CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 17, 2011

Di manakah HIDAYAH?

Di manakah HIDAYAH?

 ~Antara Muhajarah dan Mujahadah ~


Kehidupan adalah kilauan fajar yang sangat indah dan memukau. Ramai manusia tertipu lalu menjadi pemuja hidup duniawi tanpa sedar hujung pangkal hidup. Sedangkan hidup ini seperti pedagang yang datang dan akan berangkat ke negeri lain. Walau seindah mana pun hidup di dunia, apabila semboyan dilagukan, dia terpaksa berangkat pergi.

            Ketaksuban kepada dunia telah melalikan matlamat serta misi hidup seorang manusia. Cara hidup jahiliah akan terus berputar bersama putaran masa di bawah langit dunia tanpa henti. Dalam kelalian itulah, manusia melupakan Tuhan. Dalam mengejar matlamat, manusia berlaku zalim sesama sendiri. Semuanya begitu sempurna kerana dalam gelap zulumat itu, kesakitan dan penderitaan ada bius hiburan yang merawat sehingga kesakitan jadi kian parah dan punah. Pun begitu pada satu saat, tiba-tiba pintu hati diketuk oleh cahaya HIDAYAH.

            Dunia menjadi sepi seketika kerana bahasa pertuturan bukan lagi bahasa lisan, sebaliknya suara hati yang meronta. Terasa hati dilimpahi dingin; ibarat air dari empangan yang pecah menyerbu masuk ke segenap rongga hati. Tubuh mulus tak mampu bertahan, air mata berjurai mengalir bersama irama sendu tangisan. Hari itu, dia menyungkur sujud penuh syahdu, bibirnya bergetar menyebut-nyebut nama Tuhan. Tuhan yang selama ini begitu jauh, terasa begitu dekat. Alangkah indah saat itu; pandangan hidupnya berubah, keinginannya turut berubah sama. Dia seperti menemui kembali kemudi hidupnya yang hilang entah ke mana selama ini. Dia ibarat terjaga daripada sebuah lena…tersentak daripada sebuah lamunan kepada sebuah realiti yang sangat bermakna dan berharga.



? Muhajarah dan Mujahadah

MUHAJARAH adalah gelaran bagi manusia yang melakukan hijrah dalam kehidupannya. Hijrah adalah tuntutan agama; orang kafir memilih Islam; orang derhaka kembali taat. Sementara MUJAHADAH adalah golongan manusia yang sabar,ikhlas dan istiqamah. Mereka dikenali sebagai golongan mukminin, muhsinin dan muttaqin. Hakikatnya, semua amalan manusia yang terkandung di dalam syariat ada di antara 2 tuntutan: 1) HIJRAH, 2) MUJAHADAH.

   Maksud HIJRAH adalah berpindah daripada perkara tidak baik kepada yang lebih baik. MUJAHADAH adalah melakukan suatu amalan baik dengan cara terbaik!


 ? Dari mana rasa untuk berubah ini hadir?

Untuk hijrah, semuanya bermula dengan ketukan hidayah intibahah ke dalam hati seseorang. Ia adalah rasa yang sangat dingin tapi sangat kuat sehingga mampu mengubah haluan hidup seseorang. Ia hadir dalam bentuk rasa yang menjadikan seseorang itu sedar daripada kelalaiannya dan memilih untuk melalui jalan Allah. Ia menjadi titik-tolak kepada satu fasa baru dalam kehidupannya. Dia akan ada kekuatan untuk membuat U-TURN  dalam hidup; mengubah cara hidup jahiliah kepada cara hidup bersyariat.

            Hidayah intibahah adalah percikan api kesedaran. Hanya cahaya Ilahi yang dapat menunjuk jalan kebenaran. Mereka yang berada dalam hidayah ini adalah golongan muhajarah; bersedia untuk berhijrah dan mengorak langkah melalui jalan Allah yang lurus.

? Selama mana rasa ini mampu bertahan dalam arus duniawi yang terus membadai

Seseorang itu perlu sedar bahawa fasa ini adalah tempoh bertenang dalam melalui jalan Allah. Dia perlu mengorak langkah ke fasa berikutnya dalam menjalani jalan Allah. Dia tidak boleh duduk diam dan perlu memahami apa sepatutnya yang perlu dilakukan. Dia perlu sedar bahawa kesedaran yang ada dalam dirinya saat itu, adalah ibarat starter yang menghidupkan enjin. Apabila enjin telah bergerak, starter tidak lagi berfungsi. Enjin digerakkan oleh seluruh bahagian lain yang lebih kompleks.

            Kita tidak mungkin terus-terusan memerlukan starter sepanjang masa enjin bergerak. Kerana ada perkara lain yang perlu dipersiapkan, barulah jalan akan teratur dan lancar. Ramai manusia yang tidak sedar akan hakikat ini, lalu tidak bertindak betul pada masa mendapat hidayah itu. Hasilnya, setelah rasa kesedaran itu pudar, dia kembali seperti dulu yang rosak, bahkan kadang2 lebih teruk dari dulu. Nau’zubillahi min zalik.

? Apa dan bagaimana untuk mengekalkan kesedaran itu

Perkara2 berikut perlu dilakukan dalam usaha untuk kekal di jalan Allah sehingga ke akhir hayat. Seluruh usaha ini perlu dilakukan sekuat mungkin dan inilah yang disebut sebagai MUJAHADAH:
1) Taubat dengan taubatan nasuha atas setiap kesalahan yang telah dilakukan. Taubat adalah perkara pertama yang perlu dilakukan setelah mendapat hidayah. TAUBAT adalah membuang kotoran dosa masa lalu demi menjalani masa hadapan.
2)Menjadi seorang yang DEKAT DENGAN ILMU. Tunduk kepada kemuliaan ilmu dengan belajar bersungguh-sungguh bermula dari persoalan fardu ain. Ikhlaskan hati dalam mencari ilmu kerana ilmu adalah cahaya yang dapat menyuluh jalan.
3) Perlu ada kekuatan hati dengan ZIKIR dan ISTIQAMAH. Berzikir adalah satu kekuatan kerana zikrullah diibaratkan seperti tenaga ‘mesra hati’ bagi melalui jalan Allah.
4) Perlu mencari SAHABAT BAIK kerana sahabat adalah pembentuk agama seseorang. Seseorang itu perlu bijak memilih sahabat karib daripada golongan orang yang kuat beragama. Di samping itu, dia perlu kuat meninggalkan sahabat lama yang masih lalai. Islam tidak membenarkan memutus silaturahim dengan semua manusia tetapi perlu tegas. Sekiranya tindakan ini tidak diambil,lambat-laun sahabat karibnya akan menjadi ‘sokong yang membawa rebah’.

Rujukan :
* QnA - Ilmu Tabiah Motivasi - Isu Perdana m/s 17-18.
* Page Tautan Hati - 

Muallifah Naafia'ah (Penulis yang memberi manfaat).





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::