CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 11, 2010

~ Aku Bukan Sumayyahmu! ~



Suamiku, bunga semalam telah layu,
Gugur daripada jambangannya,
Mujur cinta & perjuangan kita,
Bukan itu lambangnya.

Mulutku kaku untuk merayu,
Hatiku malu untuk terus cemburu,
Tidak seperti dulu,
Kerana kau kini mujahid,
Yang rindu memburu syahid.

Maaf kiranya tutur & tingkah,
Senyuman & seri wajah,
Pudar & hambar di matamu,
Padaku yang baru belajar,
Menjadi seorang mujahidah.

Aku kini hanya mendoakan,
Agar kau menjadi Yassir,
Walau kiranya... bukan aku,
Sumayyahmu...

Dalam tangis kucuba senyum ketika,
Kau bermusafir,
Seperti Siti Hajar,
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Biar selalu kita berpisah,
Selalu derita kerap susah,
Kerna syurga menagih ujian berat,
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.::Follow Page Tautan Hat Jom.::