CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 18, 2011

AMANAH DALAM BERSAHABAT


Bismillahirrahmanirrahim............... 


A
manah sememangnya sering dikaitkan dengan KEPERCAYAAN. Ia juga amat rapat dengan IMAN seseorang Muslim yang mana dikatakan bahawa dengan tiadanya amanah maka tiadalah iman. Dalam bahasa Inggeris ia diertikan sebagai trust, dan dinisbahkan kepada kata, rely on. Contohnya – to trust in God, atau percaya kepada Tuhan.

            Lawan bagi ‘AMANAH’ ialah ‘KHIANAT’, iaitu salah satu CIRI KEMUNAFIKAN dan secara langsungnya termasuk dalam CIRI KEKAFIRAN. Bahasa Inggeris disebut sebagai betray, dan perbuatan ini adalah HINA di sisi Allah SWT.

            Memperkatakan tentang amanah ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat luas skopnya. Ambil satu sahaja contoh yang rapat dengan kita iaitu AMANAH DALAM BERSAHABAT. Sebelum datangnya ‘jiwa’ untuk bersahabat, Islam telah menggariskan beberapa sifat untuk memilih sahabat.

            Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi.” Sesiapa yang mengasihi sahabatnya, maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.

            Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata, “Jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai DUA SIFAT ini: pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan JUJUR, dan kedua, dia dapat MENAMBAH KEMANFAATAN DIRIMU untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang LEMAH AKAL FIKIRANNYA.”

            Jadi, sebagai seorang Mukmin yang memegang amanah Islam dalam kehidupan, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, USAH BERLEBIH JUGA USAH BERKURANG. InsyaAllah…. (^_^)


Rujukan:
Majalah GenQ - Vol 01 Isu 02, Santai Ilmu – Faiz M. Azhari (m/s.3) 



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::