CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 23, 2011

~LANGKAH TERCIPTA....~


Ya Allah aku jatuh cinta….
Aku jatuh cinta pada kelazatan berkhalwat dengan-Mu di malam sepi…
Aku jatuh cinta pada kebasahan bibirku yang asyik menyebut asma Ilahi…
Aku jatuh cinta pada kehangatan titisan air mata yang gugur di hening pagi…
Aku jatuh cinta pada keindahan kalam indah Al Quran-Mu Ya Rabbi….

Ya Allah….
Aku asyik dengan kelazatan beribadah ini….
Aku seronok dengan perubahan ini….
Aku terbuai-buai dengan cinta yang hakiki ini…

Ya Allah….
Izinkan aku memiliki cinta-Mu yang suci ini…
Izinkan aku titip kesucian cinta Rabiatul Adawiyah buatku…
Izinkan aku bergelar seorang Qaniah yang asyik dengan cinta-Mu….


             Sedang aku asyik mengejar kelazatan beribadah ini…. Sedang aku leka dengan cintaku ini, hadir ujian dari-Mu untuk menguji aku sebagai pengemis cinta-Mu…. Bukan mudah untuk mendapatkan cinta-Mu… lantas Engkau mengujiku untuk membuktikan kebenaran cintaku itu….

            Jujur ku katakan ya Allah… pada mulanya, aku meraung… merintih… mohon penjelasan… kenapa begini? Kenapa ini terjadi kepadaku….? Aku jadi tidak tentu arah dengan ujian ini. Aku lupa satu perkara…. Ujian tanda cinta-Mu buat hamba-Mu Ya Allah….


          Ku renungi hari-hariku dengan mata hatiku hingga menusuk ke kalbu yang kini sedang dirundun pilu. Sesekali menitis jua air mataku yang selama ini ku tahan…. Argh…akhirnya aku tewas. Akhirnya tidak tertanggung lagi derita di jiwa. Ku mohon sokongan dari sahabat seperjuanganku…. Tapi kekadang ada yang tidak memahami apa yang serikandi kecil ini lalui. Argh… sukarnya untukku jelaskan. Payahnya untuk fahamkan kalian… aku biarkan ia berlalu. Biarkan kemarahan kalian padaku semakin membuak-buak kerana mungkin itulah kenangan yang takkan kalian lupakan. Kemarahan itu mungkin membuatkan kalian terkenangkan serikandi kecil yang punya ego tersendiri menepis segala kekurangan diri dengan ketegasan yang tidak beerti.

            Serikandi kecil ini tersenyum sendirian. Biarkan bibir ku mengukir senyuman supaya kesakitan ku tidak dapat dikesan. Apa gunanya ku khabarkan andai ianya tidak membawa erti…? Apa gunanya ku pohon simpati pada insan yang tidak mengerti? Cukuplah Allah tempatku mengadu… cukuplah Allah sebaik-baik penolongku…. Allah sahaja  yang mengerti apa yang ada di benak hati serikandi kecil ini kerana dari-Nya juga aku diuji…maka dari-Nya juga ku bakal peroleh kegembiraan yang hakiki….

          Sahabatku sayang, terima kasih yang tidak terhingga di atas perhatian kalian. Tapi buat masa ini ku tak perlukannya kerana apa yang penting kita tumpukan perhatian kita pada pelajaran dan perjuangan suci ini kerana perjuangan kita masih panjang…. Namun serikandi kecil ini mungkin akan berlalu pergi menghadap Ilahi tetapi perjuangan kita masih tetap berterusan sahabatku sayang……

           Sahabatku sayang, sekalipun kesakitan merantai di jiwa kita, sebagai pejuang… jangan biarkan diri kita kalah dengan ujian ini. Bersabarlah…kerana sudah pasti ada ganjarannya kelak. Teruskanlah perjuangan ini sahabatku sayang…. Istiqamahlah dalam perjuangan ini…. Sematkan kata-kata ini dalam sanubari kalian….. “ana adalah enti, enti adalah ana, kita dalah roh dalam satu jasad………”

            Ya, kita adalah roh dalam satu jasad. Ayuh bersama kita teruskan perjuangan ini sahabatku sayang. Usah kau gusar tentang diriku. Aku senantiasa gembira dan tersenyum seperti sediakala. Jangan kau bimbangkan diriku, kerna ku takut kalian lalai dalam perjuangan ini…. Usah kau tangisi sahabatmu ini, tangisilah perjuangan ini…. Perjuangan kita masih panjang sahabatku sayang…. Aku nantikan kemenangan!!!!

            Ku titipkan lirik lagu ini buat kalian. Semoga kita sama-sama kuat dalam menghadapi ujian ini………


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

p/s: ini hanyalah coretan dariku untukmu sahabat sekalian. Usah bertanya apakah ia coretan hidupku atau hanya omong kosong atau sekadar pandangan biasa. Ambillah yang baik, yang buruk tinggalkan.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::