CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 27, 2011

. : : Doa Untuk Ibu Bapa : : .





Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar,
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab susutnya,
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka,
dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir,
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbal Alamin.. 





 

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya atau kata-katanya sering mengguris hati mereka, atau yang jarang memperdulikan mereka dan mendoakan mereka. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini. 

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu... 



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::