CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 19, 2011

Apa itu IKHLAS???


D
alam Kamus Dewan, maksud perkataan IKHLAS ialah; (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura. Ia diambil daripada perkataan Arab iaitu kholaso, atau bentuk akarnya adalah khuluuson atau kholaason, yang bermakna; jernih dan bersih daripada pencemaran. Manakala dalam Kamus al-Farid pula diterangkan maksudnya sebagai; sincerity, honest, loyalty, iaitu KEJUJURAN.

            Ungkapan IKHLAS menggambarkan pengertian tentang bersih, jernih, murni dan suci daripada percampuran atau pencemaran sifat lain.

       Jika melahirkan kata, “Aku memuliakan perkataanku hanya kepada Allah.” Ia bererti, tujuan memuliakan ketaatannya hanya kerana Allah TANPA ADA perasaan RIYAK. Al-Fairuzabadi telah mengatakan: “Ikhlaslah kerana Allah.” Maknanya meninggalkan sifat riyak dan menunjuk-nunjuk.

   Ikhlas merupakan istilah TAUHID. Orang-orang yang ikhlas adalah mereka yang mengESAkan Allah dan merupakan hamba-hamba-Nya yang TERPILIH. Adapun pengertian ikhlas menurut istilah syarak adalah seperti yang diungkapkan oleh Ibnul Qayyim: “Mengesakan Allah Yang Hak dalam berniat melakukan ketaatan, bertujuan hanya kepada-Nyaa tanpa mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.”

   Seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang TIDAK PEDULI AKAN PENGHARGAAN dan TIDAK MENGINGINKAN ORANG LAIN MEMUJI KEBAIKANNYA walau seberat zarah sekalipun. Apa yang diinginkannya ialah REDHA ALLAH SWT. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar."

     Doa kita agar dihindari sifat yang amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW iaitu sifat RIYAK dan TAKABBUR.



Rujukan:
Majalah GenQ – Vol 01 Isu 01 – Santai Ilmu, Faiz M. Azhari (ms. 3)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::