CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 24, 2010

Allah Maha Adil

Wanita : Ustaz, kenapa kami kaum wanita kene tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit saja. Adil ke ustaz?

Ustaz : Cik tahu tak berapa jarak matahari ke bumi?

Wanita : Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pula? Bagaimana soalan saya tadi?
Ustaz : Cuba cik bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinci rapat, apa agaknya akan terjadi pada kita?

Wanita : Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz.
Ustaz : Jadinya, cik setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak, sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ini. Bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya.
(wanita berfikir seketika)

Wanita : Benar kata ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Berkuasa.
Ustaz : Jika demikian, mengapa cik boleh timbul sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini dan lelaki begitu?
Wanita : hmmm, ye tak ye jugak ustaz. Tak patut saya rasa begitu. Astagfiruallah Ala'zim.


p/s : Rakan2..sesungguhnya kita sebagai wanita adalah ciptaan istimewa Allah kepada kaum lelaki. Kitalah perhiasan kaum lelaki dan jg dunia..kita jg adalah fitnah kpd lelaki! Kalau hendak membeli emas & permata..bahkan jika ingin membeli kasut baru,baju baru..dsb..bukan kah kita sentiasa mencari yg terbaik? Bagaimana pula dgn diri kita? Adakah kita berikan diri kita yg terbaik?Jika kita inginkan lelaki yg soleh..mengapa kita tidak cuba menjadi "solehah"..yg sentiasa menjaga aurat, tingkah-laku kalian..dsb.?? Wallahua'lam..







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::