknya jima’) sementara ia sedang berada di atas pelana (yang dipasang di atas unta) maka ia harus memberikannya (tidak boleh menolak).”
(HR. Ahmad 4/381. Dishahihkan sanadnya olehAsy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Irwa` Al-Ghalil no. 1998 dan Ash-Shahihah no. 3366)
Dalam riwayat Muslim (no. 3525) disebutkan dengan lafadz:
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil istrinya ke tempat tidurnya lalu si istri menolak ajakan suaminya melainkan yang di langit (penduduk langit) murka pada istri tersebut sampai suaminya ridha kepadanya.”
Di dalam kisah gerhana matahari yang mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para shahabatnya melakukan shalat gerhana padanya dengan shalat yang panjang, beliau melihat Surga dan neraka. Ketika ...beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para shahabatnya:
Posted by A'ainAbirah at Sunday, September 05, 2010 0 comments
Friday, September 3, 2010
Wednesday, September 1, 2010
Pilih BUNGA atau MUTIARA,... ???!!
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═╝
Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: "Adakah anda bunga atau mutiara?" Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.
Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.
Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.
Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!
Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali 'Imran ayat 102):
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."
Kembalilah!
Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.
Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31)
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka..."
FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36)
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka."
Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?
Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!
Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman... daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah... yang bimbang hati anda menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan... meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah "aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia... Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku."
Renungan
Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri, "Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah." Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.
Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.
Katakan tidak!
Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:
1. Pakaian yang sempit dan jarang.
2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
3. Wangi-wangian dan solekan.
4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.
Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang... Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?
Bagaimana sepatutnya pakaian anda?
1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya."
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Malu dan iman adalah beriringan."
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31), "... dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka..."
Anda di dalam syurga
Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik." Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: "Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: "Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka." (Riwayat al-Tirmizi)
Semoga apa yang kita peroleh mendapat Keberkahan dan Rahmat dari Allah.. amiin...
===============
Dipersilakan bagi yang ingin share or copy or tag
semuanya milik bersama dan semoga bermanfaat
✿ Prinsip ABC ✿
✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru
Salam Da'wah wa Salam Ukhuwah
Keep Istiqomah wa HAMASAH
^_senyum_^
( Perhiasan Dunia-Akhirat ~ fb )
Posted by A'ainAbirah at Wednesday, September 01, 2010 0 comments
Labels: ::muslimah::, ::wazakkir::
bisikan malam...
gelora perasaan mencengkam di jiwa,
masihkah ada lagi dayaku menghindar dari kealpaan….
Diterjah berbagai persoalan,
dihujani airmata penyesalan,
bisakah terhapus semua segala dosa noda yang bertakhta sekian lamanya..
Terangi jalan hidupku,
dengan cahaya kasihMu,
pimpinlah daku dengan hidayahMu….
Tuhanku,,
di malam syahdu ku merayu,
ampunilah segala dosaku yang lalu,
sujudkan mendambakan keredhaanMu,
tempatkan daku di dalam rahmatMu...
Tuhanku,
di jiwa dunia membelenggu,
dan aku sesungguhnya pasrah padaMu,
hidup matiku hanyalah untukMu...
Ya Allah,
tunjukkan jalan kebenaran,
suburkan jiwaku dengan keimanan,
hanya padaMu Oh TuhanKu sandarkan harapan..
Posted by A'ainAbirah at Wednesday, September 01, 2010 0 comments
Labels: tautanhati